Tuesday, February 7, 2012

BIBIT BIBIT CHENTA

Assalamualaikum, bertemu kembalik hihi

Entah mengapa ana agak excited untuk meneruskan perjuangan, terus bertinta di sini kerana ana merasakan urgency untuk menyebarkan risalah yang telah dibawa oleh Rasululla S.A.W ini. Shall you feel the same.

Ana sendiri agak bingung mencari titik permulaan untuk menyampaikan content mengikut tertib yang berkesan. So, bagi memudahkan kaedah pembelajaran kita, ayuh la kita berkenal kenal dahulu dengan apa itu tarbiyyah. Entries yang bakal dipost dari semasa ke semasa akan dikategorikan mengikut sub sub yang ana telah rangka.

Bagi melengkapakan carta ini, kita akan mengadakan kupasan tentang hadith, taddabur al-Quran, Isu semsa, Peranan kita, Wasilah dakwah dan banyak lagi. Elok sekiranaya ana rahsiakan dahulu bahagian bahagian perjuangan kita supaya curiosity yang mula membara dalam jiwa antum semua terus bernyala nyala. Sekeret gittew.

Berbalik kepada persoalan yang bakal kita review kali ini, tarbiyyah. Apakah itu? Pernahkah antum mendengar perkataan sebegini? Pada kebiasaanya tarbiyyah dikaitkan dengan perkataan usrah, halaqah-halaqah kecil ataupun majlis-majlis ilmu particularly those things which are held in the mosques or anything related to it. Eh, apa itu usrah pula? Halaqah?


Baik

Bercakap tentang tarbiyyah terlebih dahulu, tarbiyyah basically merupakan proses pengajaran atau pengasuhan bertujuan mengisi jiwa jiwa manusia yang kosong dengan pengetahuan dan kefahaman tentang tujuan hidup, peranan kita sebagai seorang muslim yang tahu akan kebenaran sehinggalah process tersebut sampai ke tahap yang diimpikan. Tangga tangga (Maratib Amal) ini akan kita kupas di lain hari. Sila excited :)

Tarbiyyah ini bermatlamat membawa kembali manusia atau jiwa jiwa ini ke jalan yang benar iaitu kembali ke jalan Allah S.W.T. dengan mengamalkan ajaran Islam yang telah disampaikan oleh Rasulullah S.A.W secara sempurna dan menyeluruh.

Rasanya tidak perlu ana huraikan perkara ini way longer because the reason why you still stick to this tab in the first place is because you want to get the contents of tarbiyyah itself and by now you shall be well familiar with what does tarbiyyah really mean.

The fact is, tarbiyyah has begun in us since long time ago without we realize it. In the context of a muslim, we are born in that way, we are exposed to the obligations to serve Allah Azza Wajala. To illustrate this, mengambil contoh solat lima waktu umpanyan yang mana merupakan satu daripada rukun Islam yang lima, rukun rukun solat yang 13 itu adalah satu proses pentarbiyyahan jika kita kaji dengan teliti.

Usah menerewang jauh, takbiratulihram umpamanya, adalah wajib bagi kita menyebut kalimah ‘ Allahuakhbar’ yang bermakna Allah Maha Besar. Usai solat, seharusnya kalimah dan lafaz yang yang disebut ini, jika dihayati dapat membantu kita mengagungkan Allah Taala bukan sahaja semasa solat tapi dalam kehidupan seharian.

Maka, sepatutnya tidak berlakulah ketaksuban masyrakat Islam khasnya terhadap idola idola dunia, celebrity, artis artis, berasa ujub dengan ciptaan manusia kerana sesungguhnya Allah Maha Besar.

Bukan kah ini tarbiyyah?

Pernahkah antum berfikir tentangnya?

Namun, atas kertas, kita boleh berbicara A sampai Z mengalahkan ahli ulamak. Persoalanya, sejauh mana tarbiyyah ini meniggalkan kesan kepada kita?

Di mana silapnya?

Wallahu’alam


Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan jalan mereka yang sesat

(Al Fatihah :6-7)

Bagaimana?

Ayuh teruskan pentarbiyyahan ini. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidyah kepada kita semua. Apa suara hati anda?

-Wasalam

4 comments:

Miss Yaya said...

kan senang dalam bm. sedap je aku baca. hehe :)

Inspector Saahab said...

jazakillah :) semoga terus statik

Abi Noah said...

Miss Yaya: kan senang dalam bm. sedap je aku baca. hehe :)

betul gak tu. kalau dalam english, berbelit otak den. dengan forlorn lah, despondency lah bagai..

haha

Tapi, teruskan je lah mcm tu, boleh satu dunya faham. :P

Inspector Saahab said...

Abi Noah : sangat merangsang semangat ok -.-

tak reti juga tulis jawa, hentam bagai je