Monday, March 12, 2012

BANGUN PAGI

Pulang ke kampung halaman. Suasana yang dinantikan sejak berkurun lamanya. Akhirnya bulan yang ditunggu jatuh ke riba. Hari yang indah. Bulan baik, tahun baik. Kenderaan kenderaan yang mengganas di kota raya tidak lagi kedengaran. Bunyi bunyian kilang kilang perindustrian yang sibuk memuntahkan gas gas beracun tidak lagi kelihatan. Yang tinggal hanyalah kenangan. Eheh. Yang tinggal hanyalah kehijaun sawah ladang yang memenuhi setiap ruang di tepian jalan.

Tetiba teringat akan kata kata yang sering diluahkan oleh pengetua kesayangan di sekolah lama dahulu berkenaan kiah bangun pagi. Cerita yang sama diulang ulang tatkala beliau mengakhiri pehimpunan rasmi disekolah menyebabkan hampir seluruh warga dewan terlena dek mendengar ucapan beliau.

Ramai orang bagun pagi. Konsep yang sama cuma suasana yang berbeza.


Mengambil contoh cereka para nelayan yang bagun mereka sangat pagi, bersedia meredah samudera yang agak berliku liku di situ demi mencari nafkah untuk menampung anak bini terchenta di rumah. Hampir sama, para pekedai yang memulakan rutin harian mempersiap barang dagangan di dini hari demi sesuap nasi. Pesawah pesawah yang bangun sangat pagi bersiap siaga ke tapak masing masing dan memulakan aksi membanting tulang empat kerat demi menyara hidup diri dan keluarga.

Perkara yang sama berlaku di institusi pengajian tinggi hampir di seluruh Negara.

Bahkan di sekolah sekolah menengah perkara yang sama berlaku. Pelajar pelajar bangun pagi, bercengkang mata menelaah buku buku yang kononya mencerahkan masa depan mereka. Bangun di pagi hari seawal jam tiga empat tatkala rakan rakan yang lain masih dibaluti selimut, mereka ini bertungkus lumus menyiapkan tugasa tugasan sihir yang belum terlaksana di malamnya. Demi apa? Mungkin demi cita cita yang tinggi menggunung. Mungkin doctor, mungkin usahawan yang kaya raya, mungkin peguam menegakkan keadilan, mungkin dan mungkin.

Situasi yang boleh diteima akal

Yang menarik, ada juga di kalangan manusia baik berdarah muda mahupun tua sanggup menggadai waktu tidur, berdepan dengan mata yang melayu demi memuaskan nafsu serakah menyaksikan perlawanan perlawanan yang diadakan secara langsung dan boleh ditonton di sebuah kotak yang becahaya yang melengkapi hampir semua rumah di seantero dunia. Leka dan asyik menyaksikan manusia berebut sebiji benda bulat, disepak dan diterjah sehingga hinggap ke gawang. Pengorbanan yang begitu ironi.

Tidak dilupakan ada yang bangun pagi kerana cinta kepada Sang Pencipta. Bagun pagi untuk berdating dengan-Nya secara sulit. Ada yang bagun pagi kerana takut diri terjebak akan godaan dunia yang semakin menusuk ke dalam jiwa jiwa yang kurang pengisian agamanya. Golongan ini bangun pagi demi-Nya.


Insan insan yang dinyatakan bagun pagi. Mungkn pada hari yang sama, waktu yang sama namun kepentingan yang berbeza. Apabila seseoarng itu memahami bahawa lafaz shahadah yang menyaksikan Allah s.w.t sebagai Illah yang tiada selain-Nya layak disembah, maka waktu dikorbankan demi mencari redha-Nya. Kepentingan bangun pagi mereka adalah bukan untuk sesuap nasi. Bukan untuk mencurahkan kasih dan sayang kepada buku buku sihir era moden itu. Dan bukan untuk mengisi nafsu diri untuk melihat perlawanan perlawanan yang kosong itu.

Dan untuk apa? Anda faham bukan

Maka, di mankah letaknya kita. Di situasi manakah?

Bangun pagi, perkara yang tampak remeh tapi cara kita memanifestasikan diri menggambarkan kefahaman kita tentang apa yang kita lafazkan setiap hari. Membuktikan kita faham akan agama. Tampak muda di mata kita.

Soalan?

Pada mana kita berkorban untuk sesuatu yang selain-Nya, siapakah Illah kita pada detik dan saat itu?

“…boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”


(Al-Baqarah :216)

5 comments:

M Fizan said...

very very good writing.. glad to know the writer closely :)

Inspector Saahab said...

Jazakallah :)
Inshaallah :)

afiqsazlan said...

"Bagun pagi untuk berdating dengan-Nya secara sulit."

Aku suka ni,
=)

Inspector Saahab said...

haha.
aku tulis je lebih ni. heh.
masih bergelut.
ok. jazakallah kheir :)

Taisteal Trodaire said...

uhibbuhu hubban jamman <3