Saturday, March 3, 2012

HARI INI & SEMALAM

APAKAH yang anda harapkan dalam hidup ini?

Eh tetibe je kan.

Baik, jum bersastera dahulu. Sang mentari berdiri hampir tegak di atas garisan khatulistiwa menayang-nayangkan sinarannya. Ada kala ia bersembunyi disebalik awan Sembilan yang bertebaran di langit yang tiada penghujungnya dan entah di mana mulanya. Sebaik menunaikan solat dhuha, batang penyapu tidak berjenama dicapai dengan penuh bertenaga untuk memulakan operasi ops sikap lapan sejajar dengan saranan pusat kawalan traffic Negara.

Himpunan debu-debu yang sudah sekian lama bermaharajalela di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti akhirnya berjaya dihapuskan. Kegiatan haram semut-semut yang mengangkut makanan yang diseludup secara senyap-senyap dari Negara jiran menggunakan truck dan lori yag tidak berdaftar akhirnya tumpas dibatang penyapu. Setelah hampir lima belas jam memerah keringat dan membanting tulang menjalankan kegiatan-kegiatan pembersihan, akhirnya kediaman mampu milik kami kelihatan seperti dihuni oleh manusia yang bertamadun.

Sila bayangkan;



Onak dan duri serta jalan yang berliku-liku diredah walau payah walau susah demi mengejar cita –cita. Sebaik meregangkan tulang belulang baik kaki mahupun tangan, kedengaran beberapa bunyi pop menandakan adanya gas nitrogen dalam liang liang tulang tersebut. Bersemangat waja kita apabila menghendakkan sesuatu. Apbila cita-cita adalah untuk karier, untuk mengisi angka-angka yang tidak terhitung ke dalam akaun bank, memiliki rumah yang tingkap nya tidak terbilang, masa dan tenaga dikorbankan. Ilmu dikejar dari ufuk timur ke barat.

Peh

Punah. Hancur. Dunia memimpin kita. Kita dibutakan.

Wahai orang orang yang beriman! Mengapa apabila dikatakan kepada kamu “berangkatlah di jalan Allah.” Kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu menyenangi kehidupan di dunia daripada di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini dibandingkan dengan kehidupan di akhirat hanyalah sedikit.

(At-Taubah : 38)

Saudara saudari sekalian, bukankah sudah jelas maksud ayat ini? Apakah kita tidak mengerti. Mengapa masih tidak mampu meluangkan masa untuk agama Allah ini? Mengapa kita masih gagal melaungkan kesaksian ini ke khlayak ramai? Mengapa masih segan untk berperang dengan diri sendiri?

Biasa. Usah menuding diri.

Situasi yang hampir sama. Bercakap sebagai seorang mahasiswa, saya amat ahli tentang permasalahan yang dihadapi oleh remaja-remaja masa kini. Pelajarannya tinggi bertingkat tingkat, jahilnya wallahualam. Diri turut terkesan. Bukan ingin mengutarakan satu kenyataan paradox tapi seusatu yang wajar kita fikir dengan teliti. Hakikatnya, tiada alasan yang relevant sebenarnya yang menyekat diri kita daripada terus bergerak dengan apa jua cara atas jalan yang benar ini.


Jika masa tidur lagikan dikorbankan untuk menonton perlawanan bola, waktu makan diketepikan atas alas an belajar, wang dan keringat di gadaikan untuk buku subjek subjek, keluar ke sana ke mari untuk perjumpaan ynag entah apa apa, bahakan masih mampu berkeliaran memebeli tingakap (window shopping) tanpa hala tuju, mengapa tidak kita ubah cara ini. Susah bukan. Keraan dijadikan tersa indah kejahilan itu bersama kita. Maka rugi lah kita. Rugi.

Apabila tujuan hidup yang terpesong memandu cara hidup, maka beginilah hasilnya. Inilah produk masyarakat masa kini yang kononya pemuda harapan negara pemudi tiang bangsa. Harapan entah di mana, tiang entah di mana. Pabila Quran bukan lagi teman akrab tika suka dan duka inilah akibatnya, jahiliyyah berleluasa.

Pernahkah kita berfikir tentang nya?

Pernahkah kalian?

Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak,harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak,kuda pilihan, hewan ternakan dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.

(Ali Imran :14)


Terpedaya kita. Terpada dengan dunia yang sementara ini. Bukankah sudah jelas dan bersuluh bicara dalil ini. Ini ayat ayat Allah rakan rakan sekalian.

Menceritakan bagaimana manusia yang lari dari tujuan hiudpnya. Manusia yang berpenyakit. Takut akan mati, cinta akan dunia. Cinta akan perempuan perempuan, tak perlulah saya huraikannnya. Anak anak? Sangat jelas kedua golongan ini merupakan cabaran besar kepada lelaki lelaki sekalian dalam membawa diri ke dalam dakwah. Harta dan benda, bila itu yang kita kejar, maka punahlah kita.

Kuda pilihan? Sangat tepatlah pemilihan kuda sebagai gambran manusia yang cinta akan kenderaan, terutamanya yang pantas pantas dan meluncur penuh bergaya di jalanan. Ada yang hatinya lebih terpesong ke dalam kecintaan ini. Haiwan ternakan dan sawah ladang, itulah gambarannya orang yang suka mengumpul harta. Seharian menghabiskan masa di pejabat atau di mana mana sahaja.

IBADAH ENTAH KE MANA

KHALIFAH ENTAH KE MANA

Maka sia sia lah Allah menciptakan kita. Ayuh kawan dan teman. Bangkit dari lamunan ini. Orang yang baik adalah apabila dia hari ini lebih baik daripada semalam. Orang yang rugi ialah dia hari ini lebih teruk dari semalam dan orang yang terpedaya ialah orang yang sama hari ini an semalam. Terpedaya dengan diri sendiri kerana beranggapan cukup baik. Tertipu. Golongan manakah kita?

Wallahu’alam

1 comment:

Anonymous said...

nice one..;]