Saturday, March 24, 2012

MALAYSIA TANAH AIRKU

Kering dan kosong.

Udara panas berlegar legar di atmosfrea berhampiran apartment mampu milik kami, bagaikan memberi amaran yang kurang jelas di situ. Angin bertiup agak kasar, seolah olah memusuhi sebilangan penduduk. Hujan kelihatan ingin turun sebentar tadi namun mungkin tidak kesampian, langit kembali mencerah. Suasana sunyi dan sepi ekoran sebahagian besar pendudk metropolitan Cendana meniggalkan apartment untuk pulang bercuti di hujung minggu.

Hanya yang tekun dan setia masih tinggal di kawasan ini meskipun bertarung nyawa berhadapan dengan nyamuk nyamuk liar serta semburan semburan acid sintetik.



Soklan one in a million;

Ada dalam kalangan kalian menghadiri konsert Girls Generation semalam? Bagaimana? Mantab kah? Berjaya membuatkan weekend handa menjadi satu tempoh waktu yang produktif? Erks, sebenarnye saya langsung tidak tahu menahu apa itu girls generation. Pada pertama kali mendengar nya beberapa hari lepas ekoran desas desus yang mengatakan mereka akan bertandan ke tanah air tempat tumpah darah terchenta untuk membuat konsert, saya ingat kan mereka ini ala-ala ulbub generation. Eheh. Ok merepek.

Eh kenapa tetibe saya Tanya soklan ni?

Sebenarnya, sebenaranye, sebenaranye. Hais

Perlukah saya ceritakan perkara yang sebenarnye? Agak berat untuk saya lepaskan rahsia di dada ini. Saya seolah dalam dilemma sama ada ingin memberitahu hakikat yang sebenarnya. Sebenarnye, fuh. Tarik nafas perlahan lahan. Sebenarnya, dragon ball ada lapan bijik semuanya. Selama ini anda tertipu. Ok mengarut lagi -.-

Dan sebenanrye, eceh macam Yuna dah.

Sebenarnye kawan saya, bukan muslim menghadiri konsert itu semalam membuatkan saya tertarik dan teruja pada tahap merbahaya nak tahu apakah yang berlaku. Sebelum itu, saya tidak berniat untuk membuka pekung dada, memalukan kawan saya dan tak kira muslim atau tidak kawan saya itu, yang penting mereka yang menghadiri konsert semalam ada yang seaqidah dengan kita. Ok sila menangis.

Sebelum itu, ini staus FB kawan tersebut yang saya cilok tanpa pengetahuannya, hehe, gelak halus tapi kejam di situ


they are hot ? and so does the hell

Romans 14:12
So each of us will have to answer to God for what he has done.

Guys, please check yourselves this morning before you guys start the day. I feel in the wrong in God because I have this feeling after the concert last night that everyone was lustful and idolizing SNSD too much. Eventhough my reason was just to see them perform I cannot say that I was there just for their performance and that I wasn't lusting over them. I feel guilty towards God and towards myself. So everyone do reflect on yourselves because we have to answer God for our motives. Really get back with God while we still have this chance. Let's just treat SNSD as music and not bodies. I believe they also do not want us to lust about them and do give them this respect. I'm sorry if I offended anyone and God bless.

Perlukan translasi kah?

Dalam status beliau itu, pada bulanya dia quoted satu ayat daripada Bibble kemudian beliau meluahkan rasa tidak senang setelah menghadiri konsert semalam, rasa bersalah terhadap Tuhan. Pertama-tamanya, saya bukan nak mengajak kalian belajar Bibble tapi di sana ada ibrah yang boleh kita amati dan pelajari, pada luahan hatinya yang begitu membuak buak rasa bersalah kerana telah bertindak secara melampau. Dan ini kisah seorang Christian dan saya kagum dengan beliau. Eheh.

Hakikatnya yang menyedihkan, ramai yang hadir ke konsert tersebut terdiri daripada anak-anak muda, barangkali kebanyakannya sebaya dengan kita, dan saya yakin ramai juga antara mereka adalah muslim. Inikah yang seharusnya berlaku? Generasi yang seharusnya menjadi pendokong kepada kebangkitan Islam ini telah menyalahgunakan potensi yang mereka ada ke arah perkara yang menzalimi mereka tanpa mereka sedari. Sedih bukan. Situasi yang kian membarah.

Oh Malaysia!

Merka hendak memadamkan cahaya agama Allah dengan mulut mereka tetapi Allah menolaknya malah berkehendak menyempurnakan cahaya-Nya walaupun orang orang kafir itu tidak menyukainya

(At-Taubah ;32)

Agaknya, ada kah dalam kalangan muslim yang hadir itu, bawk mushaf al-Quran dan setiap kali dia melihat persembahan yang dipertonton itu, dia beristighfar mengingati Allah ? ada? Siapa itu? Meh saya nak jumpa ayah dia. Kalau ada sila bagi no telefon anda kerana saya ingin skelai berkenalan dengan anda. Eheh.



sekitar tapak konsert, anda kaghum ? T__T

Sepanjang mereka dihasut dengan kegilaan yang beradiasi tinggi itu, agaknya mereka ingat akan Allah? Mereka ingat akan keadaan saudara yang sedang berjuang di bumi al-Quds sana? Mereka ingat akan derita saudara di Syria? Bahkan adakah mereka ingat akan ibu dan bapa di rumah? Yang barangkali sedang memerah keringat, membanting tulang serta bercengkang mata demi mencari rezeki membea anak-anak muda ini supaya duit yang dihulur ke saku mereka dan terus dapat digunakan untuk membeli tiket konsert-konsert yang seterusnya? Wah!

Dunia pun mereka lupa, usah bercakap soal akhirat

Tidak keterlaluan jika saya katakan konsert tersebut diibaratkan sebagai satu ritual penyembahan di mana mereka yang hadir menjadikan boneka-boneka di atas pentas itu sebagai ‘illah’ mereka. Nauzubillah.

Dan setelah itu, apa tindakan kita?

Kanser yang dibawa oleh Cik J semakin kritikal.

You think they are hot? And so does the hell

6 comments:

sheera said...

agak2 bila ehh malaysia nak jalankan sistem khilafah? macam dah parah sangat dah nie. =.="

Inspector Saahab said...

inshaallah akan sampai masanya. tapi kita la kena kerja kuat sikit. tak cukup sekadar tahu, sebaliknya perlu mampu menyebar supaya yang lain turut tahu dan mampu.

inshaallah :)

Ariana said...

Sungguh menyedihkan...!!:(

Inspector Saahab said...

Ariana : indeed
tapi tak membantu pun perasaan sedih kita. sebaliknya kita perlu lakukan sesuatu. guna tenaga dan kuasa yang ada kita banteras. eheh.

kumpul konco konco anda dan dan ayuh lancarkan serangan dakwah dan tarbiyah :)

nanad said...

Astaghfirullahal'azim T.T
entry yg sgt menginsafkan. terima kasih.

Inspector Saahab said...

Nanad : sesungguhnya hidayah milik Allah. teruskan berdoa semoga kita terus diberi petunjuk taufiq dari-Nya. inshaallah.

jazakillah atas kunjungan :)