Sunday, March 18, 2012

MAMPUKAH AKU ?

Usai solat Ishak, tayar bagasi mula berputar, berlegar legar di ruang tamu. Buntu dan binggung. Jantung berdegup bagai nak rak, penuh keterdeskan seolah-olah ingin mematikan system badan. Satu ugutan tatkala kaki bakal melangkah keluar menuju ke jalan yang tidak pasti. Sayu untuk meninggalkan teratak terchenta. Namun apakan daya, hidup sebagai pengembara, eh dah mcam cite Ana Pengambara dah.

Kenderaan pacuan empat roda perlahan-lahan meninggalkan halaman rumah, aku menoleh ke belakang. Figura kediaman makin menghilang dari pandangan. Dang. Air mata berderai, tetapi tidak dizahirkan. Emosi sebentar. Secara senyap-senyap ku lambaikan tangan ke arah sesuatu yang tidak kelihatan, berjanji akan pergi dan pulang membawa sesuatu untuk warga serumpun dan sekebun. Eheh.



Seperti dijangkan

Bas tiba lewat lagi. Menyesal ke stesen lebih awal. Hampir sepurnama menuggu, akhirnya kenderaan gergasi itu muncul dengan lenggang lengguknya. Perjalanan ke bumi Shah Alam bermula dengan semangat baharu. Ayah dan bonda mengiringi detik detik terakhir dengan senyuman, penuh bermakna, penuh tafsiran. Mampukah aku?

Satu persoalan yang sering terlontar tanpa disuruh.

Beratnya bagasi ini, berat lagi amanah yang dipikul. Mengenangkan wajah-wajah yang sering mendokong dan menyokong cita cita duniaku ini, tiba tiba liang liang udara dalam alveolus dipenuhi oksigen. Sukar untk ku bernafas seketika. Sebak. Penuh dramatic. Pesanan penaja, sediakan tisu sebelum menyambung bacaan.

Sudah menjadi lumrah alam dalam keluarga, tiap tiap kali kami generasi X dan Y bakal meniggalkan kampong halaman walaupun buat kali yang tak terkira untuk meneruskan perjuangan di medan pelajaran, pasti warga keluarga generasi V dan W yang terdiri daripada pakcik, makcik, nenek-nenek, jiran tetangga, ahli jawatan kuasa kariah dan ayahanda beserta bonda terchenta akan turun menghulurkan wang, wang yang agak banyak ye. Beberapa kali tangan menolak, namun apakan daya, demi menjaga hati akhirnya ke saku juga wang itu. Eheh.

Wang itu bukan sekadar satu pemberian wang yang berbentuk materialistisk ye Inspector.

Ye saya sedar. Bahkan lebih dari itu. Soalan yang sama, mampukah saya? Oh dunia. Mengapa aku diseksa sebigini rupa. Perjuangan kita tidak sama wahai keluarga. Oh dunia, mengapa mereka kau butakan. Hebatnya engkau dunia, membuat aku dilemma.

Berserah.

Itulah yang terpaling baik aku mampu lontarkan dalam bentuk kata-kata

Sesungguhnya;

Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang dibuatnya…

(Al- Baqarah : 286)

Maaf kerana entry ini agak berbau peribadi.

7 comments:

saya Alia said...

dah sampai shah alam? good. :D

Inspector Saahab said...

YEAH. SETELAH BERTARUNG DENGAN NYAMUK NYAMUK YANG AMARAH

Ir Jinggo said...

manusia sering lupa hal ini; "Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang dibuatnya…"

(Al- Baqarah : 286)

Anonymous said...

menarik pos ni.. :)

Inspector Saahab said...

Musafir Ilmu : yup. anda sangat la betol. smoga kita saling mengingatkan antara yg lain :) Inshaallah :)

Ana Pengembara : menarik tang mano? sebab mentioned nama saudara kah? ekeke

Ana Pengembara said...

tertarik dengan gaya ulasan cerita enta

bukan tertarik pada nama.

Inspector Saahab said...

Ana Pemgembara :

ohh.. malu saya.keke