Monday, March 19, 2012

PENAPIS ABAD INI

Sebaik sahaja cuti pertengahan semester tamat, anak-anak muda mulai memenuhi ruang di pinggir kota. Desa dan kampung halaman mulai kesunyian dek ketiadaan insan-insan yang sudah masing-masing pulang ke kawasan tempur meneruskan perjuanagn yang belum selesai. Jiwa-jiwa kembali bertempur dengan dunia dan onak serta liku-liku kehidupan demi mengejar cita cita yang tinggi menggunung bak Gunung Kinabalu. Begitulah keadaanya di metropolitan Shah Alam apabila pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi mulai membanjiri port port kegemaran mereka, duduk lepak-lepak sama teman-teman sambil goyang kaki dan meneguk ais kosong.

Namun bukan itu isu pada hari ini


Pada post yang lepas yang bertajuk Pohon Pohon Parasit, sudah saya bongkarkan rahsia alam yang ramai dalam kalangan kita tidak tahu. Maka, dalam post kali ini, saya akan terus membongkarkan satu persatu apakah sifat yang disandarkan oleh pohon pohon tersebut supaya kita lebih berhati-hati dalam membanteras jenayah Cik J dan konco-konconya yang semakin meliar menular ke dalam masyarakat. Oleh hal yang demikian, untuk mengelakkan kekeliruan, maka adalah digalakkan untuk anda membaca post tersebut terlebih dahulu supaya tidak menangis usai membaca post ini sambil menggaru kepala kerana tidak faham.

Eheh.

Hari ini, sejarah bakal tercipta lagi. Akan saya lancarkan model penapis yang paling canggih dalam abad ini yang mana anda yang membaca blog ini sahaja yang mengetahui kecanggihan dan keberkesanan penapis ini. Sila teruja dan focus. Penapis inilah yang bakal kita guna untuk menapis amalan seharian kita sama ada perbuatan tersebut mengandungi unsur-unsur ke Cik J-lan atau tidak. Dan sila bersedia dengan pembacaan yang serius ini, kerana anda mungkin mangsa kekejaman Cik J tanpa anda sedari.

Secara ringkasnya saya khabarkn sejarah penciptaan penapis ini. Berorientasikan ayat suci Al Quran kalam Allah, penapis ini mengandungi empat lapisan yang bakal menyaksikan apa sahaja perbuatan yang bakal kita tapis melepasi standard piawaian yang ditetapkan oleh Allah atau tidak. Bagaimana? Makin teruja?

Sebelum itu, jika ada soalan segeralah mengangkat tangan



Penapis itu bahkan lebih canggih daripada yang ini, huh


Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas sejelas jelasnya, ayuh kita hayati ayat Quran dibawah, sila baca denagn penuh berhati hati ye. Mintalah khidmat rakan sebelah jika anda punyai allergic untuk membaca ayat ayat ini, atau mempunyai masalah penglihatan tahap serius,eheh.

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling yakni enggan menerima hukum Allah itu, maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

(Al Maaidah:49)

Sejara jujurnya, (ini tidak bermakna selama ini saya tidak menulis dengan jujur ye) dapat disimpulakan sifat-sifat amalan Cik J meliputi empat perkara. Dan keempat-empat perkara ini tersenarai dalam ayat di atas. Cuba kalian perhatikan dengan penuh khusyuk dan tawadhuk, dapatkah kalian ekstrak empat perkara tersebut?

Baiklah.

Saya tahu kalian bnyak kerja yang hendak diselesaikna dan besar kemungkinan tidak berminat untuk bermain-main dengan saya maka dengan lafaz yang mulia, Bismillahhirahmanirahim saya sertakan senarai tersebut.

SIFAT SIFAT PERKARA JAHILIYAH

  • 1. Perkara yang mngikut hawa nafsu- anda faham bukan?
  • 2. Perbuatan yang memsong atau memutar belitkan hukum (menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal)
  • 3. Perbuatan yang bersifat menolak atau bersalahan dengan hukum Allah secara terang
  • 4. Perbuatan fasik-dosa dosa

Maka dengan ini, penapis yang bakal diprtontonkan mestilah mengandungi keempat empat lapisan ini. Ayuh kita tapis perbuatan kita sehari-hari, adkah dapat melepasi kesemua lapisan ini atau tidak? Jika tersanglut walau di satu lapisan maka, jahiliyyah la kesimpulannya perkara tersbut. Bagaimana? Terkesima?

Contoh,

Anda ingin tapis aktiviti rukun masyarakat moden hari ini?

-facebook atau bermuka buku, bertuit tuit dan seumpanya

- menonton perlawanan bola sepak yang entah ada kaitan atau tidak dengan kita

-menonton movie yang wajibnya ada part tut tut

-menatap persembahan konsert-konsert baik tempatan mahupun antrabangsa

- menonton forum perdana ehwal islam sebagai aktiviti rukun dihujung minggu bersama teman sebilik

-menelaah buku buku pelajaran yang bakal menjanjikan masa depan yang cerah lagi bersuluh

-berkunjung ke kelab kelab malam dengan harapan melepas stress

-mengikuti usrah, atau bulatan gembira atau konferens riang, eheh

Teruskan senarai andai dan lihatlah yang mana yang lepas. Dan saya khawatir banyaknya tersangkut pada lapisan pertama. Anda faham bukan? Oh nafsu. Kita gagal lagi.

Setelah itu buatlah kesimpulan untuk diri masing masing, Islam atau Jhailiyyah?

Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.

(Al Maaidah :50)

Wallahualam

7 comments:

la dolce said...

syukran atas perkongsian ..

Inspector Saahab said...

waiyyaki :)

sebar-sebarkan pada teman. ayuh perangi jahiliyyah :)

Pemimpi said...

Syukran atas perkongsian. Eheh. (amacam, skema x ayat? wahaha)

Inspector Saahab said...

=.=

teramat dan terlampau .
bahahaha
sopan gittew

Ir Jinggo said...

terima kasih
terima kasih
terima kasih
terima kasih
terima kasih
terima kasih
terima kasih
terima kasih
terima kasih
terima kasih
terima kasih
terima kasih
terima kasih
terima kasih
terima kasih
terima kasih

Jazakallahu khairan kathira.. T.T

DF said...

sedang mencoba untuk meninggalkan jahiliyyah yang satu ni.. T.T
moga diberi kemudahan.. huhu

Inspector Saahab said...

Jinggo : -,-"

DF :

T_T ketahuilah saya pun maseh bergelut