Monday, March 5, 2012

SOALAN LATIH TUBI

Dingin, sejuk dan menyihatkan.

Butir butir embun yang berlinangan atas dedaun yang tumbuh melata memenuhi lapisan bumi membuat pandangan mata terpaku beberapa ketika. Indah sungguh ciptaan yang Maha Esa. Ranting-ranting yang keuzuran gugur setelah jasa tidak lagi diperlukan oleh batang tubuh. Selepas izin dipinta, lalu mereka meluruhkan diri menyembah bumi menemani dedaun yang sudah tamat tempot perkhidmatannya.

Sedang asyik dibuai keindahan yang tidak dapat diungkap dengan kata walau secantik bahasa, kedengaran bunyi perut merungut. Kelab muzik tempatan mula menjalankan tugas. Buyi-bunyian simfoni alam sejuta ilham silih berganti. Irama orchestra kebangsaan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku kemudian diikuti lagu Aku Pencinta Wanita. Setelah lagu kegemaran yakni Wira Wirawati Negara mengambil tempat, lagu keramat negeri Kelantan menyempurnakan persembhana harian.

Lapar, itu message yang hendak disampaikan.

. “Manusia yang dipenjara adalah mereka yang terpenjara dari Rabbnya dan manusia yang tertawan adalah mereka yang ditawan oleh hawa nafsunya”(Ibnu Taimiyah)

Soalan, bilakah kali terakhir kita semua menyentuh naskah al-Quran masing-masing? Bilakah pula kali terakhir kita membacanya? Atau mungkin ada dalam kalangan kita langsung tidak mempunyai satu naskah untuk bacaan peribadi, untuk dijadikan teman tika duka dan suka. Soalan lagi, bila kali terakhir kita menelaah buku buku pelajaran yang isinya langsung tidak memberi penghidupan kepada ruh, bilakah? Sebentar tadi?

Sedih bukan. Bila al-Kitab disisihkan. Generasi mendatang terus mendokong budaya barat yang kian mendapat tempat di hati masyarakat.

Soalan, bilakah kali terakhir kita mendengar alunan ayat ayat suci al Quran baik dalam kotak kecik canggih yang namanya MP3 mahupun dalam kota besar yang juga canggih yang lebih dikenali sebagai TV, bilakah? Dan bilakah pula kita mendengar lagu laguan yang sungguh mensia-siakan hidup? Bayangkan, saat kita menikmati nadi-nadi terakhir, nyanyian sihir-sihir dunia ini menjadi halwa ditelinga. Bayangkan.

Sebelum saya meneruskan soalan latih-tubi yang berikutnya. Ayuh lihat diri kita dahulu. Siapakah kita? Jika anda lupa siapa nama anda keturunan dan agama, ada tertulis di kad kewaragnegaraan yang berwaran biru yang anda simpan dalam beg anda. Sila rujuk kad tersebut.

Tidak berniat kurang ajar.

Namun, bilakah kali terakhir kita menunaikan solat secara berjemaah? Bagaimana dengan qiam terakhir kita, bilakah? Setahun yang lalu? Sebulan atau seminggu? Bilakah kali terakhir kita memohon keampunan daripada-Nya? Bilakah kali terakhir kita berdoa agar dijauhkan perkara-perkara yang boleh menjauhkan kita daripada-Nya? Dan bilakah kali terakhir kita mendekati perkara perkara tersebut?

Bilakah dan bilakah.

Ingatkah kita akan Dia sepanjang masa?

Soalan lagi, bila kali terakhir kita bernafas?

Dan bila kali terakhir kita ucap Alhamdulillah?

Cinta akan Rasulullah? Berapa banyak sehari hari kita mengucapkan selawat ke atas baginda? Berapa banyak?



Soalan-soalan di atas tidak diutarakan untuk jawapannya. Saya langsung tidak berniat untuk mengetahui jawapan kalian semua. Bahkan soalan soalan tersebut saya tujukan pada diri sendiri. Malu pilu.

Ayuh kawan dan teman,

Kita sama-sama beristighfar sejenak. Ayuh kita perbetul niat kita. Sungguh, iman itu ada kalanya naik dan ada kalanya turun. Saya harap tempoh kalian membaca picisan ini bukan seperti tempoh kalian menikmati kelazatan cream yang diputar pada kedua-dua belah biskut oreo mahupun seperti menikmati kelazatan chips chips yang kejap ada kejap tida pada chispmore yang kelazatanya sementara, kelazatan yang kekal selagi mana sisa masih di mulut, tapi diharap bacaan ini mampu mengekalkan momentum iman kita Insyaallah.

“Ya Allah, Kau jauhkanlah kami daripada perkara-perkara yang boleh menjauhkan kami daripada-Mu dan dekatkanlah kami kepada perkara-perkara yang mendekatkan kami kepada-Mu”

5 comments:

M Fizan said...

sungguh menyentuh kalbu.. keep it up !

Inspector Saahab said...

M Fizan : Subhanallah ! terus menyokong picisan picisan mendatang :)

Insyaallah !

azyulail azra samsuddin said...

ayat kau mantap lah.
simple but effective.
*jeles*
kene berguru ni.
hehe
^___^
senyum lagi

AinNur Raudhah said...

mantop.. mabruk utk post yg membawa hati utk berfikir lantas beramal . Semoga Allah redha :))

Inspector Saahab said...

Azra : ah, xde nye. pengaruh inche gabbana je banyak nih.

aku pun nak berguru, senyum lagi ^___~

HAHA


Ain Nur raudhah : wah nama, dah macam ayu raudhah, eheh.

jazakillah :)
Inshaallah. terus sokong ye :P