Saturday, March 31, 2012

TO JERUSALEM

Qalbu ditoreh luka parah
Peta yang asli didambakan
Tercemar budaya kerana buta
Hasrat bergempita di dada cuma

Menggelegak darah laksamana
Mata menyaksi maruah dicalar
Tiada senjata dihunus ke musuh
Hanya gema kata tinggal sisa

Ibu mengeluh ratapi dusta
Apa kita hanya boneka?


Wah, sudah jemu mengarut merepek serabut serabai dalam entri-entri yang lepas, kali ini saya tampil dengan gaya penulisan rutin summersault tiga perpuluhan kosong diiringi twist dengan darjah kepayahan dua perpuluhan lima. Pasti tebeliak biji mata Pandalela Ranong melihat aksi ini. Heh.

Isu yang akan kita kupas dari kulit hingga ke isi pada kali ini adalah mengenai program Global March to Jerusalem yang diadakan pada tiga puluh March dua puluh dua belas yakni semalam. Dengan penuh perasaan dan jiwa dan raga dan bali, di alam maya ini, saya berbesar hati mengumunkan bahwa saya telah mengikuti program berkenaan. Satu prestasi yang memberangsangkan di situ, harus diberi pujian, sokongan, dorongan dan wang ehsan. Eheh.

Tatkala remaja-remaja lain menjamu selera di warung-warung usang sambil berseluar pendek menutup aurat secara ala-kadar, sambil menghirup secangkir teh untk menghilangkan letih di hujung minggu, sambil menyedut dan mengembus asap-asap rokok yang meningkatkan kualiti hidup, sambil bersoal-jawab dan berbicara tentang isu semasa bersama rakan-rakan sebaya, sambil itu dan sambil ini, sekelompok remaja yang lain pula berteriakan, bersorakan, berlaga lutut dan bahu memenuhi ruang-ruang kosong di stadium Melawati semalam demi menyuarakan solidarity mereka bersama brader dan sister nun di bumi al-Quds sana.

Anda sangat gojes.

Kegojesan remaja-remaja yang sedar akan peranan dan tanggunjawab untuk melibatkan diri dalam kebersamaan menzahirkan kebencian yang total kepada rejim Zionis yang giat menekan umat Islam di Palestina sana lebih terserlah tika mana semangat kesukanan dan kekitaan yang diimplimentasikan semalam tidak berbelah bahagi. Bagai aur dengan tebing. Eheh.

Soalan saya, adakah di situ sahaja gema dan gempita kita?


Sebaik sahaja lampu stadium dipadam tatkala acar tamat, sebaik sahaja tirai dilabuhkan, pintu masuk utama dikunci dengan penuh rapid dan teliti, urusan membeli barangan bertemakan bumi al-Quds selesai dan sebaik sahaja sesi bergambar dengan gaya pose yang berbeza-beza habis, adakah perjuangan kita turut sama terkubur di situ. Adakah kita sekadar check check rock rock di dalam sana dan baik-baik tubuh bertemu tilam, segalanya dilupakan dalam sekelip mata? Itukah matlamat program ini? Maka akan bebaskan Baitul Maqdis dari cengkaman Zionis itu? Bahkan askar Zionis pun tidak bersenang-lenang seperti kita.

Salin dan simpan dahulu soalan-soalan tutorial itu, kita bincang di kelas yang akan datang.

Yang menariknya saya begitu kagum, terharu dan begitu teruja seperti electron-electron yang teruja lalu terlompat-lompat meninggalkan photosystem sebaik mendapat tenaga daripada sang mentari apabila melihat akan penglibatan masyarakat dunia dalam kebersamaan membebaskan rakyat Palestian ini. Tidak pernah dalam sejatrah hidup saya melihat di mana isu global sedemikian mendapat perhatian daripada msyarakat dunia, tanpa mengira perbezaan agama dan fahaman.

Kerana apa? Sesunggunya Al-Quds itu bumi yang diberkahi Allah. Satu tempat di mana orang-orang Islam, Yahudi dan Nasrani duduk dan tinggal dengan aman damai satu tika dulu.

Mahasuci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.

(Al-Isra’ :1)


Berbalik kepada perjuangan masyarakat dunia tadi, rata-rata mereka menyuarakan keperihatinan atas dasar kemanusian. Atas dasar hak asasi manusia di mana mereka melihat rakyat Palestian wjaar dan wajib diberi hak sebagai tuan milik pada tanah mereka. Tindakan Isarel yang diibaratkan sebagai tetamu yang tidak diundang mereka kecam habis-habisan kerane mereka mmbuat kerosakan di bumi Palestina dan sudah menajdi fitrah bahawa keperihatinan ini ditonjolkan kerana manusia suka akan kebaikan.

Soalan saya lagi, adakah sama perjuangan kita dengan mereka? Atas dasar kemanusiaan?

Lebih-lebih bagi anda yang bertudung bawal kuning itu dan anda yang berkaca mata hitam retak sebelah itu yang mendapat dakwah dan tarbiyah, yang faham akan tujuan hidup, seharusnya perjuangan kita dengan mereka tidak sama dan tidak serupa. Kalian faham bukan apa yang saya maksudkan? Sudah tentu kalian faham. Kalian kan harapan pemimpin pemimpin Negara untuk menggalas cabaran mendukung aspirasi merealisasikan cita-cita Negara, perkara sebegini pasti mudah sahaja untuk kalian hadam.

Soalan saya yang terakhir, apa tindakan kita seterusnya?

To be continued...