Wednesday, April 18, 2012

RILEK SAMBIL CHILL CHILL

Jum

Hari ni jum kita main satu game yang sangat gojes. Game ini telah direka oleh sekumpulan Masyarakat Original di kepulauan Sulu pada tahun lima ratus enam puluh lapan, empat bulan sebelum hijrah. Heh. Gojes bukan? Pasti anda sudah tidak sabar sekarang. Baiklah, pastikan anda memakai pakaian bersukan yang sesuai, menutup aurat dan tahan lasak, kerana boleh jadi terkoyak baju bajan anda nanti, sila la tanggung. Sebarang kemalangan jiwa atau raga adalah atas risiko sendiri. Eheh.

Sebelum itu, beberapa peraturan mesti dipatuhi. Antaranya adalah, peserta hendaklah berwarganegara Malaysia, taat pada prinsip Rukun Negara yang pertama, berumur tidak kurang daripada enam tahun, tiada masalah penglihatan, tiada masalah pendengaran, berat badan yang seimbang, tiada sejarah penyakit kencing manis dan banyak lagi. Syarat-syarat lain adalah mengikut kehendak pemain. Heh.

Anda diberikan masa selama empat puluh tiga saat. Sila patuhi arahan berikut.

Semua bangun. Ya semua bangun.

Eh, udah la duduk lagi depan laptop tu. Bangun sekarang. Ye sekarang tak kan minggu depan kot. Kakak yang pakai tudung pink bersulam labucci tu kenapa tak nak bangun? Oh tarik diri. Habis tuh abang yang misai macam Hitler itu ape cerita? Ada kencing manis kah?

Yang belah kanan dah bangun, kenapa yang belakang itu malu-malu pula?

Hehe. Masalah masalah.


Maka disebabkan sikap kamu yang tidak memberi kerjasama serta komitmen yang bermutu tinggi kepada pembantu-pembantu fasilitator, secara rasmi dan serta mertanya saya dengan kuasa yang diamanatkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu membatalkan permainan pada pagi ini. Hoho, dah macam Pengetua buat pengumuman dah. Eh saya serius. Game kansel.

T___T

************

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa apabila dikatakan kepadamu “Berangkatlah di jalan Allah” kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?

Apakah kamu menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan akhirat? Padahal hidup di dunia ini dibandingkan dengan akhirat hanyalah sedikit

(At-Taubah: 38)

Agaknya dalam ayat di atas itu, siapakah yang diseru-Nya? Orang-orang yang beriman, pandai pun. Siapa orang-orang yang beriman itu? Sammy Vellu? Robert Kuok? Yeoh Ke Nee? Lee Chong Wei? Inshaallah beriman la mereka jika kita semua bangkit dahulu, buat kerja. Kerja apa? Anda tahu jawpannya. Jika kerja itu anda fikir semudah menyedut dan menghembus asap rokok yang menamppakkan kematangan itu, maka anda silap besar.

Pokok pangkalnya, bukan nama yang disebut tadi tergolong daripada orang-orang yang beriman, not yet. Kitalah wahai rakan, sahabah dan sahabiah sekalian. Seperti mana permainan separuh jalan tadi, ramai yang dengar akan arahan tapi masih ada yang enggan bangun. Masih ada yang ego, tutup telinga, chill chill rock rock dalam kain selimut. Masih ada yang berfikiran, rilek rilek dulu.


Mengapa ya?

Kita sibuk berbicara Islam akan menang. Al-Haq akan menang. Ya memang. Itu sudah dijanjikan Allah s.w.t dan janji Allah bukan janji Melayu. Ok sensitive di situ. Pokok persoalannya. Adakah dengan cakap-cakap kosong begitu Islam akan kembali tertegak? Kalau anda yang disuruh bangun pun enggan, masakan Islam akan bangun dengan sendirinya. Pasti ada segolongan yang menjadi pendokong kepada kebangkitan ini dan mereka itu adalah orang-orang yang beriman.

Maka bangkitlah. Udahlah berlibur lara. Jagalah ibadah kita. Semailah benih benih keimanan dalam diri kita. Berpadulah denga jiwa Rabbani. Bantulah agama ini wahai teman-teman sekalian, sesunggunya kita sedang membantu diri sendiri. Sampai kapan kita ingin melihat saudara se-akidah kita dijajah, dipermainkan, diperlakukan bagai binatang? Sampai kapan?

Dan sampai kapan kita ingin terus mebuta mata?

Usahlah memandang enteng durasi masa kita. Hari ini kita bangun segar bugar, esok lusa mana tahu member sebelah yang selalu kita kutuk itu bakal mengusung kita dalam keranda untuk disemadikan. Udahlah berfoya foya. Peringatan untuk diri sendiri juga. Ayuh buat kerja. Tingaktkan amal kurangkan gula dalam minuman. Eh dah macam pantun berkerat kerat.

Wallahualam.

Dan janganlah orang-orang kafir itu mengira bahawa tenggang waktu yang Kami berikan kepada mereka lebih baik baginya. Sesungguhnya tenggang waktu yang Kami berikan kepada mereka hanyalah agar dosa mereka semakin bertambah dan mereka akan mendapat azab yang menghinakan

(Ali Imran :178)

wallahualam :)

6 comments:

Pemimpi Tegar said...

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa apabila dikatakan kepadamu “Berangkatlah di jalan Allah” kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?

Apakah kamu menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan akhirat? Padahal hidup di dunia ini dibandingkan dengan akhirat hanyalah sedikit

(At-Taubah: 38)

* Pinjam bahu boleh? Nak nanges. *

Inspector Saahab said...

Agunci : boleh tanya saudara ke saudari?

semoga bermanfaat :)
moga terus istiqaamh atas jalan ini :)
inshaallah :)

anamuzakkar =.= said...

agunci ialah akh

permainan yang menarik
permainan yang wajib dimainkan
jom main !

Inspector Saahab said...

Azra : boleh tahu anda akhi ke ukhti? eheh

mana tahu dia akhi? 0.o

ok. jom 'main'
tapi make sure virus free. hew hew

Muhammad PeacemakerIslam said...

Huhu...permainan yang menarik
Terkena jugak kat hati tadi..

Apapun....still Osem ...:)

Inspector Saahab said...

Peacemaker :) inshaallah :)
semoga bermanfaat.
jazakallah ats kunjungan :)