Saturday, May 19, 2012

AKHI, JANGAN MARAH AKHI

Set : Dalam Kereta

Muzik latar : Demi Matahari

Suhu : heh, perlu ke?

***

Akhi, anak rasa kurang senang la,betulkah kita ni

Betul macam mana tu ya sheikh. Boleh enta perjelas?

Tu la akhi, apa kita buat ni. Tidakkah melebih-lebih? Sikit-sikit kita cakap pasal dakwah, sikit-sikit cakap pasal agama, pasal al-Quran, hadis.

Habis tu enta tak nak buat ? Enta dah penat kah? Enta nak berhenti kah?

Bukan begitu. Ana tengok orang lain, Islam juga. Belajar pun tinggi juga. SPM pun depa cemerlang juga. Tak ada la mereka nak penat-penat macam kita, depa boleh aje duduk senang lenang tengok TV, manja-manja dengan isteri, layan anak-anak. Ok je.



Sheikh, enta dah penat benar kah?

Eh apasal akhi, enta asyik cakap macam tu dekat ana.

Bukan ape sheikh, kita buat kerja ni bukan kita seorang je, kita bukan orang pertama apatah lagi yang terakhir. Kata kita sayang Nabi, kita nak ikut apa Nabi buat. Banyak-banyak perkara yang disandar pada Nabi, dakwah la yang paling Nabi usahakan.

Yela akhi, cakap pasal Nabi, dia Nabi kan. Kita ni ummat dia, biasa-biasa pun ana rasa ok la.

Sheikh, ana bagi tahu satu benda, tak de orang paksa enta nak teruskan. Kalau enta tak redha dengan ketentuan ni, enta tak redha yang Allah pilih enta buat kerja ini, enta boleh berhenti. Tiada masalah, ana malas je nak keluarkan dalil, lagipun enta dah tahu sangat kan.

Uiks akhi ni, ke situ pula. Bukan macam tu maksud ana, tapi tak kan kita je yang nak penat-penat. Member kita tu, tak kan diorang tengok je. Enta muyskil la. Eh boleh ke kita ni?

Sheikh, enta tak yakin ke dengan perjuangan kita ni? Enta tak yakin dengan Islam? Enta tak yakin dengan Islam ke dengan diri sendiri. Mungkin kita kena perbetul balik niat ni sheikh.

Ya Allah akhi mestila ana yakin, Allah dah janji Islam akan menang akhirnya. Tapi macam tu la. Ana tengok ummat macam, ish teruk sangat ni. Macam tak boleh je kita ni.

Sheikh,

Innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabilalamin

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah Tuhan sekalian alam

Kau boleh diamkah, hari-hari kau baca ni tapi kau komplen itu ini. Tak rasa disgusting pada diri sendiri? Kau tak redha? Silakan cari langit lain untuk berteduh.

Erks.

Akhi, enta cakap kat ana ke tu? Akhi, jangan marah akhi.

Tak la sheikh, ana cakap dengan stereng ni.

***

"Sesiapa yang tidak redha dengan KetentuanKu, dan tidak sabar menempuh ujianKu, dan tidak bersyukur atas segala nikmatKu, hendaklah ia mencari tuhan selainKu dan keluarlah dari berteduh dibawah langitKu"

(Hadis Qudsi)

10 comments:

M Fizan said...

kupasan yang sangat sempurna dan tersusun. teruskan dengan perjuangan akhi :) janji Allah pasti tiba.

Inspector Saahab said...

M Fizan : jazakallah Nazif. eh mana satu nama kau ni? o.o

hehe. lama tak dengar crita kau kat sini by the way.
selamatkan memanfaatkan cuti anda :)

Feilong said...

chakir!! ini first time tcer datang sini. terliur tgk nasi lemak tu...hihihi

bagusnya awak post benda2 yg bermanfaat ni. bolehlah tcer dpt ilmu kat sini :)

Inspector Saahab said...

Teacher : teacherrr !!! dah lama saya tunggu kehadiranmu di sini. hehe

sebab tu sy dah jarang update dekat blog tu, saya dah jumpa cinta baharu kat sini. duk INTEC saya telah dibasuh sehingga cuci jilah. heh.

saya dalam transition process. moga teacher turut mendoakan penghijrahan saya ni. T__T. baru ku tahu erti sebuah kehidupan. cewahh.

keep updated :)
dan sy memang lama tersangat lama tak jenguk blog teacher. tah apa dah jg kat circle quartet pun sy dah blur. sorry juga T__T

dah banyak update kat sini, hopefully teacher sudi baca dri masa ke masa ;)

Muhammad PeacemakerIslam said...

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad dari Tuhanmu). Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang yang ingkar), dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman.

(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".

(Al A'raf : 2-3)

Inspector Saahab said...

Peacemaker : jangan marah akhi :)
jazakallah akhi :)

khairshidi said...

subhanallaha...
tersentuh hati ini..
terima kasih akh
" andai jalan dakwah ini mudah pasti ramai yg akan sertai "- assyahid hassan al-banna

Inspector Saahab said...

khairshidi :
waiyyak :)

jazakallah akhi, jangan marah akhi :)

memang benar ::

anamuzakkar =.= said...

disgusting~ nicee
sedarlah bahawa kita ni memang hamba
redha je lah
ikut perintah Allah dan tgglkn laranganNya
InshaAllah HIdup bahagia di dunia dan akhirat disebabkan rahmatNya

Inspector Saahab said...

anamuzakkar : jangan marah akhi :)

INshaallah. weh doakan aku supaya komited untuk stdy. HAHAHAH