Thursday, May 3, 2012

ASAL DARI KAMPUNG

Hari ini saya nak cerita tentang pengalamn hidup saya.

Tak de la nak pengalaman sangat. Umur saya dah hampir dua dekad, kalau nak ringkas dalam satu entri agak mustahil la. So saya cerita mana penting. Tapi saya rasa banyak yang tak penting bakal terbongkar, part-part merepek. Nak buat macam mana. So kalau anda dah baca sampai ayat ni tapi tak teruskan pembacaan, maka rugilah. Eheh. Ayat promosi di situ.

Kenapa nak tulis bibiliografi sendiri? Nak cari publisiti murahan la tu. Tak kisah la apa orang nak kata, anda nak kata. Tapi kadang-kadang kita ikut banyak benda, pergi program itu ini, terlompat situ sini alih-alih sama je. Tiada perubahan. Tapi mudahnya Allah buat, bila tengok member yang satu kelab gossip dengan kita berubah tiba-tiba tempias tu tertusuk.


Mungkin sebab tu la kot saya nak tulis ni. Moga-moga ada yang terkesan sebab kita sama juga, asal dari mana? Asal dari kampung. Makan nasi, nasi lemak jugak kan. Pernah suatu ketika, beberapa purnama dahulu saya pegi satu program anjuran kolej. Menarik.

Intisarinya adalah perkongsian tentang kehebatan surah Al-Fatihah, buat satu hari nak explain surah yang hanya mengandungi tujuh ayat tu. Tapi itulah yang kita baca dalam solat, tak baca tak sah solat, sia-sia. Saya punya semangat, pergi la. Stay sampai habis. Sehari suntuk. Tapi sebelum program tamat, ada sesi perkongsian. Seorang sahabat ini buat sesi luah perasaan, habisnya diluah sampai terluah-luah.

Sampai hari ni, intisari program itu dah tujuh puluh peratus, Inshaallah saya dah lupa tapi perkongsian sahabat itu masih segar bugar dalam kamar memori. Sebab apa? Terkesan waktu itu. Rasa nak menjerit sambil lompat bintang pun ade. Tapi malu. Sebab waktu ada pelajar perempuan sekali. Heh. Saya kagum la dengan dia.

Barang siapa meminjami Allah dengan pinjaman ynag baik maka Allah akan melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan rezeki dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan

(2:245)



Ok, tak masuk part saya lagi ni.

Saya benci menulis. Dulu la. Membaca pun saya tak suka. Novel kesusasteraan subjek Bahasa Melayu, saya tak pernah habis baca. Saya baca synopsis sahaja, tapi Alhamdulillah keputusan exam memberangsangkan. Tapi saya minat sastera. Cuma entah macam mana, tersesat masuk buat medic. Mujur juga, masuk kolej persediaan dapat kenal dunia dakwah dan tarbiyah ni. Alhamdulillah.

Lepas habis sijil pelajaran Malaysia, saya duduk rumah. Tolong ibu jaga rumah. Ok itu alsaan yang tidak masuk akal. Kemudian entah bagaimana ada kawan sekolah cadang saya buat blog. Saya pun teringat, saya pernah ada blog. Dah dua tahun saya buat blog tu, tapi dalam dua tahun satu entri sahaja saya sempat tulis. Tahniah. Bencinya saya menulis.

Tapi dalam kelapanagn waktu itu, saya jatuh cinta dengan menulis. Macam-macam rasanya nak tulis. Kalau ikutkan hati, berapa kali kelip mata, menguap, pergi jalan-jalan, jumpa orang itu orang ini, semua saya nak tulis. Waktu itu aktif. Baru saya sedar menulis itu seni. Yang menariknya, ada orang baca. Ada orang follow. Ramai pulak tu. Hati saya berbunga-bunga. Macam-macam bunga ada.

Eh panjang ni. Nak sambung ke tak?

Saya dah bosan tulis sirah hidup saya ini. Anda yang baca mestilah lagi bosan kan. Maka dengan itu, sebagai pemegang cop mohor raja-raja Kerajaan Nilapura, maka saya memutuskan bahawa slot ini akan bersambung.

Sekian.

6 comments:

CAnn said...

You really like 'bersambung' style don't you?

Inspector Saahab said...

CANN : WHY? it's bothering you ?
i loikee to pique people's interest and to make them stay static :p

Abi Noah said...

mak aih, tak leh blah dalam masa dua tahun, satu hapdet je. huarhuar.

seriously, ada ke sambungan entri ni? yang mana?

dah banyak makan nasi lemak, penjual nye tak tahu lagi.

Inspector Saahab said...

et lis. ada jugak kan :)

ada kesinambungan. cuba klik label tu :)
ada part II
dab mungkin ada part iii menyusul

tak kenal lg kah?
biar betik

Pemimpi Tegar said...

Untunglah bila ramai org follow. XD

Inspector Saahab said...

untngla bole hack orng -____-