Sunday, May 6, 2012

IKAN TIGA RASA

Assalamualaikum dan salam 1Akidah.

Ok. Hal di atas menampakkan ketidakoriginalitian di situ.

Masa muda-muda dulu, saya ni seorang yang baik hati dan penyayang. Eh, sekarang tak baik ke? Bukan macam itu, dahulu saya ini sangatlah nerdy dan berdisiplin. Atau bahasa mudahnya sangatlah skema. Saya jarang main, keluar rumah huha huha naik basikal lompat sana sini, jatuh motor masuk hospital, langgar lembu, curi rambutan, bermesra-mesra dengan sarang tebuan, bocorkan tayar basikal member, itu semua bukan kerja saya. Memang bukanlah. Hah.

Sebaliknya, saya kawan dengan sahabat-sahabat yang sebulu dengan saya. So saya pilih kawan, tengok bulu mcam mana. Ok mengarut.

Ok hari ni adalah siri Silent Sundae yang ke-enam. Part kat atas tu hanyalah mukadimah yang tidak perlu. Sebenarnya nak cerita dulu, saya pernah masuk pertandingan nasyid. Wakil kelas sempena sambutan Maulidur ar-Rasul. Masa itu kami namakan kumpulan kami yang terdiri daripada murid-murid yang ayu dan berbudi pekerti itu Raihan. Ok sila muntah sekarang. Tapi last last cikgu kami tukar nama jadi Hairan. Hairan pun hairan la.


Waktu itu antara lagu yang disenandungkan adalah Iman Adalah Mutiara.

Iman adalah mutiara Di dalam hati manusia

Yang meyakini Allah, Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu Iman bagaimanalah mengaku diri hamba padaNya

Tanpamu Iman bagaimanalah menjadi hamba Allah yang bertakwa

[saya suka part di bawah]

Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa

Iman tak dapat dijual beli ia tiada di tepian pantai

Walaupun apa pun caranya jua, engkau mendaki gunung yang tinggi

Engkau merentas lautan api namun tak dapat jua di miliki

Jika tidak kembali pada Allah

Ok sekian. Tahniah kepada anda yang menyanyikannya dengan penuh penghayatan dan semangat kesukanan yang cemerlang tadi. Saya nampak akak yang pakai baju wirawati tadi bernyanyi sambil berdiri tegak, mantop gittew. Eheh.


Iman. Tidak dapat dijual beli. Kalau boleh beli agaknya dah berapa ramai orang yang beriman? Kalau boleh dijual beli agaknya berapakah harga sebuah iman itu? Kalau boleh dijual beli, agaknya di mana iman dipasarkan? Di pasar Seksyen 6 ? Pasar borong selangor? Di kaki lima Masjid Negeri? Di mana? Berapa harganya? Siapa yang menjualnya?

Iman. Tidak boleh diwarisi. Kalau boleh, agaknya mesti mereka ynag kematian ibu bapa dah bergaduh adik berdik nak mewarisi iman itu. Sudah mesti kes-kes perebutan iman berleluasa di mahkamah antarabangsa. Sudah pasti ramai yang mewarisi keimanan ibu dan bapa mereka. Mewarisi daripada nenek moyang keturunan masing-masing. Tapi tidak semudah itu.

Tidak melainkan kita kembali pada Allah. Manisnya rasa Iman itu perlu disertakan rasa Pahitnya pengorbaann dan masinnya Mujahaddah.

Macam ikan tiga rasa. Ok stop.

Fikirkan-fikrikan, renungkan-renungkan

3 comments:

Inspector Saahab said...

macam tiada point. kbyethanksforreadinganyway:)

Manan Qayyim said...

ingatkan ade entry pasal resepi ikan tiga rasa...

#ape pun setuju dengan ape Inspector tulis...

#bukan tiada point. ada point . cuma tak tersusun sikit...


- Manan Qayyim -

Inspector Saahab said...

Manan Qayyim : jazakallah atas pembacaan :)

inshaallah akan dipertengkat usaha untuk menyusun ketidaksusunan itu. heh.

mohon tunjuk ajar :)