Sunday, May 13, 2012

JIKA BAGINDA MELIHAT KITA

Allahuakhbar Allahuakhbar

Sayup sayup kedengaran azan Maghrib memecah keheningan senja. Senjata sang mentari kian malap. Yang tinggal picisan warna kemerah-merahan, perlaha-lahan bersembunyi disebalik awan awan yang berarak bagai nak rak. Suara muezzin yang serak serak basah mengalahkan suara buluh perindu Ramli Sirap menyentak diri lalu terus bergegas menadah tangan di bawah pili air kerajaan negeri.

Jika diikutkan kita ni kalau bersolat lima kali sehari, jika sentiasa berwudhuk pastilah kita tersangat bersih. Tiap-tiap solat fardhu kita basuh muka kita, kita basuh tangan kita, kita basuh kaki kita. Tidakkah kita ni orang-orang yang bersih? Namun menyedari akan hakikat kebersihan, mengapa masih ramai di luar sana yang masih enggan, malu katanya untuk bersolat. Mungkin mereka ni takut berwajah bersih, takut kulit muka licin dan tegang dan anjal. Heh.


Hey manusia, azan sudah berkumandang. Jom kita bersolat, jom kita menuju kejayaan. Tapi mengapa, semakin kuat muezzin berteriakan semakin kuat pula volume kotak hitan itu bersuara? Yes, the stupid box. Yang berwarna hitam, baik berjenama tempatan mahupun antarabangsa, baik diisi dengan plasama membrane, pepejal mahupun cellulose, itulah kotak hitam yang meracuni minda anak bangsa Islam darsawarsa.

Laki bini, anak pinak semuanya berbaris di hadapan kotak bodoh itu dan terus menerus diperbodohkan. Menonton sambil diiring gelak ketawa bila watak-watak dalamnya berjaya menipu diri mereka, aduh sakitnya ummat.

Eh kenapa kau sibuk? Biarlah diorang. Jaga tepi kain kau tu

Eh boleh ke kita begitu? Biarkan sahaja perkara ni berleluasa? Biarkan sahaja al-hawa menguasai insan-insan seakidah dengan kita? Biarkan sahaja mereka menjadikan kotak hitam itu illah mereka? Biarkan sahaja sembahan-sembahan modern itu mengawal minda mereka. Tidak boleh sama sekali. Di sini, peribasa jaga tepi kain masing-maisng sangat tidak praktikal, sebaliknya kita perlu menjaga tepi kain mereka, nantikan terbelah nampak aurat.

Erks.

Anda pula bagaiamana? Ye anda sendiri?


Aku pula bagaimana? Malulah wahai diri. Banggakah kau melihat aksi-aksi yang tidak senonoh dalam kotak itu? Bayangkan sedang kita menyaksikan sesuatu yang tidak patut, tiba-tiba sambil kita menguyah ais dikala petang yang hangat kita tercekik dan mati serta merta. Sempat kah kita nak melafaz shahadah tika itu?

Perlukah kita melihat aksi-aksi tidak sopan, yang mendedah tubuh mereka sana sini itu? Apakah yang menggembirakan hatimu sangat wahai insan? Tidak malukah ? melihat aksi bertepuk tampar tanpa menjaga batas lelaki perempuan, melihat aksi-aksi liar bergusti situ sini, melihat aksi orang-ornag yang sesat lagi menyesatkan itu. Perlukah?

Tiada kerja lain kah kita ni?

Solat mu bagaimana? Tilawah mu bagaimana? Pelajaranmu bagaimana? Engkau tidak risau akan ummat yang makin tenat? Engkau terus membiar diri ditungangi serangan-serangan musuh? Engkau merelakan sahaja mindamu diracuni? Engkau terus redha? Heh ni yang kau katakan redha?

*Ahh, pengsan*

Mentang-mentang kau cuti lama, berbulan-bulan pulak tu, habis hukum hakam kau maen redah je. Ingat ape ni? Islam ni macam hukum algebra? Maen letak je kiri kanan, kanan kiri? Ni suka hati buat cara sendiri rujuk kitab mana? Epic Gilgamesh? Ramayana?

*Pengsan lagi*


Bayangkan saban hari dalam solat kita, dalam tahiyyat kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarga baginda,

Dan bayangkan baginda melihat kita dengan penuh liar dan meliar bersama kotak hitam itu? Tidak malukah? Dan syafaat baginda yang kita kejar di akhirat nanti?

Ironi bukan.

Sudahkah engkau melihat orang yang menjadikan keinginannya sebagai tuhannya. Apakah engkau akan menjadi pelindungnya?

Atau apakah engkau mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu hanyalah seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat jalannya

(Al-Furqan : 43-44)

*HABIS TERBAKAR DUSHHH*

17 comments:

Inspector Saahab said...

saya tahu malam ni ada bola dan tadi ada hockey. sila rasa bersalah. hoyeahh.

Sungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang :)

synadee said...

saya rasa bersalah.terima kasih atas peringatan.

Inspector Saahab said...

synadee : Masha Allah. itu sesuatu yg baik kerana hati kita masih hidup. semoga kita terus istiqamah dalam memeperbaiki diri :)

semoga bermanfaat :)
waiyyaki

kawan inspektor said...

manchester city mnang epl

Inspector Saahab said...

kawan inspektor : tahniah ::

hg dapat apa?

~Wanney~ said...

ouccchh sbntr.. hukhukhuk

Inspector Saahab said...

wanney : semoga ouchh itu bertahan lama dan ada tindakan follow up untuk merubah diri kita.

dan semoga dipermudah urusan :)

Inspector Saahab said...

wanney : semoga ouchh itu bertahan lama dan ada tindakan follow up untuk merubah diri kita.

dan semoga dipermudah urusan :)

kawan inspektor said...

aku dpat nasi lemak free..

~Wanney~ said...

insyaAllah.. :)

PC1667 said...

Haish memang burnt habis lah lepas baca post ni sobsobs. Arigatou ne! May Allah bless you :)

Oh by the way hiperbola sungguh 2 kali pengsan di situ ye -,-

Inspector Saahab said...

kawan inspektor : untung la. oh dan tahniah

wanney : inshaallah :)

pc1667 : jazakillah.
hahaks.
baru dua kali. heh

Reiichi said...

T_T isk..

Inspector Saahab said...

Reiichi : InsyaAllah sama-sama kita nanges. hehe

sama-sama kita hijrah :)

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya ingin meminta bantuan tuan, saya ingin berhijrah kerana saya baru sedar bahawa banyak masa saya dihabiskan dengan begitu sahaja tanpa mendapat ganjaran pahala.Saya Adi Hazmi bin Mohd Rusli.Form 3 (tahun ni PMR).Oleh sebab itulah, saya ingin meminta pertolongan dari pihak tuan untuk sedekahkan senaskah Buku Ritual Sunnah Setahun.Buku ini hanya beharga RM90.Buku ini memang sangat baik kerana mengandungi 24 jam amalan sunnah Rasulullah.Ini merupakan titik pertama untuk saya menjadi lebih baik.Saya masih mempunyai banyak kekurangan diri dan tak tahu tentang cara kehidupan seharian yang betul-betul menepati sunnah Rasulullah SAW.Justeru daripada situlah saya ingin berubah untuk menjadikan kehidupan saya lebih elok dan tidak sia-sia begitu sahaja.Saya harap tuan dapat membantu saya dalam penghijrahan ini.InsyaAllah tuan turut sama mendapat pahala.Tuan beli Buku Ritual Sunnah Setahun di http://galeriniaga.blogspot.com/2012/09/617-ritual-sunnah-setahun.html .Saya memang sangat bergantung pada pertolongan tuan.Saya memang nak cari ilmu.Tuan tolonglah saya.Ini email saya: adi.hazmi@outlook.com .Terima kasih, Assalamualaikum.Ini alamat rumah :

2179 Taman Pelagat
Kampung Padang Luas
22000 Jerteh, Besut
Terengganu.

Anonymous said...

Saya buat mcam ni sebab saya rasa tiada siapa dah tempat saya nak mengadu dan meminta.Saya memang rasa bahawa hidup saya ni macam tiada arah tuju.Banyak masa saya dihabiskan dengan Facebook dan Twitter.Sebab itu lah saya meminta tuan untuk sedekahkan saya buku Ritual Sunnah Setahun agar hidup saya lebih bermanfaat.Saya harap agar tuan memahami saya.Saya janji lepas ni saya tak minta dah.

Anonymous said...

Inspector Saahab bantulah saya.