Tuesday, May 22, 2012

LEBUH RAYA MALAYSIA-THAI

....maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan bagi orang yang mendustakan (rasul-rasul)

(An-Nahl:36)

Cahaya merah kebiru-biruan mula menerobos ruang-ruang atmosfera, meresap masuk di celah-celah partikel udara, bercampur aduk dengan pelbagai lagi jenis molekul gas-gas yang tersisa. Sinaran merah tadi mula jelas kelihatan di ufuk timur sana, menjanjikan sebuah hari yang indah,penuh pengharapan dan impian. Deretan gunung banjaran titiwangsa yang berdiri gah di sepanjang tulang belakang bumi semenanjung menjunjung langit yang semakin mencerah dengan penuh semangat kekitaan. Heh.

Mengapa kita di sini.

Sedang kengkwan yang lain sudah mula menapakkan diri mereka di kota roya, bermesra sesama mereka, meredah lautan manusia mencari hiburan negeri dunia. Mengapa kita tidak ke situ? Sedang mereka lena diulik mimpi-mimpi kosong, mengapa kita di jalan ini, berliku dan berdebu, menggalas tanggungjawab yang kian lama tampak kian memberat. Adakah kita ini telah memilih jalan yang silap? Haruskah kita berhenti?


Soalan dan suasana yang membunuh di kala pagi yang hening.

Kita tercampak di jalan ini suadara saudari sekalian bukan la suatu ketentuan yang biasa-biasa. Kita berdiri atas satu akidah, berjalan atas nama Islam, dan bernafas dengan oksigen dakwah kerana kita insan-insan yang terpilih, umat pertengahan yang dipertanggungjawabkan untuk meneruskan kelangsunagn risalah ar-Rasul, mendirikan panji-panji al-Haq tatkala di luar sana kebatilan menguasai segenap ruang.

Katakanlah “ Inilah jalanku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kamu kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang muyrik”

(Yusuf :180)

Sememangnya bukan mudah. Namun apa ertinya sebuah kehidupan yang mudah? Duduk goyang kaki sambil melayan lagu kegemaran rakyat 1Malaysia, berjemur dibawah sinaran mentari yang panas menerik sambil meneguk teh tarik larutan susu segar dan beberapa keping roti canai yang disaluti keju hangat, ditepinya ada keratan sosej-sosej dan dilumurkan pada sosej-sosej itu sos tiga rasa yang diimport dari Thailand, apa erti sebuah kehidupan di situ semua?

Kita bukan golongan yang bersenang lenang. Bukan satu batang tubuh yang duduk sekadar memerhati. Bukan satu pasukan yang menjerit dipagar penonton tatkala bola yang digelecek pemain mula memasuki zon penalty pihak lawan. Kita bukan menonton dari rumah dengan siaran langsung yang di bawa khas oleh siaran berbayar, bukan penonton. Bukan dibangku gantian juga.


Dan jika diberi peluang untuk sekadar menyaksikan suasana itu, kita tidak mahu. Jalan ini yang kita pilih dan kita tekad. Kita yakin al-Haq pasti menang. Itu suatu kepastian yang tidak disangkal lagi. Sejarah membuktikan kemegahan al-Haq pada suatu ketika dulu. Dan sampai kini, al-Haq itu tidak pernah luput. Obornya tidak pernah padam. Cuma kita perlukan individu yang membawa obor itu berlari merentasi lautan jahiliyah dan meredah belantara kebatilan.

Dan kita ingin menjadi individu tersebut.

Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagi mu, “Sungguh, Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu seribu malaikat yang datang berturut-turut”

(Al-Anfal:9)

Kemenangan sudah dijanjikan. Pertolongan sudah dijanjikan. Ganjaran sudah dijanjikan. Nikmat-nikmat sudah ditabur. Segalanya sudah terhidang. Mengapa kita masih mengejar sesuatu yang yang tidak pasti. Mengapa masih ragu-ragu untuk bergerak? Mengapa masih segan dan silu untuk melangkah. Tidak mungkin kita berjaya mara ke hadpaan jika satu kaki melangkah ke depan dan satu lagi menjauh ke belakang.

Ayuh bersatu dengan jiwa rabbani.

Usah mudah mengeluh di sini

Syurga firdaus yang kita rindui

Berjiran dengan nabi dan para syuhda’ kita impi

Semua itu bukan ilusi

Andai diri penuhi segala janji

Laksanakan tugas sebagai saksi

Inshaallah kemenangan yang hakiki menanti

Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama..

(Al-Hajj:78)

3 comments:

anamuzakkar =.= said...

mashaAllah
indahnya bahasa yang enta ungkapkan
subhanallah
moga2 dapat menjentik hati2 mereka yang masih alpa di luar sana
=.=

Muhammad PeacemakerIslam said...

"Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadaNya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?"

(19:65)

~,~

Inspector Saahab said...

Ana Muzakkar & Peacemaker

jazakumullahukhairankatheera :)