Tuesday, May 15, 2012

PENCAPAIAN DIDAHULUKAN RAKYAT DIUTAMAKAN

Selepas kertas terakhir exam, bila kau panggil seseorang dan dia berpaling dengan mata sembap dan muka minta penyepak lalu menjawab soalan-soalan trivial mu dengan anggukan atau gelengan atau 'hmm' maka kau patut tahu yang dia telah tak tidur selama dua hari and all that she needs are her pillow and comforter, bukan senyuman manismu. Titik.

-enonimos

Mungkin intro yang agak ketinggalan zaman kerana exam sihir dunia sudah pun berkahir sejak selepas tumbangnya tamadun Hwang Hei lagi, heh.


Tatkala sesi pembelajaran bagi semester ini tamat, insan-insan yang bersama saya menghuni kediaman mewah kami di tengah tengah kota Shah Alam yang semakin mebuak-buak suhu panasnya mula berduyung-duyung meniggalkan tempat penginapan. Bagasi-bagasi yang sarat dengan pakaian diheret dari timur ke barat. Kotak-kotak berisi buku-buku sihir dijunjung, diusung dan dipunggah untuk dibawa pulang bersama. Suasana tampak bingit. Masing-masing disibukkan dengan urusan mengemas kini harta benda.

Setelah operasi membungkus dan membuang sisa yang tidak perlu tamat dengan jayanya, maka mulalah drama bersalam-salaman, berlaga pipi, bahu bertemu bahu. Kata-kata manis yang mengandungi unsur penghargaan mula dihamburkan di bibir-bibir sekalian ummat. Langkah diatur dengan penuh shahdu, diringi sebuah harapan akan bertmu lagi. Tatkala kaki melangkah keluar meninggalkan ruang tanah kediaman mampu milik kami, kenangan hampir setahun berukhuwah singgah di kamar memori.

Aiwah!

Yang indah itu pertemuan

Yang manis itu perkenalan

Yang berpanjangan itu persahabatan

Yang berkekalan itu ukhuwah

Yang tinggal hanyalah kenangan

Air mata mula mengalir laju.

Perjuangan baru sahaja bermula, tatkala meninggalkan jemaah yang dirindui. Bekalan tarbiyah dibawa pulang bersama bagasi pakaian kotor. Jiwa yang sudah dibasuh dengan al-Quran dan diwangikan dengan as-Sunnah menjadi pegangan untuk berhadapan dengan hari-hari mendatang. Tampak begitu sukar untuk mengekalkan momentum iman apatah lagi meninggkatkan velocity nya.

Namun kali ini pulang dengan sebuah harapan baharu. Pulang bukan lagi sebagai seorang yang dahulu. Encik semalam bukan lagi bertakhta di hati. Hari ini pulang dengan sesuatu yang baharu. Masih Islam tapi bukan yang dahulu.

Disebalik kisah pulang ke kampung halaman, suara hati mula menzahirkan kebimbangan dan kerisauan. Mampukah diri berhadapan dengan seruan-seruan jahilyah yang bakal menggoda di dunia luar sana. Mampukah aku menjadi rama-rama yang tegas dengan pendirian setelah keluar dari kepompong tarbiyah ini. Mampukah aku menangkis ajakan dan bisikan al-hawa dan keinginan diri. Mampukah diri menangani suasana yang pernah menyaksikan zaman hitam bermaharajalela mengambil tempat.

Keluhan demi keluhan

Dan ingatlah ketika Kami menjanjikan kepada Musa empat puluh malam. Kemudian kamu Bani Israel menjadikan patung anak sapi sebagai sembahan setelah kepergiannya dan kamu menjadi orang yang zalim

(Al-Baqarah :51)

Tekad dan azam dilaungkan. Aku tidak lagi mahu menjadi seorang yang hipokrit. Kita tidak lagi mahu jadi seperti Bani Israel yang mendustakan ajaran nabi Musa setelah pemergiannya. Kita tidak lagi mahu menjadi orang yang zalim, yang menzalimi diri sendiri. Dulu mungkin kita begitu tapi tidak lagi hari ini. Kini kita bernafas dengan udara baharu, kita pulang ke gagang dengan fahaman Islam. Kita ingin tsabit atas jalan ini. Kita harus tegas wahai rakan dan teman.

Usah biar pisang bebuah dua kali

Ambillah ibrah dan iktibar dari peristiwa ummat terdahulu. Janganlah kita ini baiknya bermusim, cemerlang ibadahnya bila berjemaah,namun bila keseoarang, bila berhadapan dunia yang sebenar kita bertukar menjadi manusia yang bertopeng. Saya juga seperti anda, pernah hidup dalam sejarah hitam, pernah melalui zaman gelap. Namun itu semua yang lepas dan bukan satu isu yang harus dikupas.

Sebaliknya, siapa kita hari ini?

Itu persoalan yang lebih penting. Ke mana hala tuju kita selepas ini, itu yang lebih utama. Bagaimana kita hari esok, itu yang lebih dahulu. Pencapaian diutamakan, rakyat didahulukan? Bukan begitu sebenarnya. Heh.

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Kurnia

(Ali-Imran :8)

7 comments:

Ana Pengembara said...

betul akhi. ana setuju..

aku tak nak jadi hipokrit

Inspector Saahab said...

Ana Pengembara : INshaallah boleh. yeahhh

~Wanney~ said...

my mum cukup anti dgn moto 1 malaysia tu.. rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.. dia ckp mmg rakyat didahulukan utk byr brg2 yg semakin naik harganya.. hahaha..

nice entry btw.. :)

Inspector Saahab said...

Wanney : ok. HAHA

semoga bermanfaat :)

anamuzakkar =.= said...

Ya Allah, tetapkanlah iman kami...
tazkirah yang menarik Inspektor !
Btw, sbg daie kan kene peka dan sensitif...hmm...ade salah grammar sket dlm gmbr jam =.= kbye~

Muhammad PeacemakerIslam said...

battle to the end...InsyaAllah..
Allah bersama hambaNya yang bersolat dan bersabar..

~ kotak hitam masih mengancam diruang tamu,moga diberi kekuatan..InsyaAllah..

Inspector Saahab said...

Anamuazakkar =.= : erks. terlalu peka nampaknya.

jazakallah btw :)

Peacemaker : semoga terus mujahadah :)

peace, aman tanpa perang :)

oh berkenaan kotak hitam :
keh keh

http://kebangkitankedua.blogspot.com/2012/05/jika-baginda-melihat-kita.html