Thursday, May 17, 2012

SUNGGUH AKU TAHU

Assalamualakum..

Sudah lama bercita-cita menghasilkan certi, cerpen dari hati, cewah. Ok katakan segalanya, bajet, poyo, kerek, cerek, muka tak malu dah la tak hensem. Heh. Apakan daya, tertulis jua. Moga kalian mengerti. Oh dan coverage yang sejak mingguan yang lalu perlahan bagai platypus pulang petang kini kembali bertenaga setelah mendapat sentuhan Red Bull.

***


Seruan menuju kejayaan berkumandang penuh gah. Diselang-seli sahutan ayam serta iringin simfoni air sungai Kinabatangan memecah keheningan pagi yang masih suci. Anis bingkas bangun dari kamar beradu.

Melangkah pantas, menadah tangan.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Usai bermunajat di tikar sejadah, dia menerima satu pesanan ringkas. Ragu-ragu pada mulanya. Masakan ada yang sudi menekan-nekan kekunci di pagi begini. Risau dirinya kalau-kalau ada urusan kecemasan memanggil kerana di benaknya sudah ada cereka lain yang beraksi.

“Uhibbuki Fillah”

Ringkas. Bukan kecemasan, pesanan yang datang membawa senyuman. Dari ahli bulatan gembiranya. Sekuntum senyum manis terukir. Penuh bertenaga.

Dia tidak membalasnya.

Anis mencapai naskah al Quran yang bersemayam berhampiran katilnya, di atas rak yang usang, di rumah yang usang. Bayu kaki gunung yang meniupkan bersama aura Sungai Kinabatangan bertiup menyapa tubuhnya. Sedikit menggigil. Alah bisa, tegal biasa.

Anis memulakan bacaannya. Penuh penghayatan. Dia memerhati dan meneliti tiap-tiap bait kata dengan penuh rasa insaf dan keinginan mengenal Tuhan yang mendalam. Terkesima sejenak, tika mana mata bertentang dengan suatu ayat yang mengkhabarkan suatu tawaran yang siapa sangka tidak akan pernah merugikan, Anis berhenti di situ.



Ayat ini;

Wahai orang-orang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?

Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

(As-Saff :10-11)

Dibacanya berulang-ulang kali. Bait-bait kata dalam ayat tersebut lalu muncul dalam mindanya, silih bertukar tempat.

“Sungguh Ya Rabb, aku tidak mengetahui. Aku tidak mengetahui”

Anis merintih sendiri. Hela nafasnya menzahirkan isi yang terbuku di hati. Berat, terlampau berat.

Beriman. Allah. Rasul. Jihad.

Rasakan suatu kerugian. Dia tidak mengetahui, bagaimana harus diri dinazarkan kepada Ilahi. Anis hanya sekadar mampu berdoa. Berdoa moga diberikan kekuatan untuk terus bejihad di jalan yang Maha Esa. Dia merenung kisah silamnya, sejarah hitam hidup bergelumang dosa. Luka lama berdarah kembali.

Apakah aku akan kembali seperti dulu?

5 comments:

Inspector Saahab said...

episod 1 =)

Muhammad PeacemakerIslam said...

Segala puji bagiNya...
Huh..words yang menusuk..especially tang ayat
10-11...
sanubari menagih kesinambungan episode ini..
^____^

Inspector Saahab said...

Peacemaker : inshaallah jika diberi kekuatan bakal menyambung dan merepek.

Alhamdulillah :)

~Wanney~ said...

can't wait 4 2nd episode.. keep writing fren!! :)

Inspector Saahab said...

wanney : do follow :) heh