Friday, May 18, 2012

TIRU MACAM SAYA

Ok. Awal-awal lagi saya katakan, post kali ini agak ngeri. Hanya orang yang cukup mantop dan dah biasa dengan kes mulut terburai, kaki patah empat belas dan beraneka kes ngeri sahaja yang disarankan membaca. Tapi kalau rasa nak cabar diri baca, silah lah. Tercabar tak?

Heh.

Saya janji saya akan cuba kurangkan part mengarut kali ini. Sebab part mengarut tak mengerikan. Kat sekolah lama saya dahulu, malam-malam ada orang dengar tentera duk kawad di tengah-tengah padang bola sepak, tak jauh dari dorm saya. Tapi tiada tentera pun, Cuma dengar sahaja. Katanya, sekolah itu dahulu tapak perkuburan tentera perang dunia. Ok, sahaja je nak bagi mode ngeri. Menjadi tak?

Ok dah nampak tanda-tanda kecil bahawa part mengarut bakal berpanjangan.


Soalan,

Sama tak orang buta dengan tak buta? Anak yatim dengan anak yang tak yatim? Orang miskin dan orang yang tak miskin atau bahasa mudahnya kaya? Orang kulit putih dan orang yang kulit tak berapa nak putih sangat? Anak itik dengan anak ayam? Bapak ayam dengan bapak ikan?

Tak kan. Sudah terang lagi bersuluh-suluh.

Baru nak masuk point ni. So tidak dan tak akan sama la orang Islam dengan bukan Islam. Orang yang tidak beriman dengan Allah, tak sama dengan kita. So di mana bezanya? Iman tu la. Kalau nak scan aktiviti seharian, macam sama. Kita bangun depa bangun, kita belajar depa pun belajar. Nampak sama, hakikatnya tak sama, sebab apa-apa yang kita buat, ada lafaz kerana Allah. Tapi lafaz bukan sekadar lafaz.

Pendek kata berbeza.

Dan sememangnya tidaklah sama orang yang buta dan orang yang melihat dan juga tidaklah sama orang-orang yang beriman serta beramal soleh dengan orang yang melakukan kejahatan. (Meskipun hakikat ini jelas nyata, tetapi) sedikit sangat kamu beringat dan insaf.

(Al-Ghafir:58)


Jika tidak berbeza perlu kita cari perbezaan itu. Bina perbezaan itu. Anda faham? Tak faham lagi. Sebab saya pun tak faham lagi apa yang saya nak tulis ni. Marcapada menyaksikan, aiwah dah macam tulis artikel majalah sekolah dah, ok sekali lagi sedikit gangguan di situ. Marcapada menyaksikan ramai dalam kalangan kita cuba mengikut-ngikut budaya dan sikap orang-orang tak sama dengan kita.

Banyak contoh kalau nak dicontohkan. Pakaian, hiburannya, pesta-pestinya, dan banyak benda lagi. Anda pun tahu sangat dan faham sangat kan?

Saya terserempak dengan satu hadis ini

Bahawasanya orang Yahudi dan Nasrani tidak mewarnakan (uban mereka) maka hendaklah kamu tidak menyerupai mereka.”
(Hadis riwayat Muslim)

Nampak tak arahan di situ. Supaya kita membezakan diri dengan orang yang bukan seangkatan dengan kita, bukan seaqidah dengan kita. Lebih-lebih lagi anda yang mendapat sentuhan tarbiyah, yang faham akan agama, yang baca blog-blog Islamik walau tak islamik sangat di sini tapi mungkin di site lain. Perlunya berbeza. Berbeza macam mana tu?

Mengikut hadis itu, jika orang ahli Yahudi dan Nasrani tidak warnakan uban mereka, hendaklah kita mewarnakan uban kita. Qiasnya adalah supaya kita bertindak mencari perbezaan. Tapi tidak bermakna bila orang Yahudi ke Nasrani ke cuba-cuba nak pakai jubah, kita pergi pakai legging pulak. Sesat tu.

Masalahnya, masyrakat Islam kita sendiri pun boleh jadi lebih sesat. Tiada la kita ikut ajaran sesat. Cumanya, kita pula yang lebih-lebih mencari persamaan. 1Masyarakat la katakan. Eh agak sensitive di situ. Buat apa? Kata beriman dekat Allah, dah wajib tutup aurat maka tutuplah. Lelaki ke perempuan ke sama la. Masing-masing ada batas aurat. Di dalam bab aurat la. Bab lain banyak lagi.


Contoh lain, pakain nak ranggi-ranggi la. Nak hot la. Yang laki pun lebih kurang. Bergaya. Supaya nama disebut-sebut. Ada apa dengan gaya? Ada apa dengan nama? Mungkin adalah nilainya dekat mata dunia, tapi jangan harap penduduk langit nak tengok.

Lagi? Nak chill chill. Nak la pergi tengok movie. Pergi lepak-lepak cuci mata. Nak ada pasangan masing-masing, baru style. Nak ada itu nak ada ini. Barulah modern. Alahai, modern. Kena la faham. Kami jiwa remaja. Jiwa rebellious. Orang tua-tua kena la faham. Kami dulu yang rasa cadburry tu macam mana. Wah! Saya kira orang modern la baca blog ini. So moga ada la sipi-sipi yang terkena. Heh.

Satu lagi hadis.

Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah daripada golongan mereka.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Direct hadis ni. Faham tak? Dah cukupla saya berleter. Macam Bapak orang dah rasa. Kalian tak faham perasaan bila dah bergelar bapak. Eh macam dah ada title tu pula.

Jum la kita membezakan diri. Kita kan nak jadi golongan yang untung, yakni Golongan Ghuraba’, dan ghuraba’ kerana agama kita.

Agama apa?

9 comments:

Nurhanan Kamalia said...

Beautifully written. Alhamdulillah.

mr tapah said...

:)

Inspector Saahab said...

Nurhanan Kamalia :
Alhamdulillah. thanks for the compliment. All praises to Allah indeed :)


mr tapah :

:)
bacakah? hehe

khairshidi said...

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah daripada golongan mereka.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

moga kita kekal dijalan yg benar ini..allahuamin

Pemimpi tegar said...

Gila panjang update. Penat gua baca. =,=

*sarcasm*

afiqsazlan said...

Ilmu baru, alhamdulillah,
=)

“Bahawasanya orang Yahudi dan Nasrani tidak mewarnakan (uban mereka) maka hendaklah kamu tidak menyerupai mereka.”
(Hadis riwayat Muslim)

Inspector Saahab said...

khairshidi : jazakallah akhi atas kunjungan ke site yg picisan ni.

pohon di doa moga kita tsabit :)



Pemimpin Tegar : =.=


Afiq Sazlan :
Alhamdulillah :)

ilmu baru tak leh simpan dalam poket, terus sebar. paling penting terus amal. heh.

Muhammad PeacemakerIslam said...

Selamat beramal bersama
^__^

ibnu hussain al biosis said...

eh2, macam 1 MRSM je kite ni. hahah nice entry akh =)