Tuesday, June 26, 2012

ABID YANG MAIN MAIN

Baru baru ini saya ada menghadiri majlis kenduri kendara. Tahun ini ramai yang nak kahwin. Jemputan bertimbun-timbun. Alhamdulillah. Semakin ramai yang membina masjid dan menutup pintu zina. Tertanya-tanya juga dengan perasaan gundah gelana dan semangat yang berkobar-kobar, bilakah pula giliranku. Aiwah. Gediks. Makan nasi pun mak ayah tanggung ada hati nak suapakan nasi kat anak dara orang. Tapi, benda baik apa salahnya dipercepatkan. Ah, gediks lagi.

Yang penting calon mesti pandai masak nasi lemak. Err.

Eh lari topik.

Selingan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang pernah hidup, yang sedang hidup atau yang sudah kembali ke pangkal jalan. Heh

Tika mana kita bercakap tentang tarbiyyah, ada beberapa perkara yang perlu kita fahami dan peka. Tarbiyyah yang sebenarnya sepatutnya mengubah diri kita menjadi muslim yang lebih produktif, yang lebih dekat kepada Sang Pencipta. Hari ni suka saya menghuraikan sejenis golongan manusia dalam kelompok yang mendapat tarbiyyah.

Tidak semestinya semua yang mendapat tabiyyah ini berada pada level yang sama. Ada orang bila diminta meningkatkan amal ibadah, mereka cemerlang. Mutaba’ah amal terisi dengan penuh bergaya. Jahiliyyah juga dikikis dengan penuh tegas dan berhemah. Mereka ini mantop. Qowi. Tapi makan nasi juga.


Ada orang berat untuk meninggalkan jahliyyah ini walau sudah ditarbiyyah secara bertubi-tubi oleh para murabbi. Golongan ini boleh menerima tapi sukar melepaskan. Jadual amal mereka juga turut terisi dengan unggul. Saya sendiri terasa kerap kali berada dalam golongan ini. In sha Allah jadual amal yang direncanakan dapat dipenuhi dengan penuh mutu. Namun pada waktu yang sama, masih lagi bergelut dengan kemaksiatan kepada Allah.

Tidak mustahil perkara ini berlaku.

Cuma, walau sehebat mana dan sebegitu istiqamah kita dalam meningkatkan pengabdian secara khusus kepada Allah S.W.T tapi pada waktu yang sama kita turut kerap kali kandas dek bola bola api jahiliyyah, rasanya ini sesuatu yang agak parah.


"Thauban meriwayatkan satu pesanan junjungan , bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Aku sangat jelas mengetahui bahawa ada golongan dari umatku yang akan datang pada hari Qiyamat dengan amalan soleh sebesar gunung Tihamah, tetapi Allah akan menjadikannya seperti debu-debu berterbangan."

"Thauban bertanya : “Wahai Rasulullah, ceritakanlah tentang mereka kepada kami dan beritahulah kami lagi, supaya kami tidak menjadi seperti mereka.”

"Baginda menjawab pertanyaan mereka;

“Mereka adalah saudara kamu dan dari kaum kamu, melakukan ibadah malam seperti kamu (qiamulail), tetapi mereka adalah orang yang apabila mereka bersendirian, mereka akan melanggar larangan Allah.”

(Hadis Riwayat Ibn Majah)

Allahurabbi.

Terasa sungguh tertusuk disitu.

Saya kira sudah tiba masanya untuk kita yang sudah lama mendapat sentuhan tarbiyyah memuhasabah diri kita. Adakah kita hari ini benar-benar labih baik deripada kita yang lampau. Sejauh mana tarbiyyah telah mengubah diri kita? Jika gagal, di mana silapnya?


“Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya.”

(Imam Al-Ghazali)

Satu lagi kata-kata yang menusuk. Yang sepatutnya memotivasikan diri kita supaya benar-benar mujahadah dalam melangkah ke tangga yang seterusnya. Hari ini kita bercakap tentang Islam, tentang tarbiyyah dan dakwah kepada orang lain, tapi dalam diam kita sendiri menjadi seorang abid yang bermain-main dalam ibadah.

Tidak yakinkah kita pada hari kebangkitan, di mana semua perbuatan kita akan dipertontonkan di padang Mahsyar kelak? Baik yang tersembunyi mahupun yang umum. Jika kita secara senyap-senyap melakukan kemaksiatan kepada Allah, tidak malukah kita untuk mengaku diri sebagai golongan yang mendapat sentuhan tarbiyyah?

Bukankah kita akan membawa fitnah kepada jalan ini?

Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya.

(Al-Hadid: 21)

Peringatan untuk diri sendiri dan para sahabah dan sahabiah

Wallahu’ala

*ombak rindu akan jalan-jalan gelap sering kali melambung diri di mode cuti ini*

13 comments:

Ana Pengembara said...

Dush. Head shot.

jazakallahukhairankatheera akhi Inspector Saahab.

Shukran.

Pemimpi Tegar said...

Dush dush. Mudahnya kita beriman di depan manusia, tapi kufur dibelakang manusia. T__T,

musheh said...

apa maksud 'maksiat' enta? in term of?

Inspector Saahab said...

Ana Pengembara :
waiyyak :)
semoga head shot bukan sekadar head shot :)


Pemimpi Tegar :
benar T__________T


Musheh :
apa yg anda faham tentang maksiat? maksiat bukan sahaja benda yg berkait dengan zina (seperti mana orng melayu duk pikir)

tapi maksiat adalah segala dosa dibuat terhadap Allah, bila buat sesuatu yg dilarang Allah :)

Ir Jinggo said...

geledah gerai nasi lemak.. :)
fuh.. semoga aku kuat.. tgglkan mksiat, perbaik amalan

Inspector Saahab said...

ir Jinggo :
insha Allah :)
amin :))

Inspector Saahab said...

ir Jinggo :
insha Allah :)
amin :))

saya said...

talam 2 muka..
T_T
arigato!

ayam penyet said...

May Allah fortify ourselves from bombardment of Jahiliyyah

Inspector Saahab said...

saya :
yes ! doakan untuk semua :)

ayam penyet :
aminnnn ~~

cg magnEt :) said...

ouchhh!
syukran :)

Anonymous said...

Mr.K ;Okay no more ville games after this.err ni pun kira main2 jugak ke?
serius tak tahu.

Anonymous said...

pedas sungguh nasi lemak kali ni. err. air...

jzkk.