Wednesday, June 6, 2012

BERSYUKURKAH AKU ?

Alhamdulillah, rombongan Cik Kiah ke Bumi Serambi Mekah sudah pun tamat dan memenuhi objetif yang dirangka. Ah rindu. Ok cukup dulu berdrama.

Orang selalu pesan, bersyukurlah, jadi saya tanya balik, apa maksud bersyukur?, jawab mereka: Syukur bermaksud kita berterima kasih kepada Allah..

Meh nak tegur sikit, syukur bukan setakat berterima kasih kepada Allah, contohnya andai kata kita tiba tiba jadi kaya raya, lalu ucap, saya bersyukur kepada Allah, sedangkan duit yang banyak tu kita simpan dalam bank tanpa bayar zakat atau sedekah, maka pada waktu itu, kita nampak macam bersyukur, tapi syukur kita tu hanya di bibir kerana kita sebenarnya kedekut. Makan lolipop song-song.

Syukur jika merujuk kepada orang kaya, selain mengucapkan lafaz: Alhamdulillah, perlulah di kongsi akan nikmat itu seperti membayar zakat atau membantu mereka yang lemah, itulah maksud syukur bagi orang kaya. Bukan syukur dapat duit pergi disko, bila balik rumah tidur sambil berdengkur. Huh.

Atau nak bagi mudah faham, Maksud syukur adalah keinginan untuk berkongsi nikmat dengan orang lain. Itu contoh syukur merujuk kepada orang kaya, sekarang nak tanya, apa maksud syukur bagi orang beriman?


JENG JENG JENG

Maksud syukur bagi orang beriman, selain mengucapkan lafaz: Alhamdulillah, perlulah di kongsi akan nikmat iman itu kepada orang yang belum beriman dengan cara dakwah mereka agar turut beriman dan selamatkan mereka dari azab api neraka, inilah namanya syukur atas nikmat iman. Semua Nabi beryukur atas nikmat iman melalui jalan dakwah. Kita pun sepatutnya begitu. Bukan bersyukur pakai jubah pakai serban, duduk dalam masjid lipat sejadah susun tikar.

Hari ini ramai orang islam perasan bersyukur atas nikmat iman, lalu syok beribadat sehingga lupa nak dakwah jiran atau kawan, mereka ni sama macam orang kaya yang kedekut tapi perasan beryukur..

Tak paham paham lagi..

Secara ringkasnya, bersyukur bagi orang sihat itu, adalah membantu orang lemah, bersyukur bagi orang kaya, membantu orang susah, dan bersyukur orang beriman, mendakwahkan hak kalimah..

Itulah maksud syukur yang mana bila orang kaya bersedekah, Allah janji akan tambah nikmat, menjadi lebih kaya, atau bila orang beriman berdakwah, Allah janji akan tambah nikmat iaitu kekal dalam hidayat..

Sidang pembaca yang dimuliakan, cewah, banyak sangat nikmat-nikmat yang Allah beri kepada kita. Bila mana Allah menyebut tentang banyaknya nikmat pemberiannya, Allah katakan bahawa 'la tukhsuha'. Kita takkan mampu untuk membilangnya. Biarlah seluruh lautan menjadi dakwat, dan segala dedaun di muka bumi ini menjadi lembaran kertas, pasti habis. Pasti tak mencukupi, biarpun ditambah dan diganti dengan amaun yang sama banyaknya.


Salah satu nikmat yang paling besar, yang Allah beri kepada kita ialah nikmat menjadi ummat Muhammad S.A.W.

Ramai yang tak perasan. Ramai juga yang dah perasan, tapi tak peduli kerana mereka ni segan. Malu katanya, maklumlah mengimplementasikan budaya ketimuran giteww. Nak rasa hantuk kepala ke dinding pun ada. Dan antara semua itu, yang paling ramai ialah golongan yang tidak berasa gembira, bangga, dan bersyukur kerana menjadi ummat Muhammad S.A.W
Buat manusia yang begini, satu amaran keras daripada Allah patut kita bisikkan ke telinga mereka.


"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

(Ibrahim 7)


Allah tak kata, "Kami tarik nikmat" tetapi Allah kata, "Siksaan kami sangat keras!"

Subhanlallah.

Dalam ayat ini, Allah mengungut dengan sebuah amaran, betapa orang yang tak bersyukur ini, azab yang bakal diterima oleh mereka adalah keras! Sangat keras! Azab yang mungkin ditahan-tahan dahulu, sebagaimana yang kita panggil sebagai istidraj. Kita belajar time SPM dulu, istidraj tu apa, kalau tak tahu boleh tanya jiran sebelah menyebelah. Lepas tanya terus dakwah diorang.

Kerana kita makin kufur, nikmat yang diberi makin banyak. Makin lama, makin banyak. Masa itu, kita akan fikir, "Aku hebat. Aku baik. Aku dicintai Tuhan. Aku benar", dan dalam tempoh kelalaian yang panjang itu, Allah tak henti-henti berikan kita nikmatnya.

Makin tak syukur, makin kita menyimpang, makin kita lalai, makin kita gunakan nikmat-Nya kejalan yang salah, makin banyak pula anugerah daripada Allah. Aneh?

Tidak. Kerana ragamnya memang begitu.

Kerana itu,

"Usah dibimbangi akan nikmat yang belum Allah kurniakan lewat doa-doa kita, tetapi bimbangilah akan nikmat-nikmat Allah yang belum kita syukuri"


Dah banyak yang Allah beri kepada kita,

tapi apa yang kita beri kepada agama-Nya pula?

* DUSH DUSH BURN*

18 comments:

Pemimpi Tegar said...

Wa'in ta'ddu nikmatallah, la tuhsuha

*dush dush* T____T,

p/s : Saya nak tukar nama lah lepas ni. Jgn marah tau! Heh.

Aku Normal said...

nikmat itu ujian dan ujian itu nikmat :D

Inspector Saahab said...

pemimpi : dush dush kann

err..kenapakah? *INspector Tegar ? hew hew :P

Fatin :
nice.
sokong.

jazakumullahukhairan katheera :)

Azery said...

wah!

Inspector Saahab said...

Abbi Noah : hmmmpp
apekah ?
bole membina sikit? hehe

Azery said...

mashaallah akhi. nice thinking! byk gak yg kita buyat slama ni tk perasan, bukan nak kata buat bende tak baik je, bende baik pun sama sebenarnya ada perkara yg lebih importantinopal.

sampai begitu "khushuk" dalam "beribadah" sampai terlupa nak "bersyukur" dalam kehidupan.

jazakallahi wabarakatuh.. :)

membina tak?

Anonymous said...

subhanallah . rasa macam dah jatuh lalu digilis dengan kereta kebal, auch, dah berkecai2 dah pun,, astaghfirullahalazim.. betullah yang namanya manusia ni sedikit amat yang bersyukur,, betullah ada orang pernah kata "ujian time susah tu lebih senang dari ujian ketika senang",, sebab kita selalu lupa bersyukur lagi2 ketika senang !! thumbs up !

keep it up ! barakallahufik

Inspector Saahab said...

Abi Noah : hew hew ! mantap!
sangat membina. bole buat satu entry lagi untuk publish komen sedemikian :)

hehe. apa2 pun nawaitu yg penting.
semoga kita paham erti syukur yg sebenarnya :)


Mujahidah : in sha Allah. sama-sama kita zahirkan rasa syukur, sekarang sudah tahu apa yg harus dilakukan, lancarkan jentera tarbiyyah :)

semoga thabit atas jalan ni :)
jazakillahukhair :)

Fishy said...

Salam alaik

Allah..nikmat ikut jalan d&t ni pun ujian jugak. Boleh jadi tak ada beza pun dgn org yg bukan di atas jalan ini.. T_T

Thanks utk post ni, keep up the good work.

Inspector Saahab said...

fish :
wasalam alaik
jazakillahukhair..

betol betol. ana sokong
moga kita paham erti syukur yg sebenar

zie said...

peringatan yg sgt baik..
syukur bkn hanya dgn lidah tapi juga dgn hati dan perbuatan..
teruskan berdakwah...
smga ilmu bermanfaat..insyaAllah.

Inspector Saahab said...

AZIE :
jazakillah atas kunjungan
semoga bermnfaat :)
in sha ALLAH
pohon didoa semoga thabat atas jalan ini

Pemimpi Tegar said...

Inspector tegar? Bukan la. Ingat nak buh nama betul. Tp mcm segan. Heh. =.=

Nanti boleh bukak compaby Inspector :p

AinNur Raudhah said...

Alhamdulillah, jzzk share.

Inspector Saahab said...

AinNur : yujzikel kheir :)
Alhamdulillah

wanita mutalib said...

:)
Alhamdulillah.

anamuzakkar =.= said...

...

Inspector Saahab said...

wanita mutalib : alhamdulillah :)

a.m : >.<"