Sunday, June 3, 2012

HEY, SAYA DAH DATANG NI


Yang bulat tidak akan datang bergolek,yang pipih tidak akan datang melayan melayang, yang bujur tidak datang merangkak, yang bersegi tidak datang bertatih, hah, yang apa lagi? Hemisfera ke, segi enam ke, octagon ke, pentagon, semuanya tidak datang begitu sahaja seperti hujan turun dari langit. Bahkan hujan tidak turun suka hati sahaja. Ok rosak peribahasa.

Saya amat yakin dan pasti kalian semua tahu akan satu amalan yang sudah sebati dengan masyrakat kita apabila bercakap soal rezeki. Katanya, tidur di pagi hari boleh memutuskan rezeki. Betulkah begitu? Maka telah saya lakukan satu uji kaji. Jika dahulu saya ini suka membuta tatkala indah suria mula mencerah, dunia saya masih gelap, dibaluti selimut yang seratus peratus kapas. Enak rasanya.


Inginkan rezeki punya pasal, saya bangun tidak tidur. Tunggu di tepian katil mengharapakn breakfast bagai menunggu bulan jatuh ke riba. Alahai, dungunya perbuatan itu. Mana mungkin. Hendak tak hendak, perlu bangun, bergerak, ke kedai makan demi sepotong roti di pagi yang cemerlang. Namun frasa jika tidur rezeki lari itu suatu yang logic. Jika saya tidak bangun mana mungkin saya dapat makan. Cuma bangun di sini bukan sekadar bangun, tapi bangun dan bergerak.

Situasi kedua, sejak zaman pendudukan jepun di Tanah Malaya lagi sudah menjadi aktiviti kegemaran masyarakat kita yang Islam membaca ayat seribu dinar supaya dimurahkan rezeki, kononya beramal. Ada yang menghafal ayat-ayat itu, dan dikumat-kamitkan pagi dan petang. Ada yang menggantung ayat-ayat itu yang dibeli di kedai Pakistan, yang dibingkaikan dengan penuh seni halus lagi pilus. Digantung di setiap penjuru rumah. Digantung di kedai-kedai, semoga business laris, semoga rezeki turun mencurah.

Begitukah kita beramal?

Soalnya berapa ramai yang faham akan intisari ayat itu? Ada ayat itu cakap, wahai manusia gantung la aku di dinding rumahmu nescaya akan turun seribu dinar emas di pagar rumah kalian pada waktu sekian-sekian. Ke ada ayat itu menyebut wahai pekedai-pekedai gantung la aku di kedaimu nescaya pelanggan akan datang berduyung-duyung memeriahkan jualanmu. Heh. Begitukah yang kita faham akan ayat seribu dinar ini? Alahai manusia.

Tidak bukan. Jika begitu, sudah pasti sudah ramai yang memiliki seribu dinar dalam simpanan mereka, jika begitu, maka tiadalah business yang gulung tikar. Jika begitu, pastilah laris kedai mat Pakistan yang menjual bingkai bertempelkan ayat seribu dinar itu.


Inilah salah faham yang berlaku dalam kalangan kita.

Yang tidak tahu dan tidak ingin tahu. Sadis.

Tadi kita bercakap soal rezeki. Rezeki yang datang dari Allah Yang Maha Pemurah. Pintu rezeki dibuka seluas-luasnya bagi mereka yang berusaha untuk rezeki itu. Bahkan yang tidak beriman kepada Allah, Allah hujani mereka dengan rezeki dan kesenangan di dunia. Begitulah juga apabila kita bercakap soal hidayah. Hidayah perlu dicari. Hidayah itu milik Allah, benar, tapi untuk siapa? 

Untuk hamba hamba yang inginkannya, untuk kita semua.

Jika kita sekadar duduk sambil makan lollipop di verandah rumah dan mengharapakan hidayah datang menerpa, sila tinggalkan usaha itu. Mungkinkah hidayah datang ke rumah kita yang beralamat sekian-sekian itu, menekan loceng dan kita membuka pintu mempersilakan ia masuk? Mana mungkin keajaiban tahap gaban itu berlaku. Ramai dalam kalangan kita bila ditanya mengapa masih segan segan untuk berubah? Well, jawapan mereka mudah, hidayah milik Allah.

Tidakkah kalian rasa nak lempang diri sendiri?

Sama sahaja situasinya sepertimana kita ingin mencari rezeki. Kita berdoa dan kita berusaha. Namun dalam soal mencari hidayah, kita juga berdoa. Tiap-tiap hari paling kurang kita mohon hidayah daripada Allah sebanyak tujuh belas kali tika mana kita membaca surah al-Fatihah dalam rakaat solat fardhu kita.

Ihdina siratalmustaqim..



Kita berdoa, memohon dan meminta, Ya Allah, tunjukilah kami jalan yang benar, yang lurus. Jalan ini apa sebenarnya? Hidayah la kan? Bukan jalan Karak-Segamat atau Malaysia-Thailand. Tidak cukup dengan lafaz itu, tiap-tiap pagi juga kita memohon pula hidayah dalam bacaan doa qunut kita di subuh yang hening. Awal-awal pagi lagi sudah kita memohon hidayah daripada Allah.

Allahumahdini fiiman hadait…

Tidak cukup lagi kah doa-doa yang kita hamburkan? Namun begitu, di mana hidayahnya? Mengapa yang bersolat masih gagal menutup aurat? Yang tubuh badannya tidak pernah penat sujud dan rukuk dalam ibadah solat namun masih melakukan maksiat kepada Allah? Di mana signifikannya doa kita tadi? Dan mengapa hal ini berlaku? Tidakkah kalian memikirkannya dan merasa hairan dan ajaib? 

Kerana apa? Tanya diri kita, di mana usaha kita ?

Sudah tiba masanya kita bertanya diri kita dengan soalan-soalan berikut

Apa erti doa aku selama ini?

Apa erti solat aku selamat ini?

Apa erti lafaz shahadah aku selama ini?

Apa erti Islam aku selama ini?

Wallahualam….

7 comments:

Reiichi said...

thanks..
:)

Inspector Saahab said...

teehee :P

Mister Mirull said...

siapa yg mahu didik masyarakat kalau bukan mereka yang faham ad-Deen ini?

btw Jazakallah atas peringatan~

Abi Noah Terompah said...

saya suka gantung tulisan2 tu di rumah sebab cantik sahaja. (tapi mana ada gantung lagi, heheh)

oh, tk pernah terfikir pulak ayat seribu dinar sbgi "dinar" matawang=emas tu. whahaha.

teguran yg lebut dan berhemah umpama kapas dicelup air panas.
nice one akh. tq

Inspector Saahab said...

Mister Mirull :

ouch. tertusuk di situu
waiyyak :)


Abi Noah : jazakallah atas kesudian. kt rumah masih ada yg bergantungan tp ayat lain. kena tnya parents la kalo xnak gntung T_T

Pemimpi Tegar said...

Baca tiap hari boleh kaya ! Yakinlah. Heh.

Inspector Saahab said...

Pemimpin Tegar : in sha Allah. kaya di sana. tp literally kaya bukan sekadar baca, beramal dgn intisarinya :)