Friday, June 22, 2012

MENANGKIS KEFUTURAN


Kelopak kelopak mawar mula meruntum jatuh

Dibuai ke timur ke barat sebelum menginjak ke bumi

Warna kemerahan bak saga padam, rentung dijilat suria

Layu, dedaun bersaksi, melihat rentak yang bakal disoroti

Gamit, dalam dingin suara berteriakan

Menyenandung isi terbuku di laut dalam

Gerimis senja, menanti tibanya malam meraikan rembulan

Di tepi tingkap jasad berdiri kokoh

Bait-bait lagu membawa khayalan memetik bintang

Sekali sekala terukir di bibir kaku

Lorong-lorong malap yang pernah menjadi teman akrab

Cebisan saki baki masih bersinar dalam kamar

Tertewas jua iman tika teman bertandan menjemput

Jasad yang kokoh tadi mulai longlai dalam gelap

Indah lagu, indah lagi cahaya malam

Menangis daku, melagukan keinsafan tanpa irama

Jauh


Berlomba-lombalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya. Itulah kurniaan Allah yang diberikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah mempunyai kurniaan yang besar

(Al-Hadid : 21)

Jumaat yang hening

2 Sya’ban 1433 H

18 comments:

Inspector Saahab said...

agak gedik.

Manan Qayyim said...

pandai berpuisi...

#Futur bukan sekadar barah.....

musheh said...

walau sudah ku perah otakku, masih sukar utk ku fahami. sastera habes. uh uh

Inspector Saahab said...

musheh : haha
in sha Allah sekali sekala peningkan otak :)
jazakillahhukheir kerna sudi baca.
oh sy kira anda byk berjasa melariskan blog di kalangan rakan2 anda. heh.

musheh said...

my fren sangat gilaakan blog2 islamik cemni. HAHA.
sy promot skali je kot,, untung dpt kawan2 semangat waja. uh uh

anamuzakkar =.= said...

hohoi~
nampaknya mesej dalam post kali ini
hanyalah yang bold dan italic yg last2 tu
ayat Quran
hehe

anamuzakkar =.= said...

...

anamuzakkar =.= said...

musheh : ana kenal siapa anda . heh

Inspector Saahab said...

musheh : alhamdulillah ada kawan camtu haha. cerah masa depan


ana muzakkar : kot 3 comments ?

hehe
sapa sapa ?

Muhammad PeacemakerIslam said...

struktur dan susunan yang menyentuh hati..
hehe...mendalam maksudnya tuu..

~dua tiga kali juga mentadabburnya.
:)

musheh said...

azra, sape sahab ni? kawan intec nta ke? haha, nak jugak korek rahsia.

Inspector Saahab said...

Peacemaker :
eheh ;P


musheh : azra ? spe tu?
intec ? ape tu? err

anamuzakkar =.= said...

murshidah
sape azra ?
intec ?

=.=

Inspector Saahab said...

murshidah ?

o.O

musheh said...

eh azyulail azra?
eh jalan tiga? haha.

Inspector Saahab said...

cess
geng bus sekolah bangi rupa2nya
=.="

Pemimpi Tegar said...

Gila sastera. o.O

Inspector Saahab said...

sastera memang gila

Alhamdulillah kita semua in sha Allah normal :P