Wednesday, June 20, 2012

SHEIKH, ANA MALU

Dalam surau. Keduanya sedang menunggu masuk waktu solat. Kali ini tiada lagi iringnan muzik latar lagu demi Matahari. Yang ada alunan zikir-zikir memuji kebesaran Allah.S.W.T.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Akhi, ana ada masalah sikit la akhi. Enta boleh tolong ana tak?

Hmm ada apa sheikh. In sha Allah, enta bagi tahu la dahulu, kalau boleh tolong ana tolong. Kalau tak boleh, ana buat-buat boleh tolong. Heh.

Eh enta ni akhi, lawak kerang busuk pula. Macam ni, ana dengan dia tak settle lagi la akhi. Susah la ana nak lepaskan. Macam mana ni akhi?

Sheikh, enta biar betul. Ana ingat enta dah berterus terang dengan dia. Kenapa jadi macam ni sheikh. Tak bagsus la sheikh, kita orang dakwah, nanti apa pula kata orang lain

Akhi, ana tahu la. Tapi ana sayang dekat dia. Dia pun cakap dia sayang ana. Sayang la nak lepas. Ni kalau melepas, dapat kat orang lain memang ana akan berkurung dalam bilik selama tiga purnama la akhi


Ya Allah sheikh, cinta manusia bukan kekal abadi pun. Letak Allah yang pertama dalam hidup kita. Lagipun, kalau ada jodoh tak ke mana.

Akhi, enta cakap senang la. Yang menanggung perasaan panahan cinta ni ana. Enta belum rasa macam mana penangan dia. Enta rasa apa yang ana patut buat ni akhi?

Uiks sheikh, parah ni. Beginilah, ana rasa enta kena bersabar la. Ni mehnah dunia ni sheikh. Lepaskan jela sheikh. In sha Allah, Allah akan menganjari enta dengan yang lebih baik. Lagipun kalau dia betul betul sayang dekat enta, mesti di tunggu sampai enta bersedia untuk mengikat hubungan bersama-sama

Tapi akhi, ana dah lama dengan dia ni. Tak bolehkah kalau ana terus macam ni. Kitorang bukan buat apa-apa pun. Dia pun bukan orang biasa-biasa. Akhi pun kenal kan. Dia tu Muslimah Harapan Negara kot.

Sheikh, yela. Tak kisah la dia Muslimah Harapan dunia sekalipun, Ketua Bidadari Syurga, hubungan macam ni haram sheikh, berdosa sheikh.

Tapi akhi, dia banyak bantu ana, akhi. Sebab dia la ana kekal atas jalan ini. Dia selalu hantar pesanan kejut ana bangun qiyam. Ajak ana taddabur surah itu ini. Pesan suruh solat dhuha. Nasihat itu nasihat ini. Enta pun tak pernah buat macam tu kat ana kan..

Err..sheikh….ana malu…

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda? Anda? Apa kata anda?

Saya yakin ramai dalam kalangan kita berhadapan dengan situasi sebegini. Di usia kita ni, ecece, saya bercakap bagi pihak pemuda pemudi di usia saya la, inilah saatnya keinginan untuk mencari pasangan masing-masing membuak-buak. Bila tengok orang kahwin, mandi pun tak kering. Nasi tiga pinggan pun habis.

Dan ada juga dalam kalangan rakan-rakan kita adapun mendapat sentuhan tarbiyyah tapi mereka terperangkap dalam perangkap cinta yang tiada mata ini.


Soalnya, apa yang dicari melalui perhubungan yang tidak halal ini? Dan kita sering menuding jari ke arah mereka yang sudah terjerat dengan hal ini. Kita menyisihkan mereka. Menyifatkan mereka ni gatal tangan, kaki dan gatal segalanya.

Salah siapa sebenarnya?

Mengapa tidak kita yang faham akan konsep Ukhuwati Fillah mengambil tindakan mencintai sahabat-sahabat kita yang dahaga akan kasih sayang dan yang mencari teman melalui perhubungan yang tidak halal itu? Mengapa tidak kita yang mengisi kekosongan dalam hati mereka?

Takut akan stigma stigma tidak matang?

Lelaki dan lelaki?

Euwww?

Bukankah sudah dirakan dalam hadis,

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, sesungguhnya Allah s.w.t berfirman pada hari kiamat, “ Manakah mereka yang berkasih sayang kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka akan Aku beri naungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKu sendiri”

(HR Muslim)

Mengapa masih malu dan silu untuk menghulur tangan pada sahabat, sambut dengan senyum mesra, katakan kita cinta padanya kerana Allah?

Sayangi sahabat

Pimpin tangan

Berjalan berlari

Menuju syurga abadi

12 comments:

Aku Normal said...

malu dikatakan gay mungkin ? hehe apapun this one is osemmmm

Inspector Saahab said...

ana malu kerana ana tak amik berat tentang kawan-kawan ana. malu kerana lupa untuk menjaga ukhuwah.
malu kerana gagal mengisi kekosongan di hati hati rijal ini.
maluuuu ~~

Muhammad PeacemakerIslam said...

Tahniah,kerana telah membuat hati ana menangis..T_T

Malu......
sangat malu..
Terima kasih atas peringatan bersama.

anamuzakkar =.= said...

x add fb ikhwah . ooppsss . ouch2 (duri dr mane nih tersangkut) . hehe . sungguh licik syaitan nih. JOM jalan pimpin tangan ! Kalau x siap hang . muahaha~

akhi nawawi said...

Mantop...

Inspector Saahab said...

pEACEmakeR :

malu malu malu ~


aNAMUZAkkAR :

-.-"
OUCH TERAMAT
MAKAN DALAM


AKHI NAWAWI :
anda memang mantop ! :)

anamuzakkar =.= said...

dush3~
xpe2...inilah ruang untuk memperbaiki diri dan ukhuwah

Inspector Saahab said...

anamuzakkar :
dah add, tnggu approve je. hehe
jzkk akh. teguran yg menusuk
T_T

~Wanney~ said...

this is simply a nice post... terkedu sbntr.. huhuhu.. thanks syakir atas peringatan.. :)

Inspector Saahab said...

wanney :

ok. no pressure. hehe

Unknown said...

salam. Bagus entri ni! KEtukan buat ikhwah akhwat yg sering terlepas pandang utk saling merapatkan ukhwah di luar daurah.

In my opinion, kadang2 kita jgn la selalu sgt nak terlalu bergantung kat ikhwah. nk selalu ikhwah igtkan, nak ikhwah selalu take care. padahal dorg ada byk lagi keje lain. kan yg nk masuk sorga tu kita, so mujahadah la sket. Jgn terlalu terbina disebabkan oleh persekitaran (ada ikhwah ingatkan, take care) tapi binalah diri kerana kebenaran yg kita yakini. sekalipun dekat rumah atau di mana sahaja yg takde ikhwah, kita tetap melaksanakan ketaatan2 krn kita yakini kebenarannya.

Inspector Saahab said...

GMS :

saya setuju dengan pandangan anda. memang ikhawh akhawat perlu bersedia mentarbiyyah diri, memulakan tarbiyyah zatiyyah tanpa kehadiran ikhwah akhawat. tapi sekali sekala, perlu juga kita jenguk2, supaya walau berjauahn ukhuwah tetap utuh.

manusia ini pelbagai. walau mendapat tarbiyyah yg sama, murabbi yg sama, bahan pengisian yg sama namun kita berada di level yg berbeza. ada yg cepat matang ada yg lambat, di sini la perlunya kepada kebersamaan dalam jauh.

yg kedepan tidak terus kedepan sorang2 tapi pimpin tangan yg dibelakang :)

apa apa pun semoga bermanfaat
jzkk :)