Monday, June 25, 2012

SITI KALAHKAN AKAK

Kisah tentang Khatijah. Nama penuh Khatijah binti Setapah. Asal dari kampong. Menetap di Gombak. Baru berjinak-jinak dalam dunia tarbiyah. Dulu nama manja Katty. Setelah sebulan mengikut tarbiyah, nama ditukar menjadi Kat. Setelah tiga bulan ditukar lagi menjadi Tijah. Kini?......

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


“Siti” Tidak disahut.

“Siti” Terus membisu.

“Siti!” Kali ini Timah naik angin.

“Eh apa kau jerit-jerit ni Timah”

Siti bangkit dari lamunan. Jauh merenung masa depan. Mungkin.

“Dah aku panggil kau berbelas kali, tapi kau dia macam tunggul je, kau ok ke Siti”

Timah mengadu dan mengajukan soalan kepada Siti. Prihatin. Eh jap, siapa Siti? Eh lupa. Tadi masa intro ada pembetulan. Nama sebenar watak utama Siti Khatijah. Selepas genap enam bulan lapan hari berkecimpung dalam bidang tarbiyah , nama manjanya bertukar lagi menjadi Siti. Manis. Lebih tarbawi gittew.

“Aku...aku tengah pikir ni”

“Eh eh mengada kau Siti. Dah macam sasterawan Negara kau pikir”

Eh Timah ni, spoil mood betul. Siti kini sudah lain. Nama pun dah lain. Sentuhan tarbiyah. Benarlah kata orang, kejelitaan itu adalah hak milik setiap insan. Dan tarbiyah itu menjelitakan.

“Eh kau ni Timah. Menyakat aku je keje. Kau ni memang tak pernah penat kan?”

“Wah cik Siti, marah nampak. Sorry la. Aku nak hiburkan kau je”

Timah berdrama lagi. Dia memang suka berdrama. Masa sekolah rendah dulu dia dinobatkan sebagai Drama Queen untuk tiga tahun berturut-turut. Heh.

“Tak ada pape la Timah. Aku cuma tengah pikir, tu je. Aku ok je.”

“Ok la Cik Siti Wan Kembang Kucup, aku nak gi sidai kain ni, teruskan berpikir, aku sokong je apa yang kau pikir tu haha”

Dan ini response Siti;

“ -_______-”

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jam menunjukkan pukul empat dua belas pagi. Sunyi. Siti sudah terjaga dari tidurnya. Timah yang tidur di katil bersebelahan masih dibuai mimpi memetik bintang di langit ketujuh. Siti bingkas bangun dan segera menuju ke tingkap. Dia mengintai ke hadapan, bersembunyi di sebalik langsir yang tergantung layu.

“ Alahai, gagal lagi”

Jeng jeng. Apa yang gagal ni? Ni dah kali ketiga Siti gagal. Siti hampa lagi pagi ini. Dia mengeluh, kebingungan.


“Timah, Timah, bangun Timah”

“Ada apa ni, awal lagi kot”

“Jom la Timah, kita qiyam sama-sama”

Macam tu la kehidupan mereka berdua. Telatah Timah dan Siti ni kadang-kadang, hmm tak pela. Mungkin saya kena rahsiakan dulu. Tak baik bercerita, tambah-tambah lagi perihal anak dara orang. Kan. Eh siapa saya? Abaikan.

Keesokan harinya

“kringggggggg” Jam penggera Siti bergetar dan bordering.

3.15 pagi.

Siti sudah pun terjaga dari tidurnya. Eh kau biar betikkk Siti? Awal terlampau. Tengok bola ke? Dan seperti biasa dia bingkas bangun dan menuju ke tingkap. Kali ini reaksinya berbeza. Setelah percubaan yang keempat, akhirnya dia berjaya.

“Yes, yes, yes !”

Anda tak paham bukan?


Di dewan selera.

“Assalamu’alaikum Siti adik akak, bahagia nampak”

Sapa Kak Sufi dari belakang Siti. Siti tersenyum. Tersipu-sipu. Nama pun Siti. Siti menyapa kembali akak usrahnya itu. Dia kemudian mendekati Kak Sufi dan membisikkan sesuatu

“Akak, hari ni Siti kalahkan akak”

Kak sufi tersenyum kemudian dia pula membisikkan sesuatu di telinga Siti

“Sebenarnya, akak bangun lagi awal cuma akak sengaja off lampu”

“-_________-”

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Inilah dia antara nikmat kebersamaan dalam tarbiyah. Dalam bersama-sama rakan-rakan sefikrah, berjuang atas jalan yang sama, lahir sifat cemburu. Cemburu yang membina. Sungguh, aku cemburu melihat rakan-rakan yang lain tidak henti-henti mengajak orang lain ke arah kebaikan. Aku cemburu melihat aksi ikhwah yang tidak pernah berpisah dengan al-Quran. Aku cemburu melihat rakan-rakan yang begitu hebat ibadahnya.

Aku cemburu melihat para sahabat yang hidup malamnya. Melihat teman-teman yang ceria wajahnya, bersih air mukanya, petah bicaranya, lancar bacaannya, ringan tulangnya, kerap sedekahnya. Aku cemburu dan aku ingin menjadi seperti mereka.

Dan setiap umat mempunyai kiblat yang dia mengadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah kamu dalam kebaikan. Di mana saja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya. Sungguh Allah Mahakuasa atas segala sesuatu

(Al Baqarah :148)

15 comments:

Inspector Saahab said...

Assalamu'alaikum :)

yay
sekali sekala kita layan cerita akhwat.

di kesempatan ini penulis (cecece) ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Dr Morsi atas kemenangan beliau. ceh macam la dia baca ni kan. heh. Alhamdulillah.

k fine.

akhi nawawi said...

subhanallah...
speechless, hanya mampu menaip. ahaha

Pemimpi Tegar said...

*ehem*

Hanya itu komen saya. Haha. Ya. Kita sefikrah. :p

Muhammad PeacemakerIslam said...

Hurm..
saya cemburu dengan penulis post ni..
pengakuan tulus..
ahaks..

Smile ^___-y

anamuzakkar =.= said...

MPI : ana pun same..huh =.=

IS : mantap2 . jom kite buat mcm siti sem dpn . hehe

musheh said...

suka pulak tengok ada rangkaian pengomen setia page dia. teringin nak jugak ada kawan-kawan yang berangkai centu.

eh sori komen tade kene ngene dgn post.

ReSaH said...

Thumbs up Inspector!

Lepas nih sila tukar course anda kepada penulis.

Saya tunggu buku tarbawi keluaran anda. Eh, kalau hantar dalam Majalah JOM! pon why not?

=)

WA

Inspector Saahab said...

akhi nawawi:
Alhamdulillah :)
speechless tu speech for everything


Pemimpi Tegar

"ehehm"
banyak maksud tu. haha
yeah sefikrah :D

Inspector Saahab said...

MPI : ah. ana pun sama

ana muzakkar : ah gedik ^___^

demi Zat yang nyawaku ditanganNya. cemburu sama kalian ~.~


musheh : hehe.


ResAh :

err. jazakallahukheir

belum tajam lagi logam. hehe
eh segan la nk ke JOM haha

menulis ...checked
nk belaja masak pulak :P

anamuzakkar =.= said...

x gedik ah jd cm siti . haha .
uuu~ JOM pun boleh
mane tau...jd the next APG -.-

Ana Pengembara said...

nanti dalam majalah JOM, jadi NL la pulak, nasi lemak. xpun pen dan dakwat.

setuju dengan MPI..

jom sama2 kita buat cam siti dan sekutu sekutas.. sem depan sebilik nak?

Inspector Saahab said...

ana muzakkar dan ana pengembara :

saya hanya setuju part,
JOm next sem jadi cam Siti. kita tanding. hehe. sambil2 tu tajdid niat :)

Habiburrahim said...

ehemm..
sy ni jrg komen, nk taw knp. sbb sy krg brcakap, mgkin. sy ske becerita. dlu awal2 trpkse komen, tkut org kata smbong. hmm..
tp knp sy komen?
entah..
sbb best. memang!
terkesan. pon ad
n jeles. indeed!


n, sbb sy suka cter ni!

Inspector Saahab said...

Habib :
ah comel la anda ni haha :)
bila mau ketemu ? ke dah nk fly ?
t_t

hmmm..jazakallahukheir akh.
anda lagi style !
conversation crita ni tak menjadi sangatt..anda punya real.. alive.

bru nk brjinak-jinak tulis crita juga. nk jadi macam akh :)

Habiburrahim said...

ketemu?? eh, nak sangat!!
Hmmm, lmbt lg nk fly tu, bln 2 taon dpn. bleh nk jmpe2, sy blek bln 8 nnt. tp klo nk kuar bln 8, xleh mkn2 la yek?? ahaha..tp, nnt leh la jmpe gak ngan blogger2 len-anamuzakkar, pmmpi tegar,abi noah, ana pengembara...thihi..

hmm..kna bljr mngomen sbnrnya, nnt karang org kte smbong, x brjln la dkwh kn?? hmm..kna ikut style IS
(IS da byk mnjadi qudwah ni..!)