Thursday, July 19, 2012

HIKAYAT PUTERA SHAZLAN I

Untuk maluman hadirin sekalian, entry di bawah langsung tiada kena mengena dengan tajuk di atas. Jika anda mengharapakn saya menulis cerpen berkisar Putera Shazalan atau Mak Som kesayangannya atau apa-apa sahaja, maka anda sila maafkan saya kerana saya telah memberi pengharapan yang palsu. Eheh.

TAPI

Jangan kechiwa. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Sila jawab dengan jujur dan berhemah. Soalan tiga markah. Tapi boleh je kalau kuah itu nak tertumpah atas lantai ke, mangkuk pecah kuah pun terburai dalam sinki ke, kuah tertumpah atas baju ke, boleh je kan? Eh ape kaitan nye? Sila kaitkan..


Notis pemberitahuan;

Ini Sejarah Kita. Ada beberapa perkara yang hendak ditekankan oleh penulis berdasarkan apa yang dia faham. Ke anda tidak rasa tertekan pun? Heh. Objektif utama adalah untuk memberi kefahaman kepada kalian tentang tiga elemen utama iaitu unsur air, tanah dan api. Ok mengarut. Elemen utama adalah supaya kita jelas akan Tujuan Hidup, tahu apa itu hadis logam dan tuntutannya dan kita mengkaji perederan sejarah Islam.

Oh baru tahu ke yang saya ni tulis bermotif? Eh mesti. Tak kan main tulis syok sendiri kot. Cuma kekadang adalah terlebih syok. Biasalah manusia, tiada yang sempurna. Ok ayat cover di situ. Eheh.

Rasanya sudah banyak kita kupas tentang tujuan hidup manusia, sudah kita selongkar, redah dan rempuh hadis logam dan dalami intisari yang terbuku dalamnya, agak-agaknya kalian faham kah? Atau masih tehuyung hayang atau rasa stress sangat? Atau anda tak rasa apa-apa pun sebab tiada perasaan? Ok respon kalian sangatlah diharapkan.

Baik, sudah tiba masanya kita bertindak serius. Sila buat muka ketat. Ok tu ketat sangat, longgarkan sikit.

Ada benda yang saya hendak ceritakan. Tapi saya pun dah buntu, di mana hendak dimulakan. Sudah beberapa purnama saya memikirkan hal ini adapun waktu itu janggut masih belum tumbuh namun usaha menemui jalan buntu. Heh. Mungkin kita mulakan dengan Basmalah dahulu kot.

Bismillahirahmanirahim..


Kali ini kita akan belajar graf graf sikit. Untuk rujukan boleh buka buku Matematik Tambahan silibus SPM heh. Ok tak perlu. Graf di atas, graf sejarah permulaan penyebaran Islam, perkembangan, kegemilangan sehinggalah kejatuhan Islam, pernahkah kalian melihatnya?

Erks, tak pernah?

Sangat penting untuk kita mengkaji urutan peristiwa dan perkembangan graf itu mengikut garis masanya kerana graf ini ada kaitan dengan masa depan anda, masa depan anak-anak anda, masa depan mentua-mentua anda, masa depan kerjaya anda dan pastinya masa depan agama anda, agama, saya, agama kita. Suspen bukan? Saya kira pada saat dan tika ini, semangat laksamana anda sedang bergelora untuk mendalami dan membongkar rahsia yang tersembunyi disebalik graf misteri ini.

Jika dilihat, permulaan graf menyaksikan perlantikan Rasulullah sebagai ar-Rasul yang membawa risalah al-haq. Yang menerima wahyu dari Allah s.w.t bermulanya pada tahun pertama turunnya wahyu. Dalam fasa pertama, kerja dakwah giat dijalankan oleh baginda di Kota Mekah. Selama 13 tahun kemudian berlaku peristiwa hijrah. Semakin lama, populasi ummat Islam semakin meningkat. Di Madinah, usaha yang berterusan berlaku selama 10 tahun sehingga Rasulullah wafat dan sehingga sempurnanya proses penurunan al-Quran.

Ok agak bosan.

Secara ringkasnya, sejak tertegak daulah Islam yang pertama yakni Madinah, Islam terus gemilang menakluk dan menguasai dunia sehingga kemuncak pada era kerajaan Abasiyyah di mana kita menakluk dua pertiga dunia. Fuh. Namun kegemilangan itu mula hilang gilangnya sehinggalah kerajaan Islam terus merudum dan system khilafah tertewas dan lesap dengan rasmi pada tahun 1924, selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthamniyyah.

So apekah ?

Erks.

Jika anda perhatikan dengan mata hati, aiwah, disebalik penurunan graf Islam, ada satu garisan baru yang bangkit yakni kebangkitan Eropah.

…bersambung…..

Oh dan dibawah, picisan yang lebih menarik, selamat menonton bingkisan ini dengan semangat juang yang tinggi dan berhemah. Jaga jarak anda, anda mampu mengubahnya. Sila fahami dan tonton dengan mata hati.

4 comments:

akhi nawawi said...

Wah wah wah, ISK di-atas-talian!!!
Ini... Ini... Ini Sungguh Kool!!!!
:-D

Anonymous said...

menanti sambungan.. ISK.. logam..telur putih, heh? teori2 isk yang masuk ke jantung..

Akh Anonymous said...

Woha ! Agak kering. :p

Inspector Saahab said...

kalian : agak fail kan -.-