Saturday, July 21, 2012

PARENT-LECTURER MEETING

Injit inijt semut, sapa sakit naik atas,

Injit injit semut sapa sakit naik atas

Injit injit semut sapa sakit naik atas!!

Tetibe je -.-

Pernahkah bila anda terserempak dengan sesuatu yang secara tidak langsung ada kaitan dengan diri anda, berkaitan dengan keburukan anda, anda cuba mengelak. Err. Tak faham?

Ada orang bila terbaca, terdengar atau tengah tengah lepak makan lollipop tetibe orang di sebelah bercakap sesuatu keburukan yang takdirnya juga dilakukannya, dia cuba mengelak. Kerana merasakan, apa yang didengar, di baca atau dibuat ada kaitan dengan dirinya. Ok tak jelas lagi.


Contoh, bagi yang perempuan, isu yang sangat basi dan tipikal adalah bab menutup aurat. Bila mana sesorang yang tidak sempurna aktiviti menutup auratnya terbaca atau terdengar sesuatu tentang suruhan menutup aurat, pasti beliau itu rasa panas, seperti mahu baling kerusi. Kalau jumpa blog yang tulis perihal itu, hendak sahaja dicampak laptop ke Sungai Lui, atau bila terdengar di radio, hendak sahaja sumbat radio itu ke dalam test tube. Eh.

Kita merasa si penulis dan yang bercakap itu sedang bercakap tentang kita dan tusukan yang mendalam itu menyebbakna kita rasa menyampah.

Bagi lelaki, contoh paling ketinggalan zaman ialah bagi perokok tegar baik sudah lama berkecimpung mahupun baru berjinak-jinak dalam industry rokok, bila mana ada yang bercakap tentang rokok itu haram pasti telinga mereka merah, hampir keluar asap rokok dari situ . Eh. Kerana dirasakan seolah-olah cakap-cakap itu ditujukan kepada mereka. Tapi tu la yang sebenarnya. Wahaha.

Bagi kita kita pula?

Contoh, setelah kita tamat melakukan sesuatu dosa yang terang-terang lagi berdosa dengan jayanya, kemudian kita terdengar di radio atau di terbaca di mana-mana, mereka bercakap pasal dosa tersebut, mesti kita rasa panas bukan? Kita pun buat layan tak layan. Tutup tab. Off radio. Tukar channel tv. Kerana apa? Malu dengan diri sendiri. Tidak dapat menerima hakikat bahawa kita melakukan dosa.

Kerana apa?

Ego. Mungkin.

Lebih-labih bagi mereka yang sedar akan tugas sebagai seorang Islam. Apabila ditegur, atau mendapat teguran secara tidak langsung tentang keburukan yang kita lakukan, kekadang kita mudah terlenting, terlompat situ sini sampai terlanggar tiang dan pasu bunga. Kerana kita berasa diri cukup baik. Sukar menerima teguran.

Kerana apa?

Ego. Ya. Ego.



Chill chill. Sila tidak emosi atau baling selipar atau baling telur busuk atau buat tarian tidak senonoh di hadapan rumah saya sekalipun anda tidak berpuas hati sekarang. Eh. Kerana saya pun pernah berada dalam situasi macam tu.

Apabila sudah melakukan sesuatu yang berdosa, yang kita suka, kemudian ada pula yang cakap-cakap pasal dosa itu, kita akan resah. Tidak ingin ambil peduli. Kita cuba menegakkan benang yang basah. Berhujah untuk diri sendiri dan ingin terus hanyut dalam kemaksiatan itu.

Apa-apa jenis dosa dan keburukan sekalipun.

Ketahuilah apabila situasi ini berlaku, apabila teguran itu datang memberi peringatan kepada kita usai kita melakukan sesuatu yang tidak betul, itu adalah teguran dari Allah. Itu tandanya Dia masih sayang akan kita. Dia ingin kita berfikir dan berubah. Maka ambil lah teguran itu dengan positif. Bunuh la ego itu.

Apabila seseorang datang dalam hidup kita, bercakap-cakap seolah dia tahu tentang kesilapan kita dan memberi teguran yang menusuk, ketahuilah itu bukan kebetulan. Memang insan-insan itu diutus Allah untuk menegur kita secara tidak langsung.

Setelah itu, kita perlulah mujahadah, meninggalakan perbuatan yang terlarang itu. Meskipun hal hal itu sudah bertapak dan berakar dalam diri kita. Buanglah ia kelaut. Lupakan ia. Meskipun keburukan itu pernah menjadi kawan baik kita. Kerana Allah janjikan ganjaran di sana.

Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan kamu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu dan kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui

(Al Baqarah :216)

salam Ramadhan :)

7 comments:

Inspector Saahab said...

tajuk entry ini sangat romantis -.-

arissa myana said...

mmg sgt refleksi diri.

nak menulis ttg ini tapi mngkin krn serangan penyakit org yg sudah mnjangkau suku abad, tak termampu. alhamdulillah, u spoke my mind.

mohon share, jzkk :)

- ramadhan kareem -

Batcute said...

Thank you wahai naqibahku
Hehe :D

~Wanney~ said...

apa yg tertulis dlm entry ini, benar2 berlaku.. huhu.. thanks 4 the reminder neway.. :)

Anonymous said...

kelantan 0-5 Qpr

Feilong said...

huhuhu....post ini menyentuh kalbu...huhuhu

anyway, selamat berpuasa dan semoga kita dapat banyak ganjaran pahala. tingkatkan prestasi solat sunat (insya Allah) especially pada waktu malam. malam line lebih clear...tol tak?? haha XD

Inspector Saahab said...

arissa : sila share. do it :)

wanney : ahha :) moga sama berubah

Feilong : teacherrr
ahha. same wish goes to you. lambat sket :P