Wednesday, July 11, 2012

SAYA BENCI CUTI

Tajuk yang agak ekstrem

Aroma kekampungan yang harum semerbak tidak lagi dirasai. Eh harum ke? Bayu yang sebelum ini bertiup lembut kini sudah hilang. Suhu yang panas ala kadar kini bertukar mendidih. Kehadiran nyamuk nyamuk liar lagi rakus dan kreatif menjalankan operasi menyeludup darah menandakan diri sudah berada dalam lingkungan 15 KM daripada Shah Alam, bandaraya antarabangsa.

By the time you read this, most probably I am already at my college, on my new bed senselessly, in dilemma, thinking of what to do with abundant of unfinished assignments and thinking of the best way to tell my exam-oriented-minded parents about my historical results.

Peh. Bahasa German sekali sekala.

Da’ie perlu fleksibel. Mengalahkan gymnast-gymnast antarabangsa. Tak paham? Jangan peliksibel sudah. Saya menulis post ini di saat saya menghitung hari, jam dan detik untuk bertolak pulang ke kampus bagi melanjutkan sesi persekolahan yang agak penting untuk merebut tiket ke perlawanan akhir..ok habis idea.


Di saat ini juga saya merenung kembali waktu cuti yang telah memanjakan saya selama hampir dua purnama. Saya merenung kembali apakah pencapaian yang telah digapai. Adakah angan-angan memetik bintang berjaya atau tinggal angan-angan. Adakah tempoh cuti saya merupakan satu tempoh yang produktif yang melayakkan saya untuk tampil ke pentas menerima anugerah penghormatan pengetua atau sebaliknya.

Oh post ini saya autopostkan kerana saya menjangkakan sebaik sahaja tiba di kolej nanti, saya bakal berenggangan dengan laptop kesayangan dan memasang azam semester baharu untuk menjarakkan diri dengannya. Itu azam. Dan azam ini boleh berubah bila-bila masa sahaja. Wahah.

Dua purnama. Apa yang telah dicapai dan digapai?

Malu pula. Sekelumit cuma hasil galian. Bila dilihat balik, seakan tidak layak untuk melabelkan diri sebagai seorang da’ie apatah lagi bercita-cita menjadi seorang Murabbi yang bakal mendidik dan membimbing adek-adek untuk bersama-sama dalam gerabak ini.

Banyak kelemahan diri. Banyaknya dosa yang aku lakukan. Banyak peluang yang aku sia-siakan. Saya pun hairan, kenapa cuti sekolah saya lama sangat, tidak seperti rakan-rakan yang mengambil program lain yang cuti mereka agak sengkat. Saya jeles kerana cuti saya lama. Sila terkejut.

Post ini mungkin agak panjang. Tapi takdelah bertaraf novel.

Itu satu kisah.

Di kesempatan ini juga saya ingin berkongsi, sedikit hasil bancian yang saya lakukan. Ok tipu. Hasil perbualan bersama-sama ikhwah-ikhwah tempatan tatkala kami bersua sambil makan-makan dan bakar-bakar ayam di kala malam yang dingin ditemani hujan yang renyai di suatu hari yang permai lagi nyaman.

Apa yang berlaku kepada kita, merujuk diri sendiri, apabila waktu cuti kunjung tiba, para da’ie yang bersemangat melakukan dakwah hilang sengatnya. Api-api semangat seolah-olah terpadam tanpa ada sebab. Cuti bagi da’ie yang berada di kolej-kolej atau university ini menyebabkan DnT turut bercuti. Ah. Kelepuk kelepuk. Terkena atas muka.

Merah padam. Ayat ini makan dalam sedalam-dalamnya.


Namun ada betulnya. Itulah yang berlaku apabila da’ie beriman dengan konsep didatangi. Sepatutnya kita ini bersifat mendatangi. Cuti sekolah tidak bermakna tuntutan kalimah shahadah itu terbatal. Tidak pernah dan tidak akan sama sekali.

Di mana kelemahannya?

Kita memang lemah. Mungkin anda tak. Tapi saya assume jela kita semua lemah. Kita sering mencari jalan mudah untuk buat dakwah. Tunggu ada adik-adik. Tunggu ada medium yang sesuai baru hendak bergerak. Jika suasana yang tidak kondusif, maka dakwah kita pun hentikan. Public holiday. Kononya.

Ini sesuatu yang silap la kan.

Kesilapan dan kelemahan yang harus dibaiki dengan segera. Diri ini juga malu dan terasa seperti seguni beras cap arnab menghempap kepala. Tindakan kita ini seolah-olah menafikan hak hak dakwwah dan tarbiyah untuk terus dilaksanakn sepanjang masa. Seolah sesuatu yang wajib itu bertukar sunat tika mana keadaan tidak mengizinkan.

Tidak hairanlah masih ramai yang tidak tahu apa itu usrah, apa itu dakwah dan tarbiyah. Meskipun tahu, ramai pula yang tidak memahami. Salah siapa? Salahkan cuti. Hahah. Terbaik. Kelepuk kelepuk. Satu dua tiga.

Ayuh kita tanam azam yang baharu. Suburkan benih azam ini dengan perancangan jangka masa yang panjang. Buktikan azam kita dengan tindakan. Pengalaman kan mematangkan usia. Bagi seorang da’ie, cuti yang sebenar adalah bila nyawa tidak lagi dikandung badan. Itulah prinsipnya.

Tulis dan cakap, tidak semudah mujahadah.

Tapi ketahuilah bahwa mujahadah itu juga tarbiyah.

Ayuh semarak raikan tarbiyah.

Assalamu’alaikum

8 comments:

mujahidah1413h said...

saya benci cuti ??

ahha baru dua purnama.. dah tu yang bercuti berpurnama2, hingga bisa bertukar musim,mungkin .. apa citer ? #sigh .. Allah..

nampaknya masih ada masa untuk perbetulkan yang biasa,, dan membiasakan yang betul ni,,

jazakallahu khairan jaza' tok en3 sentap.

Barakallahufik!

Ir Jinggo said...

fuhh.. sentap entri ini.. :\
kelepuk2 atas kepala.. tp alhamdulillah seminggu ni semangat luar biasa :D

Abi Noah Terompah said...

ambooi!

Pemimpi Tegar said...

Saya bakal merindui anda duhai kekasih hati terchenta. ;'(

akhi nawawi said...

Meski kita tak pernah bersua muka, namun tahniah, anda berjaya meninggalkan kesan-kesan lebam di sana sini, tepat di muka saya.

Bayangkanlah, saya bercuti selama 6 bulan! dan err... masih lagi bercuti.

nurul said...

Salam.La,ini kali pertama saya dengar orang cakap saya benci cutihehe..Saya suka cuti.Bila cuti boleh duduk rumah jumpa keluarga,tolong orang rumahke,baca bahan2 bacaan lain..lagi boleh melawat orangke..hmm..seronoklah cuti..tapi cuti yang ada paling panjang pun sebulan..bersyukurlahkan..daripada takde cuti langsung..-D

Inche gabbana said...

kalau iman kita hanya mantap ketika di kolej, di dalam bulatan2 gembira dan konferens riang, itu tandanya kita blom benar2 seriyes dalam kerja dakwah dan tarbiyah ini! gulp.

oh salam ziarah. ;)

Inspector Saahab said...

mujahidah :
jazakillah atas kunjungan :)

Ir Jingo :
alhamdulillah. sama sama berjuang

Abi Noah :
ahha XD


pemiimpi :
:')
'
'
'


akhi nawawi :
lebam di badan sendiri juga. moga thabat :)


Nurul :
ahha :D manfaatkan cuti


Ince G : ahha. menusuk
wiwit wiwit wasalam :)