Saturday, August 25, 2012

ANDAI KAU TAHU

Kicauan burung serindit memecah kesunyian pagi itu. Dingin bayu awal pagi membuatkan kedua Aiman dan Farouq diam tanpa bicara, sejuk menggigil ke tulang. Udara dingin menyapa lembut ke tubuh mereka berdua mengakibatkan keduannya tenggelam dalam lamunan semalam, mengenangkan nasib. Hidup di perantauan.

Cukup cantik. Sekali sekala Aiman menghirup teh yang terhidang di atas meja, di antara mereka berdua. Panas. Kena dengan suasana pagi itu.

Farouq memandang jauh, sejauh mata mampu melangkah ke hutan hijau, mencari sesuatu yang hilang. Matanya meliar menyelongkar, mengharapkan pandangan itu hadir dengan sebuah jawapan. Jauh benar. Terlalu.

“Man, kau busy?”

“Aku, tak pun. Aku dah siapkan kerja-kerja tu. Ok tipu. Sebenarnya belum, tapi tak busy pun. Kenapa? Tiba tiba je kau?”

“Ohh. Saje je. Aku teringin je”

“Teringin apa pula ni Farouq? Bagitau la”

“Teringin nak luang masa dengan kau”

“Kan. Aku pun. Dah lama kan”

“Hmm. Jom”

“Jom? Ke mana?

“Ikut aku. Kita pergi kayaking. Ok?”

“Menarik tu. Nanti aku ajak yang lain ek”

“Eh tak payah la”

“Kenapa pulak”

“Kita dua jela”

“Ahha, ok”

***



Maafkan aku akhi sayang

Telahku cemari ukhuwah ini dengan kemaksiatan

Aku tertewas, dek pelawaan jahiliyah yang masih tersisa

Ku cemari ukhuwah antara kita

Aku abai tanggunjawab, hak sesama Muslim

Maafkan aku akhi sayang

Aku telan hakikat kebenaran

Perjuangan ini bukan perjuangan kaki lima

Namun sekali sekala prinsip itu aku gadai, dengan harga yang murah

Anehnya, masih diberi nafas percuma

Maafkan aku akhi sayang

Andai tak mampu hadir lagi di sisi

Saat hari disulami dosa, berulang kali

Walau pernah mengikat janji setia

Aku terkandas lagi, dalam ajakan teman lama

Sesat di lorong malap, dahagakan cahaya

Maafkan aku akhi sayang

Andai kau tahu, betapa dosaku menjulang ke langit

Mengisi ruang antara matahari dan bulan

Pasti kau malu, lemparlah tanah di muka ini

Maafkan aku akhi sayang

Andai kau tahu

Sepenuh kasih..

5 comments:

KID said...

memang kite brgaul ngan org baik utuk jadi baik pon.utk menebus maksiat2 yg dulu.

Inspector Saahab said...

in sha Allah :)
anda style !

cOretan bingkisan hati said...

apa kaitan cite tu dengan pergaulan dengan org baik2...hmmmm

Inspector Saahab said...

kita perlu rasa bersalah bila buat dosa dan kemaksiatan kerana dia efek orng sekeliling kita indirectly :)

Bayu Biru said...

Terasa sangat..maksudnye mmg ade salah diri ni.. T_T