Friday, August 3, 2012

FIRMAN PERSAUDARAAN

Salam alayk manusia sekalian. Untuk makluman, Inspector Saahab terpaksa mengundurkan diri daripada menguruskan blog ini buat seketika waktu ekoran beliau telah dicalonkan untuk bertugas di kawasan sempadan Malaysia-Brunei. Maka dikesempatan itu, saya Kapten Bersara Jalil akan mengambil alih serta berkuasa penuh atas blog kerepek ini wahaha. Ok kerepek. In sha Allah dari masa ke masa saya akan mentamadunkan blog ini. Aiwah.

So, tak kenal maka ta’aruf. Basically tiada apa yang harus diperkenalkan. Saya hanyalah seorang insan biasa, yang tidak lari daripada melakukan dosa dan in sha Allah masih tidak pernah berhenti belajar mencari kesempurnaan dan belajar mengenal diri sendiri dan mengenal Tuhan. Pepatah arab ada menyebut, barangsiapa kenal akan dirinya nescaya dia mengenal Tuhannya.

Oh dan buat masa ini saya masih menggunakan akaun Inspector.

Sebagai nukilan pembuka bicara pemanis kata, suka saya disini untuk bercerita tentang prinsip Rukun Negara yang ke Sembilan iaitu ukhuwah menjana transformasi Negara.

Saya juga dapati banyak post kebelakangan ini membicarakan topic yang kian hangat bagai pisang goreng yang hangat. Mengapa isu ini yang dicanang? Cewah, mukadimmah yang menampilkan persoalan yang menguji bagai karangan versi latih tubi sijil pelajaran Malaysia.

Sejak mula menceburi arena DnT ini saya mula didatangi dengan perkataan perkataan seperti ukhuwah, ukhuwatifillah, uhibbuka fillah, uhibukki fillah, eh, dan segala aneka pilihan riang raya. Kebanyakannya atau kesemuanya dalam bahasa arab. Melayunya pula adalah, akhi, ana sayang enta, akhi sayang, rindu ketat ketat kof kof. Dulu, geli. Haish.

Tapi saya mula belajar dan mengenal erti ukhuwah yang sebenar. Ukhuwah ini merupakan satu elemen penting dalam sesuatu pergerakan, atau dalam satu kumpulan yang terdiri daripada beberapa insan yang mempunyai matlamat dan tujuan yang sama. Ukhuwati fillah bermaksud berukhuwah kerana Allah semata-mata. Bagaimana rasanya ? manis.


Ukhuwah itu bagai seutas tasbih. Ada awal tiada penghujungnya. Dicipta untuk mengingatiNya, dibahagikan untuk cintaNya dan diratib untuk redhaNya :)

Dalam gerabak ini, sangat menarik pabila bercakap tentang ukhuwah. Bila jumpa sahaja mereka meraka yang turut serta atas jalan ini, entah mengapa walau kali pertama bertemu, dapat saya rasakan getaran rindu, keinginan untuk menatap mata dan berbual mesra. Cinta berputik kerana Allah sebelum kenal dan ta’aruf menjadi al muntalaq kepada ukhuwah yang tiada pengakhirannya.

Setiap dari kita mempunyai pengalaman berukhuwah. Di mana hati kita tertaut pada hati insan yang lain tatkala kita disamping mereka, di situ ada ukhuwah. Contoh mudah, kita punya kawan, saya assume ramai. Tapi tak ramai yang boleh dilabel sebagai kawan baik. Dan kawan kita sering bertukar-tukar, mengikut localities di mana kita berada, waqi’ nya. Di sekolah rendah, kawan yang lain, di sekolah menengah lain pula, di kolej lain pula.

Mengapa rakan yang dahulu baik dibangku sekolah kini lenyap menyepi ? kawan yang sering makan bersama kita, menangis sama-sama tatkala merintih menangis dek keputusan peperiksaan yang menghampakan kini diam membawa diri? Apa dah jadi pada ukhuwah kita yang dahulu?

Ini lah pengalaman ukhuwah, anda dan saya. Tapi berlakunya kemelut ini adalah kerana ukhuwah dahulu bersifat palsu, bukan ukhuwatifillah, tapi berukhuwah atas dasar, sekolah rendah, sekolah menengah, atas dasar dia kelasmate aku, atasn dssar dia housamte aku. Bukan atas dasar Islam dan Iman. Maka, bila tittle sekolah menengah, rendah, housmate, kelasmate itu pupus, ukhuwah pun lesap dihanyut ombak pagi.

Ukhuwati fillah bukan begitu.

Hati-hati meraka yang berukhuwah kerana Allah terikat atas dasar Iman dan Islam. Terpaut merentasi perkenalan, tempat, rupa paras dan latar belakang. Dan saya mula merasainya. The ball is rolling now. The intense feeling is overwhelming me and I like it that way.

Sukar untuk saya diskeraibkan.

Kalian harus berada dalam kasut itu,

Ayuh berukhuwah, kerana Allah :)


Ku Baca Firman Persaudaraan.

Ketika kubaca firmanNya, ''Sungguh tiap mukmin bersaudara''

aku merasa, kadang ukhwah tak perlu dirisaukan

tak perlu, kerana ia hanyalah akibat dari iman

Aku ingat pertemuan pertama kita, Akhi sayang

dalam dua detik, dua detik saja

aku telah merasakan perkenalan, bahkan kesepakatan

itulah ruh-ruh kita yang saling sapa, berpeluk mesra

meski lisan belum saling sebut nama, dan tangan belum berjabat

Ya, kubaca lagi firmanNya, '' Sungguh tiap mukmin bersaudara ''

aku makin tahu, persaudaraan tak perlu dirisaukan

Kerana saat ikatan melemah, saat keakraban kita merapuh

saat salam terasa menyakitkan, saat kebersamaan terasa siksaan

saat pemberian bagai bara api, saat kebaikan justru melukai

aku tahu, yang rombeng bukan ukhwah kita

hanya iman-iman kita yang sedang sakit, atau mengerdil

mungkin dua-duanya, mungkin kau saja

tentu terlebih sering, imankulah yang compang camping

kubaca firman persaudaraan Akhi sayang

dan aku makin tahu, mengapa di kala lain diancamkan,

'' Para kekasih pada hari itu, sebahagian menjadi musuh sebahagian yang lain..kecuali orang-orang bertakwa ''


- Salim A.Fillah.

11 comments:

Pemimpi Tegar said...

Walaupun kita belum pernah bertemu, tetapi seringkali aku merasa ingin memeluk dirimu. Ehhe. XD

Anonymous said...

asif.buatla formspring, kalau ad apa2 soalan sng readers nak tya, esp kalau yg x berkaitan dgn post ni. shukran

Inspector Saahab said...

pemimpi : T_-T

Anonymous : asif jiddan 'ala kulli hal

buat formspring tu mcm mana? erk
ikhwah buta IT

kalo nk tnya mana2 pun boleh. iAllah sy cuba response dan jwb mana boleh :P

musheh said...

sajak tu sangaatt menyentuh.

Inspector Saahab said...

musheh :

kannn T.t"

KID said...

eh..saye baru d sini.tumpang lalu ye~
tp sajak tu sangat osem!
salam UTK!!

Inspector Saahab said...

KID ; kannn ?
jzkk

utk ? o.0

Ana Pengembara said...

Ukhuwah Teras Kegemilangan. Ouch. Gatal kepala.

Inspector Saahab said...

ukhuwah teras kegemilangan tu trademark spo ?

aku dpt msg gitu dr ikhwah sini. ada pape kah ?

-hazen said...

semoga terus barada dalam dekapan ukhwah :)

Inspector Saahab said...

hazen : okeih ! ;)