Saturday, August 18, 2012

PARALLAX ERRORS

Dihujung kota, berdiri teguh sekujur tubuh tua, kedut kedut pada wajahnya menampakkan dia makin lusuh dimamah usia. Longlai dan lemah, langkah diatur. Saban hari bertarung dengan terik mentari, menggembleng tenaga, memerah keringat, bergolok gadai kudrat yang ada, demi sesuap nasi. Sekelumit Cuma sudah memadai untuk hidup menumpang di Bumi Ilahi.

Drama semata mata.

Idul fitri sudah makin menghampiri. So close. Ini juga bermakna hari kemenangan makin dekat. Cuma, yang menang kita atau hawa nafsu? Bukan apa, takut takut tiba sahaja 1 Syawal nanti kita berubah tiga ratus delapan puluh enam darjah ke timur. Serta merta. Tewas di hari kemenagnan. Al maklumlah, pada hari itu, syaitan syaitan yang dikurung akhirnya bebas. Pasti mereka keluar dengan penuh bertenaga dan strategi baharu untuk menyesatkan kita.

Maka, adakah kemenangan di hari fitrah itu sesuatu yang suci atau bakal dinodai? Eh apa kau merepek ni. Shh. Di kesempatan ini, saya Cuma ingin menggariskan beberapa pesanan penaja dari pihak gerai Nasi dan Lemak.

Beberapa perkara ralat di 1 syawal yang kita sering terlepas pandang lalu menodai kesucian hari fitrah. Rugi la jika sebulan kita membanting tulang, memerah peluh dan keringat meningkatkn keimanan dan ketakwaan, tut tut pada hari kemenangan itu yang menang adalah syaitan syaitan yang dibelenggu kerana kita terlepas pandang. Eh, dapat point nya?

Ok straight to the pint.

Ni yang saya perasan. Raya punya pasal, banyak benda tak terkawal. Pertama bab salam. Memang benar, digalakkan untuk bersalaman di pagi raya nanti, bermohon maaf, apa orang kata? Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita satukan ? eh. Cuma, bersalaman ini boleh bawak pahala boleh bawak dosa. Jika bersalaman tanpa berpegang pada garis panduan yang mahram tetap mahram.

Namun yang berlaku biasanya pada hari raya, habis semua orang kita nak salam tangan. Intai intai duit raya la katakan. Tidak boleh la begitu. Suka saya di sini mengingatkan kalian supaya cakna dan ambil berat tentang hal ini. Rapat atau baik mana pun kita dengan mereka-mereka yang haram untuk kita bersentuhan, maka tak usah la nak jadikan alasan. Contoh, kita dengan kakak atau abang ipar, haram juga. Dengan pak cik atau makcik yang kawen dengan adik beradik mak atau ayah kita, haram la kan. Saya cakap ni yang lain jantina la. Yang sama jantina tu sapa peduli, sah sah la boleh.

Ni bab salam tangan.



Pada hari raya juga mulalah busana muslimah bertukar ganti, bagi yang perempuan la. Bagi yang lelaki biasanya berbaju melayu, tak leh nak kata apa,cutting dan patternya memang macam tu dari dahulu lagi, tak de yang menggugat nafsu apatah lagi iman. Isu nya pada baju raya akhawat kita. Bukan la saya ingin menuduh, Cuma sekadar peringatan dan renungan.

Biasanya di pagi raya ni la kita nak sakan, kain belah situ belas sini. Sarung kaki pun dah dicampak tah ke mana. Hijab yang dahulu melepasi paras dada kini dibelit belit sampai ke atas kepala. Al maklumlah, hari raya, hari kemenangan la katakan, nak juga kita sekali sekala merasa itu semua. Namun harus diingat, orang-orang macam kita yang disentuh dengan aura tarbiyyah ini perlu nya terbeza dengan orang kebanyakan, kita punyai prinsip. Jangan gadaikan prinsip dek melihat sedara mara yang melaram bagai nak rak.

Semuanya kerana raya.

Inilah isunya. Nampak kecil. Tapi sebenarnya tidak timbul statement kecil atau besar kerana benda ni memang tiada saiz. Eh.

Beberapa ralat lain adalah seperti bab makan. Yang ni tak perlu nak kupas. Sendiri mahu ingat. Bab solat jemaah. Banyak kes dilaporkan, musim raya ini jadual solat lari sikit. Sibuk duk kutip duit raya. Ingatlah, duit raya tu semua Allah yang bagi. So pandai pandai la berterima kasih.

Sekadar coretan

Tak guna tulis ni sekarang.

Kalau anda baca pun saya pasti raya dah pun berlalu.

Kerana pada saat post ini diterbitkan, saya yakin rata-rata dalam kalangan kita sedang hanyut dalam arus ibadah. Apa-apa pun mana yang baik kalau boleh amalkan. Sebenarnya bukan kalau boleh, tapi memang perlu kan. Semoga madrasah tarbiyah kita sepanjang Ramadhan membuahkan hasil. Peace.

10 comments:

aku-bukan-robot. said...

masih ada guna.
masih ada yang baca.
insyaALLAH.

p/s: rasanya saya baca ni belum raya lagi , moga boleh buat diri dan insan sekeliling ingat,bidznillah.

jay zack kay kay.

aku-bukan-robot. said...

moga boleh *jadi ingatan....

Anonymous said...

kalau akhowat pakai tudung belit2 tapi menutu paras dada,mcm mana eh?

sibghah sakinah said...

mcm mana kalu yg dah ada segelintir individu yg memang terbiasa bersalaman ngn pakcik2 atau makcik2 mereka.. mcm mana eehh kalu nak cover2 xnak salam, takut nnt mereka anggp kita rude pulak =.=

anamuzakkar =.= said...

Anonymous : boleh . Islam x halang wanita berfesyen . tp bergantung pada niat wanita tu sndiri jugak. kalau dia lilit2 sbb nk lawa di mata muslimin2 kacak...xleh gak kan.. tabarruj

sibghah : hurmm...bermain juga di benak fikiran ana...mungkin boleh ckp elok2..yg ana tau, kalau dia hulur jugak tgn.. kite kene sambut. kalau x hulur, kite xyah la hulur..cube elakkan kot

IS : drama anda di permulaan post sgt menarik =.=

sibghah sakinah said...

anamuzakkar : hurmm.. kalu yg pakcik2 janis paham tu mg ok ja.. ni jenis yg xbrapa memahami.belum sempat kita hulur, mereka hulurkan.. xkan memanjang nk smbut kot.. bila nak elak ja, jd tak terelak.. masalah2.~~

Inspector Saahab said...

AKU BUKAN ROBOT : :)
itu sahaj yg mampu saya balas

enonimos : saya sokong jawapan encik anamuzakkar

sibghah : diri ini pun berada dalam dilemma itu. haish

azra eh silap anamuzakkat : atau mngkin bila pkcik mkcik yg trget kita tu dtg, kita mnyorok ? HAHAH

sibghah sakinah said...

menyorok?? kalu badan besar toyol blh la menyorok.. xlogik nak mnyorok.. hmm... cena ha?? kna atur strategi ni

FATIN NAZIRAH ASNAN said...

bila smpi kat pakcik yg mcm tu, terus buat muka toya n pergi dari situ konon2 nak pi makan kuih raya. inshaAllah doa lah minta Allah permudahkan :) ni pendapat je tau :D

The Lost Tarzan said...

Mwehehe,
saya baca saya baca,
sila bagi kuih raya ya!


Mengenai salam2 ni,
kalau sampai ke akhir hayat kita gunakan alasan tuk jaga air muka pakcik makcik kita, sampai ke akhir hayat mereka jualah mereka dihalang daripada ilmu agama oleh diri kita sendiri.