Tuesday, August 7, 2012

SAYA SUDAH BERSEDIA

"Dan jangan sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup, di sisi Tuhannya mendapat rezeki.

Mereka bergembira dengan kurnia yang diberika Allah kepadanya, dan bergirang hati terhadap orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati."

[Ali-Imraan, 169-170]

Jam penggera berbunyi dengan merdu. Mata dibuka dengan penuh ayu. Tangan gatal-gatal. Nyamuk banyak. Biasa. Shah Alam. Kalau Sarawak dikenali sebagai Bumi Kenyalang manakala Sabah dikenali sebagai Bumi di Bawah Bayu, sudah terang lagi bersuluh suluh Shah Alam dikenali sebagai Bumi Tumpahnya Darah, dek kerakusan nyamuk-nyamuk liar.

Tiada kaitan.



Separuh Ramadhan sudah berlalu pegi. Ku renung kembali, cewah ayat. Diwajibkan ke atas umat kini untuk berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat terdahulu, untuk apa ? supaya saya, anda, kita semua bertakwa. Agaknya, bagaimana pattern graph takwa kita pada hari ini ? Pada saat ini ? di detik anda menghidupkan laptop kesayangan anda dengan hujah mencari bahan-bahan ilmiah melalui laman sesawang untuk meningkatkan iman, sejauh mana sudah amal Ramadhan saat ini terlaksana? Sejauh mata memandang? Atau sejengkal Cuma?

Kelepuk kelepuk.

Takwa.

Apakah?

Pernah sekali sekala saya lepak, bual-bual mesra dengan seorang adik junior, oh lupa, sudah hampir sebulan saya dan rakan memegang tittle Abang Besar atau Abang Kawasan di kolej, terasa seperti ingin kembang dan terapung di laut merah pun ada. Eh. Oh dan banyak juga cerita ceriti menarik proses memancing ikan ikan kelaparan bersama adik adik yang hendak di story mory kan, tunggu masa.

Oh dan di mana kita? -.-

Ha, pernah saya mendekati, merapati dan menyelami, cewah, seorang adik ni. Waktu itu kami di masjid biru Shah Alam, setelah selesai iftar percuma dan solat Maghrib, menunggu waktu untuk solat Isha’. Saya telah Berjaya mengheret beliau untuk sesi rapat umum sambil minum minum di kaki lima yang bukan lima.

Setelah beberapa ayat cliché diutarakan bagi memecahkan ais dan memeriahkan suasana, kemudian saya tampil dengan satu soalan untuk diajukan. Saya pernah ditanya denagn soalan ini juga. Kenapa kita perlu puasa ya?

Adik intan payung emas berlian tadi yang matanya bersinar-sinar seakan tidak sabar melontarkan hujah kepada persoalan tadi mula menyusn ayat dan memberi respon.

Antara jawapan yang masih saya ingat;

Mestilah kita kena puasa, sebab ia baik untuk kesihatan. Bagi merehatkan system pencernaan. Memberi peluang kepada organ-organ dalaman yang merembeskan enzyme supaya berhenti bekerja di siang hari.

Hmmmmpp. Budak bio.

Selain itu, puasa juga dapat mendidik diri kita supaya bersyukur. Kita bersyukur dengan limpahan rahmat dan nikmat. Kita juga belajar menyelami kehidupan saudara mara kita yang kesuntukan makanan, menderita akibat keadaan yang mengekang. Kota belajat bekongsi penderitaan tang dialami supaya kita lebih sensitive akan keadaan mereka.

Hmmmmmpp. Pandai susun kata. Budak BM ni.

Macam tu la cerita nya. Tak gempak sangat..

Tak salah jawapan yang diberikan. Cuma betulkah? Tika mana saya diajukan soalan yang sama, jawapan saya yang dulu pun hampir sama je. Jawapan buku teks. Sebenarnya tidak susah, ringkas sahaja. Kenapa perlu puasa?

Puasa, sebab kita ni Islam. Rukun Islam kot. Ke dah tukar dah? Kan. Puasa sebab Allah suruh. Bila Allah suruh puasa tu jadi syariat. Sama ada puasa itu memberi kebaikan atau kemudharatan, bila Allah suruh, maka siapa lagi yang layak mempersoal? Puasa la kita. Persoalan yang seterusnya timbul, kenapa Allah nak kita berpuasa?

Juga sudah ada jawapan. Supaya kita bertakwa. Kerana takwa.

Takwa, sekali lagi.

Apa takwa ni sebenarnya?

Krik krik

5 comments:

Pemimpi Tegar said...

Krik krik.

p/S : Beberapa hr lepas saya dengan Inche Gabanna mengumpat mengenai anda di Iris..haha XD

Inspector Saahab said...

___ ____ "

saya pun terawih kat situ malam tu.
tak bagi tahu pun anda turu hadhir T.t

apekah hasil umpatan ? heh XP

Muhammad PeacemakerIslam said...

Ittaqullah!!!

Eheh.tak mudah rupanya...

Jazakallah atas pencerahan sahabat...:)

sibghah sakinah said...
This comment has been removed by the author.
Inspector Saahab said...

peacemaker : in sha Allah :)