Tuesday, September 18, 2012

EH, KITA SEKAMPUNG

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan kamu tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani agar kamu bersyukur
(An Nahl: 78)

Agar kamu bersyukur…
Agar kamu bersyukur…

---------------------------------------------------

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Semuanya bagaikan turut gembira..

Balik kampung..ohhh..ohh

Krik krik. Piring hitam itu rosak lagi. Kali ini digigit tikus bandar yang termutasi. Ganas. Kuku besi, gigi bertaring. Selection pressure la katakan. Amboih kau, mentang mentang belajar bio, habis ayat berbau biology. Well, (telaga) mengaplikasi ilmu la katakan. Aiwah.

Saban tahun, di corong-corong radio, di kelab-kelab malam, hatta di kaki lima pasar raya sekalipun tidak boleh tidak jika tidak dan tidak dimainkan serta diputar lagu kegemaran rakyat Malaysia yang majmuk ini yakni Balik Kampung. Apa signifikannya? Ke berhantu? Eh.

Balik kampung.


Di mana kampong kita yang sebenarnya? Di saat cuti semester diumumkan, kanak-kanak lepasan sekolah serta pusat-pusat pendidikan melompat lompat kegilaan, raikan cuti. Gembira pulang ke kampung halaman. Saban kali cuti di umumkan. Saban kali musim perayan. Mulalah, kenderaan pacuan empat, lima dan berapa banyak roda meluncur laju di jalan raya.

Haba serta bahang pulang ke kampong yang kian menghangat, perasaan ketidaksabaran untuk bertemu mata dan melaga pipi serta beramah mesra dengan yang dirindui di kampung, menggangu konsentrasi pemanduan. Mulalah, hon hon berbau kurang sopan dibunyikan tanpa perikemanusiaan. Lampu isyarat di langgar ibarat kerajaan itu bapak anak diorang punya. Pandu laju. Maka adalah berlaku tanpa diduga adegan menyayat hati.

Mangat nak balik kampung. Saban tahun.

Isu yang ingin saya timbulkan ialah, di mana kampong kita yang sebenarnya? Gulp. Minum air dulu, chill dua tiga minit. Baca balik dari atas. Saya tahu anda keliru. Apa benda la makhluk ni merepek, mesti anda cenggitu kan? Ahha. Saya memang dah agak. Sejak tamdun Hwang He lagi saya dah agak.

Semua orang ada kampung halaman sendiri. Kampong Pinang Sebatang la, Kampung Bahagian Sentosa la, Kampung Batu Bertangkup la, dan beraneka jenis kampung lagi. Tidak dilupakan juga yang berasal dari kampong kampung baharu yang dibuka melalui Felda. Eh. Namun begitu, tahukah anda bukan semua yang berasal dari kampung ini akan pulang ke kampung sendiri. Kadang kadang, bila wang dan harta dikejar, kampung dibuang kelautan.

Bila pangkat dan darjat bertakhta di hati, orang kampung dilupakan. Bak kata anak Pak Said, habis madu sepah dibuang. Bersepah-sepah sepah. Menyepah je.

Ada satu lagi hakikat yang ummat sudah tidak sedar, lalai, atau mungkin tak pernah tahu sebab tiada orang bagi tahu, atau mungkin orang dah bagi tahu tapi dia tak dengar, atau mungkin dia tahu, dah pernah dengar tapi dia buat-buat tak tahu atau mungkin dan mungkin. Yang pasti ini hakikat yang anda bakal tahu.

Kita semua asal dari kampung, kampung yang sama.

Kampung mana ? ye. Ye anda betul. Kampong syurga. Kita asal dari syurga. Moyang kita, Adam a.s dan Hawa, mereka berasal dari syurga. Roh-roh kita asal dari syurga. Singgah sekejap dibumi, tak lama, selepas tempoh sekejap kita selayaknya dan sepatutnya pulang ke syurga. Bertemu kembali dengan nenek moyang kita.

Indah.


Indah bila pulang kampung halaman. Jumpa sanak saudara. Boleh bertegur sapa dengan Adam dan Hawa. Boleh kongsi pengalaman percintaan mereka. Tanya khabar. Indah.

Boleh bertemu dengan Musa a.s. kongsi cereka. Boleh tanya “Ya Musa, aku dengar kau punya tongkat ajaib, boleh aku lihat” kemudian perbualan diteruskan. Musa beraksi dengan tongkatnya. Indah.

Boleh bertemu dengan Khalid Al Walid. Panglima perang. Tidak pernah tewas. Boleh berbual mesra dengan beliau, bicara tentang strategi perang. “Eh eh Khalid Al Walid, aku teringin sekali melihat kau bermain senjata” maka dia pun memulakan aksi. Kemudian semua terpegun, bertepuk tangan. Indah

Dan kita boleh betemu dan melihat Wajah Yusuf a.s., lelaki kacak itu. Ambil gambar sama-sama, buat muka comel dan angkat tangan buat tanda peace, buat kenangan. Bersalam-salaman, bergelak ketawa. Indah bukan

Dan, kita bisa bertemu dengan Rasulullah, in Sha Allah. Baginda menunggu ummatnya, berdoa semoga kesemua ummat nya selamat pulang ke kampung halaman. Kita bisa peluk baginda, kucup baginda, tatap wajahnya. Indah.

Ya Allah indahnya.

Paling indah, kita bakal bertemu dengan pemilik syurga itu sendiri, tiada kata yang dapat diungkapkan lagi. Allah

Indahnya, teramat.

Daripada Abu Hurarirah r.a, Baginda bersabda;

Allah Azzawajalla berfirman, :
“Aku sediakan untuk hambaKu yang soleh suatu yang tidak pernah dipandang dengan mata, tidak pernah didengar dengan telinga dan tidak pernah terlintas di hati manusia”

(HR Bukhari dan Muslim)

Yang indah tadi, yang cuba kita bayangkan tentang kampung kita tadi,bertemu dengan perwira-perwira Islam, para Rasul dan para Nabi, semua itu bayangan semata-mata. Hakikatnya, ia bakal menjadi suatu scene yang lebih indah. Terlalu indah untuk digambar dalam minda kita yang terbatas ini.

Tapi,

Adakah kita semua akan pulang kampung halaman?
Atau kita bakal tersesat di persimpangan jalan?
Atau bertemu nahas sebelum bertemu sanak saudara?

Fikir fikirkan ::

Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan. Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, sungguh mereka akan Kami tempatkan di tempat-tempat yang tinggi di dalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang berbuat kebajikan..
(Al Ankabut :57-58)

JOM Share
Ajak kawan-kawan kita
Sama-sama balik kampung..

3 comments:

aku-bukan-robot. said...

moga bisa bergerak walau payah . dalam perjalan menuju kampung terchenta.

tapi kompem perjalan banyak simpang., duri2 . semak samun & etc.

moga bisa hadap hingga sampai destinasi.

Pak Det said...

semoga kita mendapat kembali ke kampung lamanan sebanar,
menjadi penghuninya selam-lamanya,
dengan amlan yang dibawa...

My recent post :
1)Doa dijauhkan daripada sifat Riak
2)Menangkis Penghinaan Terhadap Rasulullah - Isu Video Innocence Of Muslim.

Inspector Saahab said...

in sha Allah


hai robot, jelma kan dirimu -_-