Monday, September 10, 2012

NI MESTI KERJA KAU KAN


One message received

“Mad, petang nanti makan kat mana?”

“Aku puasa hari ini, esok raya”

“Yela, kau nak berbuka kat mana? Jom! Tempat biasa?”

“Ahha, ok. Tapi aku tengah main ni, kau tunggu aku boleh?”

“Tak kisah. Sempat je lagi”

“Aku balik sekarang. Siap-siap. Tunggu aku tau”

“Yela”


Ahmad bergegas pulang ke rumah. Petang itu, mereka berdua ke restoran mamak, iftar bersama. Selama ni si Ahmad tak pernah nak minat makan di luar, selalu dia beli kemudian berbuka dalam bilik. Dia ni pasif sikit. Tapi malam itu, entah, sampai seru, mungkin.


------------------------------


Azan berkumandang. Doa dibaca.
Kedua-dua sahabat itu hanyut dalam arus mamak. Eh.

“Lama dah aku tak makan kat sini, masih macam dulu, best kan?”

“Sebab tu la kau, aku ajak kau kejap kau ada hal la, kejap kau sensirif masakan mamak la, tahu pun sedap”

“Aku…ala. Nanti kita datang lagi ek”
 
“Mad, hmmm…kau ok?”

“Maksud kau?”

“Yela, kau sehat ? Aku Nampak kau sekarang dah tak macam dulu. Lain.”

“Makin hensem kan?”

“Apekah?”

“Weh, dah cepat habiskan. Nanti terlambat pula kita nak solat nanti”

“Kau memang dah lain Mad”

Senyum, kedua-duanya



-------------------------


Enjin kereta dihidupkan. Mati pula. Cubaan kedua. Alhamdulillah. Ahmad dan Said, oh lupa nak tulis tadi, kawan si Ahmad tu namanya Said. Eh, Ahmad Said, macam pernah dengar.

Fhiu fhiu. Kereta dipandu menuju ke surau berdekatan. Masih ada jemaah yang sedang solat. Ahmad dan Said segera memperbaharu wudhuk. Malam itu aneh sedikit dalam surau itu. Di hadapan, jemaah yang telah selesai solat berhimpun, mendengar bacaan hadis hadis nabi daripada penyampai yang bertugas.

…. “Dan sebaik baik doa adalah doa seseorang kepada saudaranya di belakangnya yakni, saudaranya tidak mengetahui apa yang didoanya..”

Sedang dia sedang khusyuk bersolat, entah mengapa potongan hadis ini diulang-ulang dan melekat dalam mindanya.

Allahuakbar

Ahmad turun untuk bersujud.

 

…. “Dan sebaik baik doa adalah doa seseorang kepada saudaranya di belakangnya yakni, saudaranya tidak mengetahui apa yang didoanya..”

Sekali lagi potongan hadis itu bermain dalam fikirannya.

Dia lantas berdoa untuk sahabat-sahabt yang dicintainya. Dipohon kebaikan dan kemuliaan untuk mereka. Didoanya semoga cita-cita sahabatnya yang murni itu dimakbulkan Sang Pencipta. Lama dia bersujud. Sekali sekala berguguran air mata dari kelopak matanya.

Assalamu’alaikum warahmatullah…

Kali ini, air mata benar meluncur laju.

Ahmad menadah tangan sambil menutup raut wajahnya. Dia merasakan perubahan drinya itu berkat doa teman-teman dan keluaraganya tanpa dia sedari. Dia berasa terhutang. Dia beruntung. Ahmad 
insan terpilih.





-----------------------

“Benar, kini aku telah pun lain Said”

“Aku gembira Mad”

“Kau pun dah lain sekarang”

“Eh aku biasa-biasa aje. Kau, apa rahsianya?”

“Sebenarnya aku nak berterima kasih dekat kau”

“Laa, kenapa pulak ni. Aku bukan buat apa pun”

“Kau banyak ajak aku..”

“Maksud kau? Tak de la..”

“Sebenarnya Said..”

“Apa ni Mad, buat suspen je..”

“Sebenarnya, aku dah stat ikut usrah tu, Cuma aku belum sempat nak bagi tahu kau”

“Kau apa?? Ya Allah…Alhamdulillah!”

“Said, ni mesti kerja kau kan? Kau selalu doakan aku kan ?”

“Mad, apa guna kawan?”

“Said, aku…aku sayang kau, kerana Allah. Aku sayang kau”..

“Mad…..”


----------------



Daripada Abu Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya :

“Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.”

(Riwayat Muslim)

8 comments:

aku-bukan-robot. said...

melihat titik tolak perubahan sahabat,pasti hati wangi berbunga bak disimbah downy,. heh. touched. Allah! doa2.

Ir Jinggo said...

tolong doakan saya juga. dan jangan bagitahu saya. oktengsbai >.<

Ketua Kelas Ekonomi Negara said...

T__T iskkk.bahagia tgk kawan berubah .

Anonymous said...

Hensem Laa cerita nie :)

Spacefishy said...

oh terharunya.. jzkk

Anonymous said...

You have showed great perseverance behind the blog. It's been enriched since the beginning. I love to share to with my friends. Carry on.

albaihaqie.com said...

nampak macam cerita benar...
namun saya yakin, ada kebenaran di sebalik cerita ini.hehe
teruskan!

Mujahid said...

Berbunga..Bahagia.. hehe