Friday, September 28, 2012

SIAPA YANG ZALIM?


Bumi sana ditoreh
Langit itu mendung tidak ceria
Bingit bukan gelak tawa
Tangis hiba mengisi ruang kosong udara

Zalim
Oh manusia yang zalim!
Rakus engkau memperlaku saudaraku
Di mana hatimu letakkan

Zalim
Oh manusia yang zalim!
Apa engkau suka darah membasah bumi
Mana pergi perasaanmu

Zalim
Dan aku terus melihat
Memerhati dari jauh, lemah
Dan engkau terus melihat
Mengharap mentari kembali mencerah

Zalim
Oh manusia!
Siapa yang zalim sebenarnya?

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-ngadakan kebohongan kepada Allah atau orang yang mendustakan yang haq ketika yang haq itu datang kepadanya? Bukankah dalam neraka Jahanam ada tempat bagi orang-orang kafir?
(Al Ankabut :68)

2 comments:

Feilong said...

salam Shakir.

dah lama tcer tak tulis komen kat blog awak. huhu. sorry la. busy dengan Trial SPM. lepas tu ada beberapa program besar seperti pohon restu dan graduasi.

tcer kena baca banyak kali untuk paham poem yang awak tulis ni. otak tcer agak blur hari ni sebab cuaca pun tak berapa nak cerah (sebenarnya bukan salah cuaca tapi tcer kena bangun terlalu awal untuk drive ke skolah)

anyway, cter Circle Quartet tcer dah tamat. Yeah! tcer akan buat cter lain pulak. kali ni bukan lagi fantasi. hope you'll read my novel yg tak seberapa bagus...huhu.

teruskan perjuangan dakwah awak. tcer will support you!

Inspector Saahab said...

touched :')