Wednesday, September 12, 2012

PENGAKUAN TULUS MANGSA

Dulu semasa berada di asrama, saya ingat saya tahu banyak benda. Saya berkawan dengan bermacam-macam jenis orang. Yang baik, yang kurang baik serta tidak dilupakan juga dengan yang jahat. Saya neutral. Political views? Bebas. Untuk waktu sekarang la. Hehe. So bila dah berkenalan, bergaul mesra dengan macam-macam anak orang ini,belajar banyak benda. Kekadang terikut, baik yang buruk mahupun yang jahat. Eh.

Kat sekolah dulu, macam-macam virus menular dalam kalangan kami pelajar-pelajar. Pencemaran-pencemaran minda menusuk masuk tanpa kami sedari. Budaya yang tidak bermoral menular dan merebak dalam kalangan pelajar dengan begitu pantas dan produktif. Orang kata, kalau tak amik tahu tak cool. Kuno. Kebelakang. Hilang nikmat bergelar pelajar, apatah lagi di sekolah asrama penuh pulak tu.

Ye dulu saya bersekolah di sekolah berasrama penuh, tapi asrama dia tak penuh pun. Ada je bilik-bilik kosong.


Apabila dikenang balik, banyak kenangan sepanjang berhadapan dengan arus perdana dahulu kala. Terasa muda pun ada bila mengimbau kenangan manis kau dan aku. Ewah. Tapi itu semua dahulu, zaman-zaman kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Kini, zaman sudah berubah. Mentari sudah pun kembali menerangi bumi. Sang bulan sudah pun pulang ke kampong halaman. Tapi perubahan ini datang dengan cabaran yang lebih besar. Bak kata orang, dunia di hujung jari. Boleh bayang dunia kat hujung jari? Hebak. Terlampau.

Macam pointless.

Hari ini, saya mula sedar bahawa ilmu yang saya belajar, tiru dan ikut-ikut tatkala terlalu ramah dan mesra dengan semua orang dulu kala bukan semua boleh pakai. Baru minda ini sedar bahawa saya telah menjadi mangsa keadaan. Kesucian minda ini telah dinodai tanpa saya sedari. Andailah saya tahu bahawa semua itu silap, sudah pasti saya tidak akan merelakan diri saya diperlaku dengan sedemikian rupa. Peh. Dah macam mangsa pencabulan hak asasi manusia.

Namun pengalaman itu semua mematangkan usia. Bab kata kata menantu Kak Limah, jauh perjalanan luas pandangan, tak gittew?

Namun, yang salah tetap salah. Dan yang salah harus ditinggalkan. Hari ini saya beruntung kerana bertemu dengan kebenaran. Saya bertuah kerana dikurnia nikmat tarbiyah yang datang tanpa diduga. Sejak itu, kesedaran ini kian meningkat. Orang kata baru sedar diri rupanya, selama ini pengsan je kot. Erks.

Anak-anak muda remaja remiji marcapada banyak terpengaruh dengan suasana yang makin lama makin bernanah. Banyak benda yang kita tak perlu tahu, tapi kita telahpun amik tahu kerana terpengaruh. Dan banyak benda yang kita perlu bahkan wajib tahu, tetapi kita telah abaikan kerana orang ramai turut abaikannya. Sadis.

Pahamkah?


Kebejatan social yang makin menjadi-jadi, hiburan yang melamapu yang mendapat sambutan hangat daripada segenap lapisan masyarakat, budaya bebas dan liar yang dipromosi media serta banyak lagi anasir-anasir yang membawa elemen baharu dalam dunia yang melalaikan ini menyebabkan kita-kita tanpa disedari belajar dan terus belajar sesuatu yang tidak perlu.

Pada waktu yang sama, apabila semua orang turut terlibat dalam kancah ini, kita merasa ianya perkara yang biasa, sudah menjadi trend.

Tidak hairanlah, ramai orang sedar bahawa system social kita berhadapan dengan masalah, tapi tak ramai yang rasa ingin menyelesaikan masalah tersebut. Tak ramai yang feel the urgency to treat the problems kerana rasa biasa.

Persoalannya, anda-anda dihadapan saya ini, di mana stand kita?

Apa peranan dan sumbangan kita?

Boleh jadi mereka yang turut hanyut dalam arus perdana ini adalah kawan-kawan kita, adik atau abang kita, sepupu sepapat kita, anak jiran nenek kita dan bermacam golongan yang dekat dengan kita. Maka, adakah kita akan biarkan kesesatan yang melampau ini terus menerus meracuni mereka?

Tidak mustahil suatu hari nanti anak-anak kita jadi part of the scenario dan kita masih mampu duduk dikerusi tua itu, sambil tersenyum, bangga mungkin.

Cuma, persoalan yang lebih penting, apa solusinya?

Kalau tanya saya, jawapannya adalah tarbiyah.

In sha Allah :)

4 comments:

Muhammad Nur Fitri said...

pergh... sentak bace entri nih...
yupp... tarbiyah & dakwah !!!
jalan nyer memang susah, tapi cukup indah :)))

pengembara said...

pengembara : Betul2. Saya setuju.

Err. Macam isi uskab je. Join sekali ke tadi. Hehe

Inspector Saahab said...

min, ni dah lamaaa dah

ada kena ke point td ? haha

Anonymous said...

yup. sangat kena.