Monday, September 3, 2012

SIAPA CARI SIAPA?

Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah, walaupun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibu bapak dan kaum kerabatmu. Jika dia yang didakwa kaya ataupun miskin, maka Allah, lebih tahu kemaslahatanya.

Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutarbelitkan kata-kata atau enggan menjadi saksi, maka ketahuilah Allah Mahateliti terhadap segala apa yang kamu kerjakan.

(An Nisa’:135)

Peh. Muka merah padam. Seperti ingin terbakar. Pinjam selimut. Nak sorok. Malu. Malu. Terlalu. Eh buat apa nak malu ? Nak sorok dari sapa? Allah ?Perasaannya seperti seguni beras cap Arnab yang diseludup dari Negeri Thai jatuh di atas belakang. Tulang retak, beras bertaburan.

Pernah bau bangkai cicak? Busuk kan. Bila cicak mati tersepit, kecoh satu rumah. Operasi mencari cicak mati dilaksanakan. Selagi tak setel, sanggup postpone waktu lunch dinner segala bagai.

Bayangkan setiap dosa kita lakukan, setiap penyimpangan dari kebenaran kita lakukan, setiap tugas yang kita abaikan, setiap itu satu bau busuk. Sekarang dah bermacam-macam bau.

Dan kalaulah cicak yang hidup tu boleh bau dosa-dosa itu,

Agaknya siapa cari siapa sekarang ?

2 comments:

Ummi Rai said...

Hah bukan setakat bangkai cicak,
bangkai gajah pun blh jd riuh satu kampung.
Penyayangnya Allah tu ,dosa2 kita yg lampau pun Dia ampunkan.
Aib pun Dia tak tunjuk.
Allahurabi :'(

Anonymous said...

LT: T__T