Monday, October 29, 2012

JELMAAN DI ALAM MAYA

Mungkin ada yang bakal panas. Terbakar.

Apa yang  bakal saya tulis boleh jadi atas dasar keinginan semata-mata. Yang diterjemah mungkin bisikan syaitan, yang bertujuan memporak-perandakan keadaan. Ambillah yang jernih, tolak ketepi yang keruh. Kalau tak ada yang jernih, pandai-pandai la anda tapis sampai jernih. Eh.
Mungkin saya silap menilai.

Tetapi saya mempunyai ekspetasi yang tinggi pada ikhwah. Cemburu dan kagum pada peribadi ikhwah. Seorang akh yang tertonjol sifat waraknya, tawadhuk di kalayak ramai, rendah egonya, luhur bicara. Kagum dan cemburu saya dibuatnya. Cemburu yang membina.

Dakwah bil hal, dakwah pada qudwah itu sangat susah. Setiap gerak geri diperhati. Biasa. Manusia disekeliling, mata-mata yang serampang itu suka menilai dan mengadili. Orang kata, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Bahkadn dua tiga belanga, habis rosak. Seorang akh yang tidak cakna dalam menjadi qudwah dalam masyarakat, tidak memanifestasikan amal tarbiyah rabbani bakal menconteng arang pada jalan yang panjang ini.

Tetapi saya yakin. Seorang akh tidak begitu, tahu di mana batasnya. Cuba sedaya mungkin menjadi duta tarbiyah dengan baik. Mampu menangkis harapan musuh-musuh yang mengharap kekhilafan di sana-sini. Bukan sempurna, kita tidak sempurna. Tetapi seornag akh yang sebenar berusaha ke arah kesempurnaan.

Ok ini intro.
Itu reality di alam reality.


Yang ingin saya gembar-gemburkan reality di alam yang tidak reality, reality di alam maya. Eh, banyak la pula perkataan reality nya. Pape jela.

Di alam maya pun, musuh musuh tetap memerhati tahu. Dunia hari ini menyaksikan manusia lain pekertinya di alam nyata dan alam maya. Terlalu berbeza. Yang memalukan bila si akh yang menunjukkan diri yang sebenar, kenchang di alam maya tanpa mengikut batas-batas yang tertentu. Apa batasnya? Takwa.

Saya kadang malu denagn diri sendiri, kadang tertewas di alam maya. Terasa hipokrit. Revolve tiga ratus enam puluh darjah. Seolah-olah pakaian takwa di alam ini ditanggalkan. Di mana pergi tawadhuk dan sifat warak itu? Tenggelam. Tenggelam dek keinginan yang sering memuncak.

Ikhwah yang rancak social alam maya. Seolah-olah jalan dakwah sudah hampir ke penghujung. Seolah-olah masa yang dianugerahkan tidak berguna. Sambil lewa dalam urusan dakwah. Sibuk menyibukkan diri dengan urusan cabang. Besar gelak dan tawanya walau tidak kedengaran. Keras dan kasar kata-kata walau tidak terucap. Tidak lagi tertonjol jelmaan tarbiyah Rabbaniyah di alam maya. Mana pergi?

Tenggelam.

Hubungan berlainan jantina juga makin rancak. Di alam nyata, malu, segan-segan. Orang kata jalan di hadapan yang lain jantina asyik nak cepat, kalau boleh nak terbang. Tidak mahu timbul fitnah. Pijak semut pun semut tak rasa apa-apa. Tapi di alam cyber, hmpp, harapkan pagar, pagar makan padi. Tikus jadian pula ynag menjelma. Merosakkan tanaman, tanaman iman dan takwa.

Hi situ, hi sini. Sembang kenchang. Ukhuwah la katakan. Unsur dakwah dijadikan ticket untuk mengisi kekosongan diri sendiri. Berasalankan urusan dakwah, didekati yang lain jantina, padahal pada dasarnya tidak lain hanyalah keinginan semata-mata. Memalukan.
Mesra tidak betempat.

Isu isu remeh temeh dibesarkan. Open table. Lepak situ sini. Di alam reality mulut sunyi sahaja, yang terungkap hanyalah zikir-zikir memuji Tuhan. Tapi di alam maya, anda tahu la bagaimana situasinya. Malu entah ke mana. Walhal malu itu satu cabang iman.

Keinginan menguasia diri. Kerana tidak ada lagi hati-hati dalam diri. Ah. Tiada siapa yang lihat aku. Sekali sekala apa salahnya. Alasan demi alasan dicari untuk menegakkan benang yang basah.

Akhi..
Akhi..

Kalau anda perempuan,
bacalah ukhti..ya ukhti ya.

Ok ikhlan jap.

Kekecewaan. Kecewa dengan diri sendiri. Kecewa. Saya membayangkan seorang ikhwah itu, budi pekerti semulia para sahabat. Budi pekerti seorang mujahid yang siap siaga berjuang. Bukan saya berniat mengadili atau menilai. Saya bukan Tuhan, saya juga hamba, sama seperti dia dan mereka. Terlalu syadidkah tanggapan ini? Entah. Bukankah ragamnya patut begitu?

Tamat di sini.

Tidak ditujukan kepada mana-mana pihak. Tulisan ini didedikasi secara umum. Supaya ada rasa. Perlu saya luahkan, kerana anda ada hak untuk tahu kebenaran. Saya juga menulis sebagai respon kepada status mukabuku seorang sahabat. Belum sentuh bab sms dan bergayut sana-sini tanpa urusan yang padu. Ok.

Aman.

11 comments:

aku-bukan-robot. said...

gulp! sentap amat!
sungguh bila yang dosa terasa biasa itu yang buat diri rasa tak berdosa,#sigh.
astaghfirullahalazim.

PEMBURUMASA said...

sebenarnya makin ke bawah dibaca post ni, makin banyak tusukan-tusukan terasa dekat hati ni.

tak percaya? belahlah dada, tengoklah hati.

betapa kita leka di dunia yang Allah kata hanya permainan ni

Astarghfirullah
bimbinglah kami ke jalan yang benar

p/s: terima kasih akhi, buka mata saya pada realiti di alam maya

TT.TT

Aman.

Muhammad PeacemakerIslam said...

uhh...
Allahurabbi...

Moga Allah mengurniakan kita kekuatan untuk terus berpakaikan pakaian terbaik,yakni pakaian taqwa..walaupun ketika tidak ketiadaan orang lain..

huh.

Ramadhan Lotphi said...

Jazakallah khairan akhi syg. T__T,

Inspector Saahab said...

moga kita semua ambik pelajaran dan istiqamah

Allah ghayatuna ~!

Spacefishy said...

jazakallah khair atas peringatan..

akuinsankaujugakinsan!kitahamba ALLAH. said...

terasa diri seperti ditusuk pedang samurai 17 inci..haih..

peringatan tu,,tq.

mngkin lepas ni bole laa share mcm mane nak nshat ikhwah yang lalai tu...(tuju dri sendri jgak)..

Inspector Saahab said...

: semua semua :


anda style dan osem,aman

peace ^^"

nahwanz said...

assalamualaikum.

saya ada cadangan.

tapi mungkin sukar dilaksanakan.

tapi boleh cuba, jika mahu.

nasihat saya- atau lebih kpd cdgn.

tak perlu facebook.
tak perlu blog.

tak perlu ada hubungan dgn berlainan jantina, kecuali kalau terpaksa sangat, cthnya terpaksa menyapa seorg penjual nasik lemak di tepi jalan yang muda (perempuan) sebab nak beli nasik lemaknya.

Atau jugak bg lecture kat perempuan sebab mmg kita berprofesion lecturer.

atau apa saja yang mungkin. tapi logik.

dakwah sesama jantina saja. jika rasa bermasalah mcm tu..

jawapannya:

kahwinlah.

mudah.

dan jika sudah kahwin maka makinlah menundukkan pandangan dan menjaga pergaulan. sepatutnya.

saya pernah muda. saya pernah jahil.

syaitan selalu ada walaupun positif mana pun niat kita, tp kalau masih ada unsur ikhtilath, pasti bermasalah pada akhirnya.

mmg susah tidak ada 2 benda yang disebutkan tadi.

tapi hidup aman. cerita kita hanya allah yang tahu. senang. menjadi misteri begitu tenteram.

ini cadangan saja.

wallahu'alam~

Inspector Saahab said...

nahwanz :
akhi !

jazakallahukheir atas cadangan. tu la sebaiknya.

kawen. tak mudah akhi. huhu

jzkkj again :)
anda style !;)

Anonymous said...

Jazakallah khairan akhi