Sunday, October 21, 2012

MASIHKAH KAU INGAT

Dari belakang Azam memerhati sahaja gelagat teman-temannya. Ada yang menggaru garu kepala yang tidak gatal itu. Ada yang menghentak hentak kaki ke lantai. Ada yang memutar-mutar pencil mekanikal di tangan. Ada yang sudah tersungkur. Tidak kurang juga yang masih bertenaga dan ceria.

‘First remainder, you have 20 minutes left’

-----------------------


 
 “Kau nampak apa mak buat ni? Bila kau dah besar, bila Mak dah terkubur dalam tanah nanti, Mak tak nak kau jadi macam ni, Mak tak redha anak Mak hidup susah”

Azam diam sejenak. Otaknya ligat menyusun kata

“Makk, Azam janji mak. Mak tok sah la cakap macam tu”

“Mak bukan apa Zam, Mak tak nak anak-anak kau nanti terima nasib yang sama. Bapak kau tu, lari entak ke mana, tinggal kan kita melarat macam ni. Mak tak nak kau pun jadi macam tu”

Azam mengatur langkah meninggalkan ibunya. Kunci motor dicapai dan dia berlalu pergi. Sensitif.
Malam itu, selepas pulang dari kelas tambahan, hujan turun renyai-renyai. Suasana dalam rumah usang itu sunyi dan sepi sahaja. Sekali sekala kedengaran suara sang katak mengisi ruang-ruang kosong dalam udara diselang-seli dengan bunyi cengekrik yang makin pudar riuhnya tatkala malam kian memekat.

Terasa panas, entah mengapa. Azam mencapai tuala kapas berwarna hijau muda pucuk pisang yang tersangkut layu di daun pintu jendela rumahnya lalu bersiap siaga untuk mandi.
Aneh.

Tubuhnya kini menggeletar kesejukan tatkala air dari timba itu menyelusuri kulit sawa matangnya itu. Puas. Disimbah tubuhnya dengan ganas berkali-kali. Ketenangan. Azam menemui ketenaagan tika mana air dari kolah memlaui wajahnya, seolah-olah kehangatan tadi pergi dan mengalir bersama.

“Azammm….”

Kedengaran ibunya memanggil-manggil dia dari kamar hadapan di sebelah ruang tamu rumah. Azam memekakkan telinga. Semakin laju dia menyimbah air ke tubuhnya yang sudah pun makin menguncup.

“Azamm….mari sini Nak”

Sayu sahaja kedengaran suara ibunya.
Hati kecil itu layu jua.

“Ada apa Mak panggil Azam tadi? Azam datang ni ha”

“Kau tolong Mak masukkan benang dalam jarum ni ha, Mak tak Nampak la. Dari tadi Mak cuba tak dapat-dapat, mata Mak ni pun dah tua, tunggu masa je Zam nak tutup rapat-rapat”

“Eh Mak ni, mari Azam tolong. Tak payah la nak ayat lebih-lebih plak. Mak ni kuat lagi, bertenaga lagi. Mak kan nak tengok Azam Berjaya nanti, ada rumah besar, kereta besar,dapat isteri yang bakal lahirkan cucu-cucu Mak, haa”

Azam cuba menceriakan suasana. Dua beranak itu akhirnya lena bersama malam yang dingin. Hujan terus menerus membasahi bumi. Titisan hujan yang menghempap atap zin rumah mereka seakan-akan menghasilkan satu irama yang begitu indah.

Seindah bahasa dan kata.

------------------------

“Last remainder, you have five minutes left”

Terjaga dari lamunan.
Ayat-ayat terakhir pada kertas jawapan dihabiskan. Sebelum skrip jawapan diserahkan, Azam meneliti buat kali terakhir kalau-kalau ada kesilapaan ejaan mahupun tatabahasa yang perlu dibetulkan.

 
Kehadapan bonda yang dirindui,

Anakmu di sini sihat walfiat hendaknya, Alhamdulillah. Apa khabar bonda di sana? Besarlah harapan anakanda semoga Bonda juga berada dalam keadaan yang terbaik, di bawah lembayung rahmatNya..

Bonda,
Masihkah kau ingat, dahulu anakmu ini pernah berjanji, berjanji untuk memenuhi cita-cita mu untuk melihat anak ini berjaya sebagaimana Bonda impikan dan sering harap-harapkan. Dahulu bonda sering marah-marah anakanda, dengan harapan anakanda tidak mengulangi kehidupan yang serba kekurangan itu. Bonda harapkan yang terbaik untuk diri ini dan zuriat-zuriat yang bakal dilahirkan.

Dahulu, anakanda masih ingat tatkala Bonda bertegas supaya anakmu ini cemerlang dalam pelajaran, jadi yang terbaik, bersaing dengan yang lain untuk tempat yang lebih baik. Anakanda masih ingat nasihat-nasihat yang ditabur. Semua itu anakanda jadikan bekalan di sepanjang jalan yang anakanda pilih ini.

Anakanda masih ingat dan akan terus ingat. Hari ini, ingin anakanda persembahkan, sebentuk kejayaan yang didambakan itu. Hari ini, mimpi hari yang lampau telah pun menjadi reality. Ditangan kananku ini, sudah berjaya ku raih sekeping kertas mengesahkan bahawa anakanda telah berjaya menggondol segulung ijazah. Sudahpun anakanda capai cita-cita itu, tamat pengajian di menara gading.

Di tangan kiri diri ini, ingin anakanda buktikan jawatan yang anakanda sandar. Haibat. Anakanda memipin orang. Maju kehadapan. Kehidupan hari ini jauh terbeza. Saksikanlah bonda, janji itu anakanda tunaikan. Dibelakang sana, harta kekayaan anakanda kumpul siang dan malam. Kesenangan telah pun dicapai.

Namun bonda,
Di manakah ertinya harapan itu. Kau kini berada jauh dariku, terlalu jauh untuk ku capai dan hulurkan kesenangan ini kepadamu. Impian itu, langsung tidak bererti di sanubari anakanda. Anakanda merasa kekurangan. Mewah, pangkat, wang, semua itu sudah pun dalam genggaman. Tapi bukan itu yang anakanda kejarkan Bonda.

Bonda,keterikatan anakanda kepada tugas kerja, tuntutan dunia, tuntutan impian dan harapan membuatkan kita saban hari kian jauh. Menjengukmu sekali dua semakin sukar. Entah bagaimana lagi harus kusumbangkan buat kehidupan bonda. Entah.

Jika hari semalam kau sudah mengerti, tentu lain ceritanya. Jika…
Azam

---------------------------------------------


Adakah mereka menyangka bahawa apa yang Kami berikan kepada mereka dari harta benda dan anak-pinak itu.  (Bermakna bahawa dengan yang demikian) Kami menyegerakan untuk mereka pemberian kebaikan? (Tidak!) Bahkan mereka tidak menyedari (hakikatnya yang sebenar).
[Al-Mukminun, 23:55-56]

--------------------------------

BAHAGIAN A
Tulis sepucuk surat buat ibu anda yang kini berada jaun dari anda, terlalu jauh untuk anda capai.

Surat anda bagaimana?

4 comments:

Qalamqudus92 said...

Nun jauh di sana..
Speechless

feat3 said...

Ampun ibu...
love you so much :)))

Habiburrahim said...

eh..ape ni insp?? buat majlis air mata ni. waa..~

*insp, saya rasa, anda dah silap perkiraan la. anda dah ter-misunderstand saya sbg org lain laa...hehe. nmpknye, identiti saya belum terbongkar

Inspector Saahab said...

SEMUA :

time constraint
so sy reply mcm ni jela ? ok
ahha
jazakumullahukhairan katheera :)