Wednesday, October 31, 2012

RINTIH SI SIPUT


Jentayu

Patah sayap, bertongkat paruh,

Jentayu

Patah paruh, bertongkat siku,

Jentayu

Patah siku, bertongkat dagu,

Jentayu

Patah dagu, bertongkat kuku, 

Pinjamkanlah hatimu untuk semua


Ketekalan, keteguhan, keazaman yang tinggi,
Keyakinan yang tinggi padaMu Ya Allah,
Betapa kentalnya jiwa jentayu itu,
Tubuh jasad dinazar padamu, penat letih, tidak terduga

Jika hendak dibandingkan dengan hambaMu seekor siput ini,
Sekali dipijak, terus terkubur, hidup bagai tiada nilai
Sekali derap ini melangkah, mungkin hanya 0.0001mm ke hadapan,
Tapi pentingkah untuk meletakkan bucu penjuru soalan menghala kedangkalan diri?

Sedangkan seekor burung kecil pada zaman nabi Ibrahim tetap berusaha untuk mencabar kemarakan api yang besar,
Jentayukah burung ini?

Tidak?

Ya?
Pada jiwanya, 'mungkin'

Argh!!!!

Pedulikan itu semua.
Aku tetap seekor siput yang berumahkan gumpalan kepingan lembut ini,
Lembap. Terus mengesot tanpa hala tuju, terhenti asal ada halangan
Lemah. Disebalik cengkerang busuk, tampak keras tapi tiada daya
Aku tetap seekor siput mengharapkan belasMu memberku penghidupan

Atau aku sahaja yang menganggap aku ini hanya seekor siput?

Entah?

Ya Allah, 

Padamu aku berserah,
Padamu aku sandarkan segala keperitanku,
Padamu aku sandarkan segala kesedihanku,


Ya'qub menjawab: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya".
(12:86)


Walau betapa sukar untuk menginjak derap kecil ini,
Supaya terus istiqamah pada jalanmu
Terus tsabat sepanjang jalan kecil ini......

Bolehkah si siput ini menjadi Jentayu?

4 comments:

Isteri Khalifah Uthman said...

moga ada sinar yang baru buat siput.

Ramadhan Lotphi said...

wehhhh!!! dah puitis sekarang ye! XD

Ramadhan Lotphi said...

wehhhh!!! dah puitis sekarang ye! XD

Inspector Saahab said...

Isteri Khalifah :
saya suka kata2 anda, dan juga nama anda.

ahha

Inche Ramadhan : akhi syg, hew hew