Tuesday, October 23, 2012

YANG CURI TULANG

 
Tajuk Macam xde kaitan
-------------------------------

Kat belakang rumah aku, ada Pak Senin. Pendek. Middle age. Berisi. Ada misai, style. Oh dan rambut dia dah makin pupus kat tengah. Banyak masalah Pak Senin ni. Pemilik kedai runcit Sentosa.
Time kecik-kecik dahulu aku selalu ke kedai runcit tu. Curi guli. Dah beberapa kali kantoi, tapi nasib baik bukan dengan Pak Senin.

Leha. Tu la nama yang aku tidak akan pernah lupakan. Pekerja Pak Senin. Dia ni selalu cover line bila aku datang nak curi guli. Aku pun keliru. Apa motif dia. Tapi aku sumpah terhutang budi pada Leha. Anehnya konspirasi antara aku dan Leha gagal dihidu oleh Pak Senin walau dah berkali-kali kami menjalankan operasi menyeludup guli.

Benarlah kata orang, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Sungguh muafakat itu membawa berkat.

Orang yang kata. Aku tak kata.

Apa-apa pun Leha bukan la watak utama dalam cerita hari ni.

Hari-hari aku selalu intai Pak Senin dari lubang-lubang pada dinding belakang rumah. Pagi-pagi lagi dia meninggalkan terataknya, bergegas ke Kedai Runcit Sentosa. Aku pun tak faham, kenapa orang tua tu komited sangat.

Padahal Leha sendiri pun selalu ponteng.

Sebenarnya kisah Pak Senin ni tak de kaitan pun dengan aku. Tapi entah la, aku rasa macam nak menyibuk. Disebabkan aku ni prihatin jiddan, aku pada suatu hari pergi bersemuka dengan Pak Senin. Mana tahu bila dah mengaku salah kot-kot dia kasi aku guli lebih. Tu la harapan aku. Tapi hampeh je orang tua itu. Kedekut.

--------------------------------

“Pak Senin ter, kenapa hensem sangat hari ni?” Pandai tak aku main ayat.

“Hmmpp, kau nak apa ni Sein, kau tak gi kelas ke? Mak kau tak marah ke weh?”
Ala Pak Senin. Lek ah, minum teh dulu.

“Hari ni cuti la Pak Senin. Hari keputeraan Sultan Penang.”

Aku main bantai je ni. Astaghfirullah.
Sekali sekala menyesal jugak, tapi macam mana, dah cakap, tawakal jela
.

“Eh kau, aku baca paper kot”

Peh style, kantoi plak

“Hmmm Pak Senin, saya nak tanya la, kenapa Pak Senin ni rajin sangat jaga kedai ni? Macam tak cukup duit je. Saya tengok Leha tu pekerja Pak Senin, tapi dia asek ponteng je, menyeleweng lagi”

Hoho. Mantap je ayat aku time ni

“Dah ni kedai aku Sein weh, kalau aku tak jaga sapa lagi. Tak kan nak suruh kau plak. Eh kau ni main fitnah je, bukti bukti?” Gulp

“Eh tak pelah, saya balik dulu la”

-------------------------

Macam takde kaitan.

Kalau bukan orang Islam yang jaga dan pelihara Islam siapa lagi? Kalau bukan saya, mereka, dia, beliau anda dan kami, siapa lagi? Nak harapkan Pandela Ranong yang jaga Islam? Apekah. Kalau orang Islam tu pun enggan, segan dan tersipu-sipu untuk mengamalkan Islam, jangan impikan Islam akan naik ke hadapan kembali.

NAMUN BEGITU

Hari ni ramai je orang Islam yang pandang mudah, bak kata Anita Sarawak pandang sebelah mata dalam hal-hal berkaitan Islam dan berkaitan dengan orang Islam sendiri di peringkat global. Hari ni kita semua lepas tangan, sambil lewa dalam memartabatkan Islam, sama ada dalam diri sendiri, dalam rumah kita, di tempat kerja kita apatah lagi dalam masyarakat dan dalam Negara kita. Kita pandang mudah.

Syahadah dah, setel
Solat lima waktu, setel
Puasa sebulan di Ramdahn, setel
Haji dan Zakat, in sha Allah setel
Dah setel lima ni, kita pun goyang kaki, minum sirap bandung, dan berkata,
 
“Aku dah”
Dah ape?
Kenapa? Mengapa?

Fenomena ni berlaku bila mana umat Islam tidak lagi bekerja untuk Islam sebagai pemilik cara hidup ini, tapi bekerja sebagai pekerja, bekerja sekadar untuk dapat gaji. Inilah silapnya.

Hal in juga berlaku dalam dakwah Islamiyah, ramai para da’ie tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini kerana menganggap kalau kita tak kerja, pasti ada pekerja lain yang akan buat kerja tersebut. Apekah?

Da’ie sebegini, yang melepaskan batuk di tangga dalam melaksanakan tugas shahadtul haq sebenarnya melambatkan dakwah yang telah pun lambat. Mereka berasa mereka cukup bekerja, menyumbang besar kepada perkembangan dakwah tapi mereka syok sendiri. Mereka sudah mengimpikan ganjaran yang bakal diperoleh tapi itu semua angan-angan memetik bintang di langit.

Maka dengan itu, adalah sangat perlu bagi setiap dari kita ini bekerja untuk Islam sebagai pemilik kepada Islam itu. Kita hendaklah memupuk mentality bahawa sekiranya kita tidak menjalankan tugas dengan sebaik mngmin, maka kita akan rugi, business Islam kita akan bankrupt. Mentality sebegini yang kita perlukan.

Bekerja sebagai pemilik, bukan pekerja.

APA APA PUN
Islam tidak pernah memerlukan kita. Untuk bekerja atau tidak, pilihan di tangan kita. Nak bekerja atau tidak, cahaya Islam tidak akan terpadam, kerana Tuan sebenar kepada cara hidup ini sudah mengisytiharkan kuasaNya yang akan menjaga cahaya tersebut.

Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membencinya.
(As Saff : 8)

Maka bekerjalah untuk Islam supaya kita dapat menumpang cahaya rahmatNya, supaya kelak kita terus bercahaya, bukan cahaya api, tapi cahaya kasih dan dan cahaya kemenangan.

3 comments:

Muhammad Nur Fitri said...

Islam tak perlukan kita, tapi kita yang perlukan ISLAM :)))

Rashidah said...

Semoga anta terus menerus istiqamah menjaga Islam.. dan terus doakan yang lain juga.

Inspector Saahab said...

feat : yup :)

Rashidah : jzkk