Wednesday, November 28, 2012

CUKUP CUKUP LA SUDAH

Beberapa hari yang lalu saya dan beberapa orang ikhwah yang lain sempat keluar berfoya-foya, eh itu dulu. Silap perkataan. Saya dan mereka keluar menjalin ukhuwah dan menyemai kemesraan di bawah cahaya lampu kalimantang cewah bagi memenuhi aktiviti waktu cuti yang lapang dan mengerikan. Kami singgah ke sebuah mall di Bandar X. Harus dirahsiakan, nanti anda intip saya. Haha.

Sempat juga kami singgah membaling bola bulat yang agak berat itu untuk menjatuhkan pin pin tidak bersalah. Sejenis permainan yang saya kurang faham kenapa dikategorikan sebagai sukan, entah di mana hadaf dan sukannya. Apa-apa pun bukan pengalaman menjatuhkan kesemua pin mahupun peristiwa bola singgah ke longkang yang ingin saya gemburkan di sini.


 
Yang saya perasan, sesuatu yang agak menarik.

Sudah menjadi lumrah merokok adalah dilarang dengan keras dalam kawasan mall, bagi menghormati ketenteraman awam. Tapi agak menarik, boleh pula disediakan satu ruang khas untuk mat mat rokok tegar melampiaskan hawa nafsu rokok mereka di port sukan tadi. Lihatlah, betapa aktiviti jahiliyah mendapat pengiktirafan sedemikian rupa.

Sebenarnya benda ni, alah bisa tegal biasa.

Mungkin sebelum ini saya kurang peka. Masyarakat kita dah lama mendokong perbuatan jahiliyah. Aktiviti tidak bermoral sudah lama mendapat pengiktirafan di sekeliling kita. Kalau anda perasan, di setengah tempat, ada papan tanda, zon menutup aurat. Ironi. Seolah olah di zone itu sahaja aurat perlu ditutup. Seolah olah di luar zon berkenaan, dibolehkan membuka aurat. Seolah olah hukum hakam Allah, ada zon zon nya. Padahal seluruh bumi ini dan isinya adalah dibawah kekuasaanNya.

Lagi style kalau anda perasaan di alam maya ada certain paparan yang dilabel dengan nombor lapan belas (18). Entah. Apa motif. Bahan berunsur lucah, ganas terlampau dan ngeri terlalu, hanya untuk tontonan mereka yang sudah berumur lapan belas tahun dan ke atas. Aih. Seolah-olah bila dah capai lapan belas tahun, bolehlah senyum gembira kerana mendapat kelulusan menonton filem filem tidak bertamadun demikian.

Nampak tak permainan di situ.
Mulalah anak anak remaja kita yang tidak berdosa dan masih suci dicemari pemikiran mereka. Aku dah lapan belas tahun. Dah cukup haul. Aku boleh tengok hitu dan hini. Kau belum. Duduk senyap-senyap.

Ini yang berlaku sekarang. Kat Malaysia pula tu.

Malaysia ni saya kira macam ok. Medianya pun. Ada rangkaian televisyen menarik anak anak muda menjerit sana sini,bertom-tom bak la, berfantasial la, memanah bintang kecil la, dan sebagainya. Kalau nak listkan, gamaknya lepas kacau bubur as syura tiga belas kawah baru siap senarai. Ahha. Dan pada waktu yang sama, yang murninya kita ada program media seperti ustazah pilihan, imam muda, halaqah maya dan sebagainya. Harmoni gitu.



Tapi parahnya, reality semasa di Negara kita ini sangat bernanah.

Kalau sekarang ada bilik khas untuk perokok, saya tak hairan jika sepuluh atau dua puluh tahun lagi akan ada bilik bilik khas untuk mendadah atau berzina. Kalau sekarang ada zon zon menutup aurat, mungkin next time ada pula zon zon berpakaian. Maknanya di luar zon ni,anda paham paham la. Kalau sekarang ada label 18, boleh jadi angka itu akan menurun. Mungkin seawal usia 6 tahun dah diberi ‘pass’ untuk menonton paparan tidak bermoral di skrin skrin.

Tidak best dan tidak bagus. Best kot. Benda maksiat ni pada mata kasar nampak best. Tapi tak bagus.

Kalau kita semua tunggu dan lihat, baca dan komen, memang benda benda ini akan terus berlarutan dan kian parah. Macam orang sakit. Tak kisah la seramai mana doctor yang pergi melawat, kalau semua cakap je,tiada tindakan, kat situ jugaklah si sakit tu temui ajal.

Sudah masanya kita yang nampak ini bangkit dan jalankan tanggungjawab.

Cukup cukup sudah kita geleng kepala.

Cukup cukup sudah kita tuding jari

Cukup cukup sudah kita hentam orang tu orang ni

Cukup cukup sudah kita jaga tepi kain sendiri saje

Cukuplah

Boleh buat lagu ni.

Macam tu la. Merepek je kerja saya ni. Berharap. Kalau la orang kita boleh peruntukkan wang untuk bina bilik khas untuk menyedut asap rokok, sepatutnya lagilah boleh keluarkan wang bina tempat tempat khas untuk berusrah dan berbulatan gembira. Kalau akademi fantasia boleh mengambil tempat di tengah tengah mall, kita juga nak berdaurah di tengah tengah mall. Amazing bukan.

Angan-angan.

Akan sampai ke bulan.

In shaa Allah.

12 comments:

Anonymous said...

Idea berusrah tgh org ramai mmg best dan pernah dibuat,tapi ada pihak beri arahan untuk hentikan prog usrah atau underground group yg dilabel USA.Samada masih berkuatkuasa atau tidak,wallahualam.

Sedih,mereka nak rosakkan fikiran anak muda.Haih.T.T

-biskut hup seng-

Inspector Saahab said...

USA tu hape?

jzkk. memeriahkan ruang komentar :)

Anonymous said...

United State of Amerika bang.Ada ke patut.Haih.Dapat mesej dari murabbi sendiri.

-biskut hup seng-

Inspector Saahab said...

oh. ingtkan udang sotong ayam. aih

nurul safiya said...

encik ni ada cita2 nk jd author ke?
publishkan lah buku2 ilmiah dgn gaya pnulisan santai mcm ni.

.may.your.steps.be.forever.blessed.
in shaa Allah

Inspector Saahab said...

kalau sy publish anda nak beli kah ? haha

in sha Allah. amiin

Ana Pengembara said...

saya pun masih kurang jelas dengan hadaf bermain dan melempar bola yang berat itu .

patutla kat fb tulis tom tom bak

Muhammad PeacemakerIslam said...

Dinding tinggi membuat kita merasakan senang dengan apa yang kita ada pada hari ini.

Agak 'comfort zone' disitu.

Tanpa menyedari,sedikit demi sedikit kegelapan menelan kita.

Perkongsian yang menarik akhee..>.<y

Anonymous said...

Kalau ada buku akhi,confirm ana beli ^^
Kekeke

-nawal

Inspector Saahab said...

in sha Allah.

antum semua style

Anonymous said...

mulakan berusrah di ALM square...
mulakan berdaurah di dewan 3S...
mulakan berdakwah di sesi Speaker's corner...

mulakan dengan ahli keluarga...
kemudian dengan ahli bilik pula...
jgn dilupa ahli kelas yg sama...
ajklah seluruh ALM semua...
biar seruan ini gegak gempita...
bukan hanya omongan semata-mata...
semakin ramai semakin berbisa...
menjadi dinding yang kukuh lagi mulia...

Inspector Saahab said...

amboi encik anonimos :

in sha Allah