Tuesday, November 27, 2012

OF SEJADAH DAN MEE GORENG




Beg galas diletakkan. Butang baju dibuka. Selesai. Baju yang seharian dipakai dihidu. Masih wangi. Baju disangkut di tingkap. Suis kipas dibuka. Kelajuan maksima.

Leman merebahkan tubuh ke katil. Puas. Tenang. Bayu petang sedikit demi sedikit mengeringkan peluh di badannya. Tilamnya dibaluti cadar warna birul lembut. Ala-ala warna air laut. Di penghujung bawah, ada logo sekolah.

Azam baru sampai. Belum sempat buat apa-apa, dia terus meluru ke katil. Penat. Bersebelahan katil Leman. Jarak antara kedua katil cukup-cukup hamparan dua sejadah.

Bisu.
Sunyi sepi sejenak.
Keduanya hanyut dalam arus masing-masing.


“Zam..”

“Hmmp ”

“Dah lama kan...”

“Lama apa?”

“Kita tak puasa sunat..”

“Puasa sunat je pun..”

“Esok puasa Jom ..”


Leman memandang tepat kepada Azam.
Matanya bersinar-sinar. Penuh harapan.

Sekali dua Azam mengubah posisi. Ke kanan dan ke kiri. Akhirnya dia kaku. Lena. Lena bersama kepenatan petang hari.

Tiada response untuk ajakan Leman. Tidak mengapalah. Leman kekal tenang. Barangkali teman sebiliknya itu benar-benar kepenatan. Kalau tak esok, mungkin minggu hadapan. Masih menaruh harapan. Mungkin.


------------------


Setelah selesai solat Isha’ berjemaah di surau kampus, Leman pulang ke bilik.
Buku teks Biology dikeluarkan. Dibeleknya beberapa ketika. Tidak tenang. Baca hilang baca hilang. Satu pun tak melekat.

Laptop hitam Acer dihidupkan. Leman move cursor, mencari sesuatu. Document, click. Folder, al Quran. Alunan ayat-ayat suci diperdengar melalui media player.

Surah surah lazim.
Volume sederhana.
Layan.

Azam di meja sebelah sekali sekala memandang ke arah temannya.
Neutral. Tiada response.

Azam kemas buku-bukunya.
Dia ke bilik dan bersiap.

“Kau nak ke mana Zam..”

“Keluar jap.” Ringkas saje

“Kau balik lambat ?”

“Mungkin”

“Oh. Nak aku kunci pintu?”

“Pape je. Aku pergi dulu”

Azam lesap. Leman kurang senang.

Entah-entah dia menganggu Azam. Belakangan ni Azam dah lain sikit. Makin lama makin lari. Dah tak layan sangat alunan alunan  zikir. Kalau dulu dia yang cepat je. Baca Quran, ajak puasa sunat, kini tak. Leman hairan.

Bingung.


----------------------------


“Man..Man..bangun Man”

“Ish ada apa ni Zam. Kau baru balik?”

“Jom..”

“Awal kot. Jom, nak ke mana?”

“Kita qiyam sama-sama..”

Kelu seketika Leman.
Dia perlahan-lahan bangun. Mamai. Dia terhuyung hayang. Azam sudah bersedia. Berkopiah putih. Dihamparnya sejadah antara katil mereka.

Leman masih pening-pening. Menuju ke bilik air. Leman nampak ada dua bungkusan atas mejanya. Mee goring. Wangi pula.

“Ni untuk sape ni Zam?”

“Kau..aku.” Dari dalam bilik Azam menjawab.

“Kau nak buat apa makan pagi-pagi ni?”

“Sahur. Esok kita puasa Man ”


Ah. Leman baru dapat. Senyum.
Kali ini derapnya ke bilik air lebih cergas.
Suis lampu dibuka.

Pili air ditolaknya ke kanan. Tangan ditadah. Seraya berdoa, Leman menyapu air ke muka. Basah. Sejuk dan tenang. Dari matanya gugur butir-butir jernih, mengalir bersama air wudhuk. Tidak lekang senyuman dari bibir leman. Tidak lekang juga tahmid.

Alhamdulillah.


Teman karib, pada hari tersebut (Hari Kiamat),
sebahagiannya menjadi musuh
kepada sebahagiannya yang lain,
melainkan mereka yang bertakwa.”
(Surah az-Zukhruf, ayat 67)

7 comments:

aku bukan kerani said...

waahhh T.T

* mpc decide utk play lagu A Friend by keno bila bace citer ni.

Inche gabbana said...

aaarrrgghhhhh tensen! Knapa anda sgt rajin menghapdet....!!!

Saya di sini dilanda pitnah peaahhh! Eh. Pitnaaahh keje...! T___T

Oh. nice one. ;)

Inspector Saahab said...

aku bukan kerani :
saya tak tahu apa tu ? o.O


IG :

tak pernah berpengalaman cuti sbg sorng pelajar ? terlalu terluang luang masanye t_t

nk keluar merempit hujan t_t

nurul safiya said...

:')
nice story

#rjin update, bgus2

Inspector Saahab said...

rasa bersalah pula sbb slalu update t.T

Aunafora Si Pendosa said...

Memang betul la nasi lemak.Berlemak-lemak bila dibaca.Ewahhh!
*sambal bagi pedas sikit bang.

Inspector Saahab said...

Aunafora :

o.o

ganas komen anda