Monday, January 21, 2013

TRY AND ERROR


Teringat masa menjawab soalan Matematik kertas satu PMR dahulu. Ada soalan yang pattern try and error. Dalam soalan diberi satu angka. Kemudian kita disuruh untuk menyelesaikan persamaan-persamaan dalam pilihan jawapan, sama ada A,B,C atau D. Mana-mana hasil persamaan sama dengan angka yang diberi dalam soalan, maka itulah jawapan yang dicari.
Kita cuba, salah cuba lagi. 

Try and error.

Ada orang cuba mulai dengan A kemudian takdir jawapan ada pada A maka untunglah, jimat masa. Boleh proceed ke soalan yang seterusnya. Ada orang mulai A, kemudan B dan C tak dapat-dapat juga. Secara automatic jawapan ada pada D.

Ada juga orang, dah kira ketiga-tiga pilihan yang pertama, masih tak dapat. Sepatutnya dia yakin jawapan ada pada persamaan ke empat. Namun ragu-ragu, so dikira juga persamaan ke empat. Rupa-rupanya persamaan ke empat bukan jawapan. Macam mana tu? Dalam hal ini sama ada soalan salah atau kita silap kira. Kebiasaanya kita silap kira, careless mistake.

Kadang-kadang makan masa.

Buat dakwah pun macam tu. Cuba dan cuba. Dakwah tak menjadi, kita cuba lagi. Bila mana kita ingin mula mentarbiyah mad’u kita, ibaratnya kita ingin bagi hadiah pada mereka. Sebelum itu, kita mesti kenal mereka, hati budi, suka makan apa, hobi apa dan minat apa. Semua ini berlaku dalam proses mu’ayasyah. Proses ini boleh makan masa sekejap, boleh makan masa yang lama. 

 
Kemudian kita fikir, bagaimana nak bagi hadiah yang sesuai. Kadang-kadang hadiah yang kita bagi tu tak sesuai walaupun kita cuba sehabis baik. Maka mulalah dakwah ditolak. Hal ini banyak berlaku. Bila dakwah ditolak, kita pula merajuk dan mengeluh. Kenapa? Kerana kita beriman bahawa kejayaan satu usaha dakwah itu terletak pada hasilnya.

Da’ie sekarang ada mentality macam ni. Nak cepat dapat hasil. Menilai pada hasil. Kita nak tanam padi pagi ini dan menuai pada malamnya. Mana mungkin. Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada hasil dakwah, tapi melihat kepada usaha yang kita lakukan. Itu yang lebih penting.

Namun tidak dinafikan, perasaan yang paling seronok apabila mad’u menyahut seruan dakwah kita. Itulah hadiah yang menghiburkan hati. Tapi yakinlah keberhasilan itu adalah bonus daripada Allah S.W.T kepada kita, sebagai penyejuk badan setelah kita puas berikhtiar. Apa yang penting, usaha yang kita jalankan.

Ada juga ketika di mana kita puas try. Kita try dan try tapi asyik error. Sampai satu tahap, kita merasakan kita bukan ornag yang sepatutnya berada di jalan ini. Kita merasakan kita tidak layak dan tidak mampu menggalas tanggungjawab ini. Bila berhadapan dengan kepelbagaian kerenah mad’u, kita rasa muram dan semangat mula merudum.

Dalam kes ni para du’at perlu melihat ke hadapan dan memandang ujian ini dari sudut positif. Mungkin kita bila berhadapan dengan mad’u yang serius kita mampu tawan mereka. Kita mungkin mampu tawan mad’u yang aktif bersukan, mad’u yang suka belajar mungkin. Ini kerana banyak persamaan yang kita kongsi dengan mereka. Tapi bila dihadirkan oleh Allah dengan mad’u yang panas baran kita mula goyah melakukan kerja dakwah. Yakinlah sebenarnya Allah sedang mendidik kita berhadapan dengan mereka ini. Allah sedang memenuhi lompang lompang kosong dalam kemahiran kita berhadapan dengan kepelbagaian kerenah para mad’u.

Usaha dakwah itu penuh dengan percubaan. Lama-kelamaan kita akan masak dengan selok beloknya. Waktu itu, error kita mangkin berkurang. Sesungguhnya pengalaman mengajar kita banyak perkara. Dalam dakwah kita bakal berguru dengan pengalaman. Sama ada pengalaman sendiri atau pengalaman orang yang lebih dahulu atas jalan ini. Tapi hakikatnya pengalaman sendiri lebih berbisa dan berharga.

Pengalaman ini hanya boleh didapati melalui percubaan demi percubaan.

Maka teruskan mencuba. Try, again and again.

Lupakan error itu.

Bukankah dakwah ini satu perjuangan? Apabila kita sebut perjuangan, maka selagi mana perjuangan belum tamat, selagi itu kita tidak boleh melihat atau membuat kesimpulan sama ada ia berjaya atau gagal. Kita akan terus berjuang sehingga wisel penamat. Dan yakinlah, perjuangan atas jalan ini sebenarnya perjuangan yang menjanjikan kemenangan.


Ayuh!

3 comments:

Izz Athirah said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

bukan try an error ke?

Inspector Saahab said...

yeke ? pape jela -,-