Tuesday, February 12, 2013

OF IKHWAH AND MAMAK


Ikhwah dan kedai Mamak tak dapat dipisahkan lagi. Bagi aur dengan tebing. Bagai cincin dengan permata. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Dan sebagainya. Begitulah. Begitulah. Akan tetapi..



------

 
Kucing-kucing jalanan bersiar-siar di kota raya. Pasaraya masih lagi belum beroperasi. Hatta kabus yang melitupi gunung ganang nun di ufuk sana masih belum surut warnanya. Atsmosfera kelihatan pudar.

Sepoi-sepoi angin bandar bertiup.
Ke hulu dan ke hilir.

“Sorry Wan, aku tak dapat gi majlis kat rumah kau hari tu”

Ig mula bicara. Teh O panas masih lagi berasap.
Ig hirup sikit-sikit. Nikmat.

“Ala aku tak kisah pun..”

“Betol?”

“Asalkan kau doakan yang terbaik untuk aku, tu dah ok dah”

Roti nan garlic sampai. Macam biasa. Untuk Wan.
Ig pula, tak habes-habes dengan Nasi Lemak.

“Wan kau kena makan roti nan tu puas-puas.. Haa, kat sana tak dapat dah kau nak rasa semua ni..” Ig berseloroh.

“Ah setakat roti nan, aku boleh buat sendiri lah..”

Tertawa.
Tenggelam timbul

“Kau dah start packing?”

.”Belum la Ig, aku…entah la”

Wan cubit roti nan tadi, perlahan-lahan. Dicicahnya leraian tadi dengan kuah dal Mamak. Lalu masuk ke mulut. Dunia!.

Selepas dua tiga suap, Wan meneguk teh tarik yang sudah suam.
Sekali dua. Dunia!

Ig masih bersemangat. Sesuap demi sesuap nasi lemak ditelannya.
Nikmat.

“Kau risau eh?”

Ig bersuara. Dapat ilham setelah bertalu-talu nasi lemak  disuap ke mulutnya. Sekadar itu, tisu putih di penjuru meja ditarik sehelai. Ig lap mulutnya. Saki baki tumis disapu. Hmm.

“Tu la. Kat sana tak ramai orang la Ig. Aku tak yakin la..”

“Habis yang ramai-ramai belajar kat sana tu bukan orang?”

“Maksud aku ikhwah. Tak ramai. Tak macam kat sini”

Luahan hati Wan. Ig sambung makan. Sekali sekala dikacaunya Teh O tadi. Dah makin berkurang asapnya. Makin suam. Kabus pagi pun mulai menghilang. Kereta lalu lalang makin banyak. Mentari pula makin tampil. Setapak demi setapak.

“Mamak, sirap satu!” Teriak Ig.
 
Tambah order. Tak puas barangkali sekadar teh O yang sudah makin suam.

“Laa, tak cukup lagi Teh O kau tu?”

Ig sekadar senyum. Sedar tak sedar roti nan Wan dah hampir satu perlima yang tinggal. Dalam resah, dalam resah, lalu juga menjamahnya. Roti Nan garlic Mamak tidak pernah mengecewakan. Nasi Lemak pun.

“Sirap, siap!”

Kurang dua minit. Cekap.
Mamak tak pernah mengecewakan.

“Ada lagi?”

“Dah. Terbaek la mamak” sapa Ig.

Wan lihat sahaja. Seronok.
Dia bakal rindui babak-babak di situ.

Ig minum sirap tadi, serta merta. Sampai separuh tinggal. Kemudian dia sambung menyantap Nasi Lemak tadi. Nikmat. Wan turut serta. Habiskan saki baki nan garlic. Dua-dua berselera. Orang muda.

“Wan, kau nampak air sirap ni?”

Tiba-tiba Ig bertanya. Pelik.

Eh.

“Tak. Apalah kau ni, mestilah aku nampak”

“Hmm, sirap ni, kalau dituang dalam gelas oren ke, gelas hitam ke, kelabu ke, metallic ke, turquoise, gelas kaca, emas perak atau platinum sekalipun, dia tetap merah”

Terdiam Wan.
Berfikir.

“Tak sama Ig”

“Sapa cakap? Kau boleh. Aku yakin”


Bunyi kereta lalu lalang makin kuat. Perbualan tadi tenggelam. Makanan pun sudah habis. Licin. Menjilat jari. Keduanya.

Wan segera bangun, gegas ke sinki untuk basuh tangan.
Ig pula ke kaunter.. Usai basuh tangan, Wan ke kaunter. Takut-takut Ig bayarkan untuknya.dia tak sedap. Tak sedap hati.

“Aku dah bayarkan, bila lagi kan” Ujar Ig.

“Eh kau ni..”

“Takpe.”

“Ig.hmmm terima kasih tau”

“Asal lak? Kau emosi ke? Hehe”

“Tu..” Wan memuncungkan mulutnya. Rujuk sirap yang masih berbaki separuh atas meja. Pengajaran. Mungkin.

“Taukey, sirap tu, bungkus boleh?”



--------
Dedikasi buat ikhwah, dan rakan-rakan yang akan berangkat menyebarkan sayap dakwah ke bumi Kangaroo dan bumi Koala. Eh betul ke?
Juga buat dua “Wan” yang aku cintai kerana Allah.

12 comments:

Anonymous said...

maaf.tak faham.


“Hmm, sirap ni, kalau dituang dalam gelas oren ke, gelas hitam ke, kelabu ke, metallic ke, turquoise, gelas kaca, emas perak atau platinum sekalipun, dia tetap merah”

Inspector Saahab said...

:)

jadilah seperti sirap. kat mana2 pun ia tetap sirap yg merah.

mcm ikan. walaupun laut itu masin,ikan tetap rasanya tawar :)

nur said...

@inspector saahab, terima kasih :)

Iera Hanna said...

mendalam pengajarannya, boleh bagi dorongan kat sahabat lain macam ni jugak :)
jazakAllah khairan khatira.

anamuzakkar =.= said...

sweetnye inspector
haha

xprnh pun sweet2 cmni dgn ana

=.=

ok abaikan

Pengembara Jalanan said...

wan _______ dan ____wan. hehe

Habiburrahim said...

bumi kangaroo dan bumi koala. ok, bumi yang sama. bumi saya takde :'(

Inspector Saahab said...

Habiburahim : la, mana tahu.

bumi kangaroo dan koala tu sama ke?

habis tu bumi Newzie panggil apa ? bumi panda ?

ah pape jela.

yg pasti untuk enta juga :)

Anonymous said...

nz = bumi burung kiwi, atau bebiri

Pemimpi Tegar said...

Kesat air mata. RIndu Maulana. T.T

amer akat said...

aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
http://slapmestore.blogspot.com/

ex-kiwi said...

slamat memeriahkan bumi kiwi dan kangaroo! mereka sgt mmerlukan tenaga anda2.. bsangka baik dgn Allah dik sbb Dia akn letak kita pd tempat yg terbaek utk kita.. insyaallah.. SELAMAT BERJUANG!!

i miss bumi kiwi, bumi tpt kelahiran diri ini yang sbenar..

Allahu musta'an :)