Saturday, February 23, 2013

ONE DAY


Boleh bayangkan waktu kita sedang beratur untuk membuat tempahan di franchise makanan segera, semua orang yang sedang beratur sibuk dengan gadget electronic masing-masing. Buat apa? Sibuk mentaddabur ayat Quran.

Mustahil? 
one day.

Boleh bayangkan, bila kita pulang dari rumah, soalan pertama yang Mak kita tanya adalah, “Macam mana mutaba’ah amal minggu ni?” instead of soalan cliché seperti assignment berapa banyak dan bila kita masuk dapur bibik pula tanya, “Ayat hafazan dah hafal belum?” instead of tanya nak makan apa.

Mustahil?
one day

Boleh bayangkan kita pergi tengok perlawanan bola sepak antara kelab dunia di stadium. Yang bermain semua pakai seluar panjang, menutup aurat. Seats lelaki perempuan asing-asing. Bila waktu azan, pengadil tiup wisel berehat. Solat berjemaah di tengah padang. Peh.

Mustahil?
One day.

Boleh bayangkan di meja makan rumah kita, ayah kita bagi taujih yang membakar semangat. Kakak kita cerita perkembangan mad’unya. Adik kita kongsi seerah para anbiya. Kemudian dua tiga minit ada tetamu datang, join makan sekaki. Boleh pula mereka tanya kita, hadis 40 dah hafal ke belum?

Mustahil?
One day

Boleh bayangkan kita sedang menunggu bersama ramai lagi pengguna lain di Bank Tabung Haji ataupun mana-mana bank di sekitar Negara, semua duduk di bangku yang disediakan sambil mulut terkumat kamit, tangan pegang senaskah buku kecil, semua sedang baca al Mathurat. Siap doa diaminkan ramai-ramai, dikepalai ketua pengawal yang bertugas.

Mustahil?
One day

Boleh bayangkan di shoping complex, ada ruang solat yang besar, tempat wudhu di setiap level, dan apabila azan berkumandang semua kedai pause kejap. Yang bermain video game pun pause. Yang di food court pun pause. Semua berpusu-pusu dan berduyun-duyun menunaikan solat berjemaah. Tak boleh bayangkan.

Mustahil?
One day

Boleh bayangkan?

Ok kalau dah penat bayangkan,
Cuba try imagine

Boleh imagine kita jumpa semua orang kat mana-mana bagi salam, berjabat tangan, peluk-peluk, cium pipi kiri dan kanan, ok ni yang bukan mahram la, cakap ana-enti, ana-enta, dengan pakcik bawa taxi pun kita panggil ustaz, dengan drebar bus skolah pun kita panggil sheikh, semua orang nak guna bahasa arab walaupun terabur. Terbaek.

Mustahil?
One day


One day tak one day.
Perkara kat atas tu ...
Memang mustahil kalau kita tak buat ‘kerja’

8 comments:

docHana said...

everything is possible.. biidznillah =)

perindu_خلافة said...

^_^

hurairah pereira said...

insyallah one day :)

Anis Farhana said...

Tears drop.

AqilahDrzaki said...

one day.

Inspector Saahab said...

in sha Allah, one day :)

mari bekerja

tanam azam
baja azam tersebut

Ya, aku sudah berpunya! Aku kepunyaan Allah-Daripada Dia, aku datang..pada Dia, aku kembali- said...

InsyaAllah, one fine day. Kalau bukan utk org lain pun.mgkin utk akak..mathurat telah, yg lain sedang..amin :)

anas FADHIL said...

insyaALlah, teruskan berdakwah!