Sunday, February 3, 2013

ORKID DAN EPAL [3]


Empat lima tahun yang lalu.

Hampir.
Satu petang, Jebat duduk-duduk di kaki lima rumah. Bertemankan angin petang, bersahabatkan kucing liar. Jebat panggil kucing tu Lekiu. Entah. Teringat kisah pahlawan Melayu purba.

 Mungkin.
Jebat dan Lekiu.
Lagenda.

Kat kawasan kampung tu banyak kucing liar. Banyaknya yang lari bila tengok Jebat. Sedikitnya datang dekat-dekat. Tinggal Lekiu seekor, yang sebati. Jebat pun tak ada kawan sangat. Tersisih. Mujur ada Lekiu. Peneman sepetang.



Jebat ambil sisa tulang ikan kat dapur. Main acah-acah dengan Lekiu. Terlompat-lompat Lekiu, menagihkan tulang ikan yang dah tinggal sisa semata.

Belum sempat tulang dijamah, tiba-tiba sebuah motorsikal merah meluncur laju menghampiri mereka berdua. Terlompat lintang pukang Lekiu meninggalkan Jebat sendirian. Kaget barangkali.

“Ayah kamu ada kat rumah?”

“Tak de. Kat kebun kot” Jebat layan tak layan.

Encik Posmen buka getah yang mengikat timbunan surat. Dihulurnya satu sampul putih kepada Jebat. Surat rasmi. Dari luar.

“Ni ha, surat. Jebat bin Selamat.” Jebat baca nama yang tertera. “Selamat ni nama ayah kamu kan?” tambah Encik Posmen.

Jebat bin Selamat. Tu nama dia.
Jebat diam sejenak.

“Betul la tu Pak Cik. Jebat tu sayalah”

“Baguslah kalau macam tu. Pak Cik pergi dulu. Nanti kirim salam kat ayah kamu ye”

Jebat masih tatap surat putih tadi. Sekilas memandang Encik Posmen. “Sama-sama”. Jebat bagi jawaban, dalam diam.

Motosikal merah berlalu.
Lekiu entah menghilang ke mana.

Jebat buang tulang ikan tadi ke dalam tong sampah. Pasir-pasir yang bertaburan kat ruang garaj depan rumah disapu. Matahari pun dah nak terbenam. Yang tinggal cahaya kemerah-merahan. Lekiu, ah biarkan jela.

Pak cik Selamat belum pulang. Sambil-sambil tunggu ayahnya pulang, Jebat duduk atas tangga depan rumah. Sampul surat tadi, dia buka. Jebat baca isi tersurat. Macam tak percaya.

Dah agak.
habislah.
Jebat mula terbayang masa depannya
makin gelap

“Surat apa tu?”

Mak Teh datang dari belakang. Jebat cepat-cepat sorok surat tadi. Takut kalau-kalau Mak Ayahnya tahu. Matilah dia.

“Mana ada pape. Mak masa apa malam ni?”

“Kau tak payah nak sembunyi-sembunyi dengan Mak la Jebat. Bak sini surat tu?”

Pinta Mak Teh. Jebat mati akal.
Nak tak nak, dia kena terima hakikat.

“Surat tawaran masuk MRSM Mak. Jebat tak nak”

Jebat berterus terang. Kalau bagi Mak Teh surat tu pun Jebat tahu Mak dia kurang mahir baca. Huruf jawi boleh la.

 Tersungkur jatuh Mak Teh kegembiraan.
Dah lama dia tunggu. Cepat-cepat Mak Teh peluk Jebat. Dikucupnya Jebat.
Lemas Jebat..

“Murah rezeki Jebat” bisik Mak Teh ke telinga anak lelakinya.

Jebat dilemma. Dia keliru, nak gembnira ke tak.
yang pasti dia tahu, dia tak boleh lari dari reality lagi. Habislah.


-----------


“Eh Mak nak gi mana pulak ni?”

“Pergi kebun. Cari ayah kau, dia mesti tahu cepat-cepat. Kalau ada rezeki lebih kita boleh buat doa selamat Jebat.”

“Alaa tak payah la Mak, dah nak Maghrib ni. Nanti Ayah balik Mak bagi tahu la dia” Jebat cuba tenangkan ibunya. Hasilnya gagal.

Semangat Mak Teh seakan tiada apa lagi mampu menghalangnya. Ibu mana tak gembira bila dapat tahu anaknya dapat. masuk MRSM. Waktu tu, bukan calang-calang pelajar terpilih. Kalau tak kerana kabel, mesti yang terpilih tu yang terbaik dari sekolah masing-masing.

Rezeki Jebat.

Mak Teh bergegas ke kebun nenas milik dia dan Pak Selamat. Tak sabar-sabar dia nak bagi tahu suaminya berita gembira tadi.

Pak Selamat pasti-pasti jadi orang paling gembira. Cita-cita dia nak tengok anak lelakinya suatu hari nanti jadi seorang doctor makin dekat. Semakin menjadi kenyataan.

Jebat?

Masih keliru.
Tapi kegembiraan tadi, tak tahan lama
sekejap sahaja.

Sekejap.


---------

Tersenyum Jebat.
Kenangan.

 Azan Asar berkumandang.
Dia tinggalkan kenangan tadi di tangga rumah.


Demi waktu duha dan demi malam apabila telah sunyi, Tuhanmu tidak meninggalkan engkau dan tidak pula membebanimu. Dan sungguh yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan.

(Ad-Duha:1-4)



--------


Saya tak pasti sama ada saya akan teruskan cerita ini atau tidak. Kerana saya khuatir yang  bakal datang dari cerita ini adalah kelalaian, bukan kebaikan. Namun saya berdoa moga ada kebaikan, mengalir dari tiap celah huruf, sekelumit cuma pun memadai.

8 comments:

Pengembara Jalanan said...

in sha Allah muga yang mengalir itu kebaikan.

tapi, kenapa mesti MRSM, bukan SBP?

Inspector Saahab said...

hehehe

sbp is too mainstream

hawariyyun said...

mengekalkan niat memang tidak mudah..

sebab tu ada tajdid niat..

tak pandai menulis sgt tapi cubalah setiap kali sebelum menulis, cari satu sifat atau muwasafat tarbiyah yang nak disampaikan dalam cerita ni.. pokoknya jangan tergantung..

err Allahu a'lam

Fatin Aliyya said...

teruskan mengarang sbb saya follow cerita ni dari mula.

so, haruslah saya tahu cerita ni dari mula sampai habis.x lengkap kalau tahu sekerat2.

keep up good work!

hawthoscarne said...

wajib sambung! hehehe insyaAllah adalah ibrah cerita ni :-)

Anonymous said...

Pkcik saahab . Tolong sambung .

Anonymous said...

sila sambung -.-.jika tidak saya lapurkan kepada inspektor ranjit.

nurain rosham said...

pak cik sahab sambunglah cerita ni~