Sunday, February 10, 2013

SYUKUR VS KUFUR


Setakat hari ini, setakat saat ini, belum ada lagi walau seorang manusia yang berjaya berhadapan dengan kematian dengan bergaya, selamat dikebumikan, menetap dalam kubur dua tiga bulan, kemudian check out dan kembali ke dunia, datang kepada kita dan ceritakan apa yang sebenarnya-benarnya berlaku kat sana.

Belum ada.

Setakat saya hidup, dah berpuluh tahun ni, belum pernah jumpa manusia ni. Kot kot ada anda dengar kes ni berlaku kat kawasan perumahan masing-masing, bolehlah segera bagitahu saya, teringin jugak nak berkenalan dengan mereka-mereka yang terpilih ni. Tapi sebelum berkenalan dan minum teh serta bersembang kencang dengan mereka ni, kena check dulu akidah salim ke tak, kerna hakikatnya perkara itu msutahil.

Kita tak tahu apa yang benar-benar berlaku kat alam sana.
Sebab tu hari ini orang ramai hidup kat dunia dah tak ingat nak mati. Bina kehidupan di dunia seolah-olah nak tinggal di sini selama-lamanya. Seolah-olah tiada lagi kehidupan setelah mati. Time tengah musim perayaan ini banyak ibrah boleh ambik, orang makan, minum, bergelak tawa, bergembira, lompat kijang sana sini, berbelanja dan segala bagainya bagai nak rak. Rak pun tak macam tu.

Peringatan-peringatan tentang hari kematian sudah semakin jauh.

Dan manusia itu hakikatnya memang pelupa.

Tapi sebenarnya, peringatan telah pun sampai bahkan telah lama sampai, dekat dengan kita. Kita yang menjauh.

Dalam al Quran diceritakan kepada kita;


Sesungguhnya, Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya dan orang yang kafir akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah ."
An Naba' :40

Kata-kata ini dilontarkan oleh orang yang kafir di sana nanti.
Orang kafir ni macam mana?

Bila sebut ornag kafir, kita buat tak peduli, tak ambil port sangat kerana kita yakin yang kafir tu bukan kita. Kita ni Islam. Tapi mari kita tengok apa lagi yang dimaksudkan dengan kafir melalui al Quran.

Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu kufur
(Al Baqarah:152)

Kufur. Kafir. Tak bersykur. Saya bukan nak mengkafirkan siapa-siapa. Saya Cuma nak mengajak kita semua berhati hati dan berfikir. Bila kita tak bersyukur, maknanya kita sedang kufur. Bila kita tak bersyukur dengan ni’mat yang Allah bagi tu, dalam senyap kita sedang menempah azab di sana.

Yang paling tragis,

Bila seseorang tu tidak bersyukur, di dunia ni Allah mungkin tidak akan berhenti menghujani mereka dengan ni’mat. Ada orang yang tidak bersyukur tapi terus dihujani ni’mat. Mereka kemudian beranggapan Allah sayang mereka, pilih mereka lalu Allah bagi ni’mat, melimpah ruah. Padahal dalam Quran disebut


Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya akan Aku tambah ni’mat kepadamu, tetapi jika kamu kufur, maka pasti azabKu sangat berat”
(Ibrahim:7)

Dalam ayat di atas Allah tak cakap, jika kamu kufur, Aku akan kurangi ni’mat mu. Tidak. Tapi Allah postpone azab. Dan ramai la dalam kalangan kita tertipu dengan ni’mat ni’mat ni.

Maka, mari kita refleks diri masing. Sudah cukupkah syukur kita kepada Allah?

Persoalannya, bagaimana cara nak bersyukur?

Selain daripada meningkatkan ibadah seharian, jaga hubungan dengan Allah, puasa, solat sunat dan segala bagai tu, selalunya cara bersyukur yang kita kita sering terlepas pandang adalah dengan berkongsi ni’mat tadi.

Ni lah sebenarnya antara cara untuk memanifestasikan rasa syukur, yakni dengan berkongsi ni’mat ni’mat tadi.

Orang yang rezekinya banyak bersyukur dengan memberi sedekah, membayar zakat dan seumpamanya. Orang yang dikurnai kepandaian bersyukur dengan berkongsi ilmu. Orang yang dipilih untuk bernaung di bawah ni’mat tarbiyah wajib bersyukur dengan kongsi ni’mat ini dengan cara tidak lain tidak bukan dengan mentarbiyah orang lain.

Pendek kata buat dakwah.

Rata-rata dalam kalangan kita, saya optimis ramai yang sudah disentuh. Sudah di sapa dengan hidayah. Sudah bertemu taufik. Tapi sejauh mana kita kongsi kesemua ni’mat ni dengan orang di sekeliling kita? Sejauh mana iman yang kita tanam itu, mampu berkembang biak menjulang ke langit, memetik kasih dan sayang dari atas lalu menghasilkan buah yang ranum dan dapat dikongsi kepada orang lain?

Ok panjang la pula. Sebenarnya saya nak cakap, tazkirah yang paling baik itu kematian. Yang lain pandai-pandai la anda semua kaitkan.

Peace.


Tergantung gantung,
Tak bertali pula tu

2 comments:

aku-bukan-robot said...

syukur atau kufur ?
)'=

tahu mati tu pasti....
tapi...
masih memilih untuk leka.alpa. fuhh.

Sxin said...

pembukaannya sangat menarik , cayalah insepektor .. :)