Sunday, March 3, 2013

CINTA ENTA ENTI

“Akh X, ana dah berubah untuk enta ni, enta tak suka ke?”

“Ukht Y, ana dah ikut nasihat enti solat jemaah dekat masjid ni, kenapa enti tak layan ana pun?”

“Akh X, ana dah bakar semua tudung-tudung sengkat ana, beli tudung akel pakai labuh-labuh, enta tak nak terima ana lagi ke?”

“Ukht Y, ana ajak enti pergi McDonald bukan nak buat apa pun, jum la kita pergi taddabur Quran sama-sama”

“Akh X, ana ajak enta pergi riadah sama-sama, jadi Individu Muslim yang sihat tubuh badan, tuntutan tarbiyah tu, kenapa enta enggan je?”

Akhhhhhh X…..
Ukhtttttttt Y……

Seiring dan sejalan,
lalalalalala

-------------------------





 “Akh X, bukankah Allah jadikan kita laki dan perempuan untuk berkenal-kenalan, berta’aruf, kenapa enta tak nak kenal-kenal dengan ana? Kenapa? Kenapa?

“Ukht Y, kenapa enti tak suka ana? Boleh jadi apa yang kamu suka itu tidak baik bagimu dan apa yang kamu tidak suka itu baik bagi kamu, bukankah Allah dah berfirman macam tu ? kenapa? Kenapa?”



-----------------------


Muntah.

Muntah lagi.


Ukhti,

Benar, dalam firman tadi Allah bagitahu;


"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal….


Tapi enti tak baca habis, sering baca tak habis. Sebab tu la ana nak nasehatkan enti, jangan wakaf baca Quran ikut suka hati saje. Ni la akibatnya enti. Allah sambung selepas tu,


Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang PALING BERTAQWA.

Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti"

(Al-Hujurat: 13)

Untuk apa Allah seru kita berkenal kenalan? Untuk bertakwa ukhti. Tapi benarkah kita benar-benar mengejar ketakwaan? Atau kita berlari-lari di atas padang nafsu berumputkan jahiliyah? Seiring dan sejalan? Kita riadah ke, lompat bintang ke, lompat gitar ke, lompat belimbing bersama-sama ke, betulkah niat kita untuk membentuk Qawiul Jismi (Sihat tubuh badan) atau kita mencari cari kesempatan dan ‘rezeki’ untuk mencuci mata?

Kita keluar bersama-sama, belajar bersama-sama, taddabur sama-sama, wah, indah. Tapi ukhti, Islam tidak akan berdiri atas asas jahiliyah. Cara kita tu, tak kena.

Berkenalan, bertakwa, macam mana tu?

Bila kita berkenal-kenal dengan orang yang berilmu, kita sedikit sebanyak dapat cedok ilmu mereka. Di situ, lahir iman kemudian takwa.

Bila kita kenal-kenal dengan orang yang jahil, tidak berilmu, kita belajar sesuatu daripada mereka, yakni jangan jadi jahil. Kemudin kita termotivasi untuk perbaiki diri, tuntut ilmu dan beramal dengan ilmu kita, di situ akan lahir takwa.

Bila kita jumpa pelbagai jenis orang, semua tak sama. Warna kulit lain, bahasa percakapan lain, rambut kaler lain, susunan gigi lain, lokasi tahi lalat lain, saiz ibu jari lain-lain, ketebalan bulu kening lain, kita sedar akan kekuasaan Allah, kehebatan Allah mencipta sebagai Khalik. Di situ, iman kita meningkat, kemudian lahir takwa.

Macam tu.


Akhi,

Betul, Allah ada berfirman;

Diwajibkan ke atas kamu berperang padahal itu tidak menyenangkan bagi kamu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ianya baik bagi kamu

boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui

(Al-Baqarah :216)

Tapi akhi, enta pun tak tahu apakah keinginan enta tu baik. Apakah perhubungan kita ini baik. Kerana Allah sahaja yang tahu. Boleh jadi keinginan itu keinginan semata, shahwat semata.
Sebab tu akhi, Allah suruh kita berperang, perang nafsu kita.

Udah udah la ikhwah akhawat,

Kata da’ie ?
ilaLlah ke ila apa?

8 comments:

perindu_خلافة said...

T_T jzkk

Quemyra said...

Astarghfirullahalazim...MashaAllah..jzkk atas teguran..T_T

Anonymous said...

sentap T_T

Perindu Syahid said...

Uhuk. Kita kapel takpe kan? Kehkeh

Anonymous said...

Panas. :'(

ateyyyy said...

jazakalllah.

dah lama nak cuba bidas mereka yang menggunakan al-hujurat:13 sebagai alasan untuk 'berkenalan'.

may Allah bless.

Inspector Saahab said...

barakallahu fiikum :)

iman nikmah said...

minta izin nak gamba cantik...