Wednesday, March 20, 2013

SEPARA BENAR



“Weekend ni In sha Allah semua orang balik rumah kan?”

Ayat-ayat terakhir dari Lan sebelum
menutup perjumpaan usrah bersama para mad’u nya.

“So, balik nanti, harapnya semua jaga amal masing-masing, jangan lupa belajar gak, jaga hubungan dengan keluarga, kita semua kan nak buat shahadatul haq kita,”


Semua khusyu’ dengar. Kelu dan bisu.


Azlan memandang wajah-wajah adik-adiknya. Wajah-wajah rijal yang akan meneruskan legasi dakwah dan tarbiyah di tempat itu suatu hari nanti.

In sha Allah. Getus hatinya.

Entah kenapa Azlan secara personal nya merasakan sesuatu yang lain malam itu. Peristiwa kehilangan ikhwah tempoh hari seolah-olah masih segar bertiupan di gegendangan telinganya. Dia merasakan….

“Lagi dua minggu, kalau kita semua diberi nafas lagi, in sha Allah kita jumpa ek..”

Lan menyambung ayat-ayat terakhirnya. Risau.
Entah.

Dia bingung apakah kerisauan itu wajar untuk diendahkan. Dia risau kalau kalau nafasnya tidak panjang. Dia masih belum puas menghirup udara dakwah. Belum puas. Pada waktu yang sama semangat dia makin hari kian berkobaran. Menatap wajah adik-adiknya seolah membawa arus baharu dalam perjuangan.

Dia makin mahu melangkah lebih laju.,

“Abang bila balik?”

Akhirnya ada yang bersuara.

“Tak pasti lagi. In sha Allah weekend ni jugak. Esok baru nak pergi cari ticket.” Azlan menjawab pertanyaan Rafi.

“So ada final words tak dari korang semua?”

Lan tanya adik-adiknya, sorang demi sorang. Kot kot ada yang nak share apa-apa. Nak tambah atau tolak perbincangan malam itu. Kelihatannya semua bersetuju.

Setelah doa rabitah yang dipimpin Ali diaminkan, sesi berlaga pipi dan bersalaman berjalan penuh dengan bunga-bunga cinta, maka mereka bersurai. Ada yang bergegas naik ke bilik. Keesokannya ada yang perlu berhadapan dengan test physics dan bermacam test lagi lah yang tak berkesudahan. Itulah, nama lagi students.


“Ijat tak nak naik bilik ke”

“Hmm, ada benda nak tanya sebenarnya, abang nak balik sekarang ke?”

“Oh. Takdelah, sempat je. Pakgad tu boleh negotiate je. Ada ape?”

“Hmm, nanti kalau abang-abang ni semua dah grad, kitorang ada usrah lagi ke?”

“In sha Allah ada yang akan follow up korang, kenapa?”

“So junior yang masuk nanti…macam mana?”

“Hmm. Ijat rasa macam mana?”


Syukur benar Azlan. Nampaknya adik dia sorang ni jauh fikir ke depan. Ya Allah berilah kefahaman agama kepada beliau ini, dalam diam dia titipkan doa buat adiknya itu. Perasaannya berbunga-bunga. Sedikit terubat kerisauan tadi.

“Tapi bang, kalau tak nak jadi naqib boleh tak?”

Tiba-tiba. Tiba-tiba.
Response yang terpacul itu sedikit merisaukan Azlan.
Dia cuba mencari jawapan yang boleh menenangkan keadaan. Tak nak push sangat adiknya tu. Bingung juga Lan. Tiba-tiba sahaja.


“Sebenarnya tak wajib pun jadi naqib, tapi kenapa pula Ijat fikir camtu?”

“Entah la, tak bersedia la bang. Banyak lagi nak kena belajar”

“Hmm, betul la. Cuma kita semua ni memang banyak nak kenal belajar. Tapi secara jujurnya, abang sendiri pun banyak belajar sebenarnya bila nak lead halaqah sendiri. Masa tu kita betul betul rasa urgency nak kena serius buat SH kita. Kalau tak ada tanggungjawab tu, kita just tunggu naqib kita yang suap..hmmm..”

“Macam susah je bang. Nak belajar lagi. Kerja tu kerja ni?”

“Haa, secara jujurnya agak susah la. Tapi tak mustahil kan. Memang banyak kena berkorban la sebenarnya. Masa, tenaga, duit. Nak kena masuk dengan orang yang macam-macam macam korang semua ni haha, tapi tu la, syurga kan mahal..”


Jawapan itu, Azlan harap memuaskan hati Ijat.
Tiada lagi persoalan.

“Hmm, ok la bang, saya naik dulu..”

“Ok”


Jam dah menunjukkan pukul sebelas plus plus. Sebelas plus plus tu maknanya dia sudah melewati waktu curfew untuk masuk ke kolejnya. Adeh. Dia sudah membayangkan muka pengawal yang bertugas yang bakal memperdengarkan ceramah percuma kepadanya nanti. Apa-apa pun itulah yang mewarnai jalan cinta para pejuang ini.

 Bergegas Azlan mendapatkan kederaan tunggangnya. Suis enjin dihidupkan. Lampu di kereta on. Dan dia terus memecut laju. Pepatah biar lambat asal selamat tidak dihiraukan lagi.

Selang dua tiga minit, satu pesanan ringkas masuk.

Dari Ijat.

Berdebar-debar juga Azlan. Dia perlahankan pemanduannya yang kurang berhemah itu. Walaupun membaca pesanan ringkas sambil memandu adalah salah di sisi undang-undang, tapi dia tak tertahan lagi.


“Salam bang. Terima kasih. Tumpang tanya, ada cadangan buku-buku untuk di baca tak ? dah cuti nanti boleh la prepare-prepare nak jadi naqib nanti”


Allahu…


Separa benar.
yang pasti bukan Separa Tuhan 

8 comments:

Pengembara Jalanan said...

Allahu rabbi.

T_T

kisah benar kan ?

dan macam ada ouch sikit yang part UNtuk Speara Tuhan tu.

Inspector Saahab said...

separa benar.

Pengembara Jalanan said...

ok. setelah ditokok tambah tolak.

Isyraf Imrani said...

Seronok bila baca part last tu :)

Btw, kenapa tajuk "Separa Benar" syeikh?

Inspector Saahab said...

sheikh, part last tu part mane ?
yg tulisan bilis tu ?

separa benar sebab kisah benar yg telah disunting dan ditambah perisa sesuka rasa

Anonymous said...

Habuk masuk mata.nostalgia..

Anonymous said...

macam kenal kalau nama tak diperencahkan. hmmm.

separa benar :)

kalau benarlah dia, memang baik budaknya - klasmet saya :)

Inspector Saahab said...

anonoymus last :

erk.
kalsmate anda ? acano tuh ?