Sunday, April 14, 2013

JIWA JIWA YANG TENANG I



Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang yang Ummiyyin, seorang Rasul  dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, dan membersihkan mereka, serta mengajarkan mereka Kitab Allah dan Hikmah . Dan sesungguhnya mereka sebelum itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

62:2               


Salah satu tugas seorang rasul dan tugas seseorang yang meneruskan risalah kerasulan ialah untuk untuk membersihkan manusia. Tazkiyah. Pembersihan dan penyucian.

Pembersihan dan penyuciaan jiwa dan diri. Apabila kita bercakap tentang membersih dan menyucikan sesuatu, in the first place benda yang dibersihkan itulah mestilah dalam keadaan kotor. Kan?

Tak ade orang hantar dobi baju yang dah bersih, wangi dan belum dipakai atas alasan duit berlebihan atau bosan. Itu masalah.

Umat manusia, kita semua butuh pembersihan jiwa. Tazkiyah an nafs. Kerana hari-hari kita melakukan dosa. Hari-hari kita melakukan kemaksiatan kepada Allah baik kita sedar mahupun tidak. Bahkan para sahabat yang berada di samping Rasulullah, yang dilabel sebagai golongan terbaik daripada umat nabi Muhammad juga butuh pembersihan jiwa. Maka apatah lagi kita ini!

 Namun begitu, cewah, hari ini ramai orang merasa tidak selesa dengan keadaan mereka. Merasa diri kotor, merasa jauh daripada agama dan merasa tidak berada dalam naungan rahmat Allah. Mereka mencari-cari jalan keluar untuk membersihan diri masing-masing. Masalahnya, berlaku kesalahfahaman akan term tazkiyah an nafs.

Mereka yang keliru dan buntu ini, mulai mencuba pelbagai cara untuk mengekalkan keterhubungan yang hilang dengan langit tadi mengikut teori dan kaedah yang suka hati je. Maka keluarlah teori solat seribu rakaat satu malam, berzikir sampai terapung-rapung, bertapa di atas pokok, mengasingkan diri dalam gua, terjun bangunan dan sebagainya.

Boleh anda bayangkan satu malam solat seribu rakaat ?

Impressive bukan.

Bertapa atas pokok sampai akar pokok membelit-belit tubuh mereka. Puasa sampai berbulan-bulan lamanya. Menyelam ke dasar laut dan tinggal beberapa hari di alam sama. Beruzlah di dalam gua dan sebagainya. Semua ini berlaku gara-gara mendambakan jiwa yang bersih dan hubungan yang langsung dengan sang Pencipta.

Bahkan ada yang menghabiskan waktu sehari hari mereka berzikir sambil berlari-lari, berguling-guling untuk mencapai maqam tertentu. Kononya dengan cara ini, mereka memperoleh ruh yang menghidukan jiwa, merasa lebih dekat dengan Allah. Rata-rata hanyut dalam amalan ini lalu meninggalkan medan jihad, melupakan keadaan ummat dan merasakan jiwa merekalah yang tenang, yang rapat dengan Allah s.w.t.

Inilah reality. Yang kita semua mungkin tak tahu. Yelah. Bahkan mungkin ada dalam kalangan kita baru sahaja berkenalan dengan term tazkiyah an nafsi. Selama ini sibuk dengan urusan dunia. Tak sempat nak belajar dan sucikan jiwa. Lagipun kita kan semua muda lagi. Chill dulu. Nampak tak, sarcasm di situ.


Sedih sedih.


Yang lebih menyedihkan, boleh jadi dalam kalangan kita yang mendapat sentuhan dan bekalan tarbiyah yang sejahtera terperangkap dalam kefahaman yang silap ini. Buktinya, kita sering kali dengar jiwa-jiwa yang meronta kekeringan di sekeliling kita berargumentasi. Contohhnya,

“Akhi, ana dah solat malam sampai benjol dahi, tapi tak rasa la..”

“Sheikh, ana dah khatam satu Quran satu malam, tapi ana tak rasa basah pun..”

“Akhi, ana lafaz macam macam zikir, sampai tak de masa nak bercakap, tapi ana rasa kosong juga..”


Mungkin banyak dengar lagu Najwa Latif  kot ni.
Eh.


Dan begitulah rintihan-rintihan jiwa yang salah faham terus menerus bergempita di gegendangan telinga kita, saban hari, menagih dan mendambakan pembersihan jiwa yang benar. Peh. Sastera kau. Haha.

Inilah salah faham yang berlaku, yang mengutamakan kuantiti ibadah berbanding kualiti. Yang berfikiran keterhubangn dengan Allah itu hanya dapat diwujudkan di saat melakukan sesuatu ibdah khusus berulang-ulang kali sehingga melintasi garisan logika. Yang merasakan jiwa itu ada masa-masa tertentu untuk berhubung dengan Allah.

Orang yang mencuba-cuba dengan cara sendiri ini disifatkan seperti orang yang sakit, kemudian membuat formula sendiri untuk mengubati penyakit mereka. Mereka ambil panadol, campur daun sireh, campur ubat lipas dan air mirinda. Kemudian minum. Boleh jadi penyakit sembuh sekejap! 

Bila diminum lagi, habis gugur rambut! Nah!

Begitu lah efeknya apabila kita tidak tahu sejauh mana keberkesanan dan kompilasi amalan kita itu untuk menyucikan jiwa masing-masing.

Masalah sudah kita susuri.

Persoalannya, bagaimana kaedah yang sebenar?

Jeng jeng jeng

Kita minum dulu :)

9 comments:

Inspector Saahab said...

sebarang komentar mahupun argumentasi silalah kemukakan di sini untuk manfaat bersama.

Nor Izzati said...

belum habis minum lagi ke?

*tak sabar nak tahu kaedah sebenar*

Inspector Saahab said...

haha

belum lagi. baru nak bancuh kopi ni.

Anonymous said...

Usrah?

Anonymous said...

Menerima dan mmberi?

Nor Izzati said...

Aiguu, baru nak bancuh kopi? nk tunggu suam lagi. lama jugak ni.

Komentar seposen: Meniatkan semua perkara yg dilakukan seharian kerana Allah, supaya semuanya dilihat sebagai ibadah, thus rasa connected to Allah?

Wallahualam.

Anonymous said...

cepat-cepat sambung, akhi )

hawariyyun said...

tanya diri apa yang dicari..

analoi: kita sering mencari khusyuk dalam solat..kenapa sebenarnya nak khusyuk? sepatutnya yang dicari Allah..insyaAllah dptlah khusyuk itu..tapi klau cari khusyuk....tepuk dada tanya hati soal iman sendiri..

Allahu a'lam

Anonymous said...

bismillah. perkongsian setakat tahu.

berbalik kepada iman. to how much extent that we believe in Allah. percaya bahawa Allah sangat penyayang, sangka baik dengan Allah.

lagipun hadis qudsi, Allah kata "Aku ialah sebagaimana menurut persangkaan hamba-Ku."

kalau sentiasa sangka amal yang dibuat macam tak pernah cukup, itu berlawan dengan sifat Allah yang maha mnsyukuri hamba2Nya.

tapi kalau buat amal ciput pun rasa terlebih cukup pun masalah juga.

wasatiyah. tawakal.
kita tak tahu amal kecil atau amal besar atau amal banyak yang mana satu yang paling Allah terima dari kita.
syarat amal ialah niat + cara yang betul.

so, keep beliving dengan Allah. mantapkan amal, soal penerimaan, soal dapat pahala ke tak tu hanya Allah yang paling layak judge.