Monday, April 1, 2013

TADABBUR #1



Assalam’alaikum

Saya terbaca entah di mana, di syurga nanti ahli-ahli syurga saling memberi salam antara satu dengan yang lain. Maka marilah kita beramal, seperi mana ahli syurga. Benar kita tidak tahu posisi kita di mana tapi sudah pasti kita semua cita-citakan syurga. Kerana cita-cita itu milik semua.

Tempoh hari, saya ada terbaca beberapa buku yang mana perkongsian tadabbur ayat-ayat cintaNya yang cukup menggugah jiwa. Dan rasa seperti nak berkongsi kat sini pula. Hehe. First attempt, berkongsi tadabbur ayat cintaNya. Kalau ada salah silap, salah pemahaman mahupun konsep yang menyeleweng, silalah tegur saya yang marhaen ini. Kenyit mata.


"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Ibrahim 7)


Ayat ini jika dibaca secara permukaan sudah cukup menggugah jiwa. Menggugah. Anda tahu apa itu menggugah? Saya pun tak tahu nak ekplen macam mana. Tapi menggugah. Bila baca perkataan menggugah pun dah cukup menggugah bukan? Selayaknya begitulah maksud menggugah. Eh.

Bahagian pertama ayat ini berkisar tentang orang yang bersyukur, serta merta di sebut ganjaran. 
Yakni ditambahi ni’mat kepada mereka. Yang ingin saya kongsi di sini, ditambahi.

Maka di sini kuncinya. Di sini isyaratnya. Bersyukur itu bukan bagi orang yang berasa cukup dengan apa yang ada. Bukan konsep,

“Alah, cukuplah. Tak payah nak lebih-lebih, Kau ni tak reti bersyukur kah?”

Mari kita renungkan sebuah pemahaman terbalik dari ayat ini. Ajukanlah sebuah pertanyaan. “Apa yang harus dilakukan oleh seorang yang ingin tambah ni’mat dari Allah?”

Jawabnya, “Bersyukur”

Nah! Kalau begitu siapakah orang yang paling bersemangat dalam mensyukuri ni’mat Allah? Mereka adalah orang-orang yang ingin menggapai lebih tinggi, meloncat lebih jauh dan menghambur ke pangkuan Allah. Mereka bukanlah orang-orang yang puas hati. Orang yang paling menghayati syukurnya adalah orang yang paling merasa memerlukanNya, mengahajatkan ni’mat-ni’matNya, lebih tinggi dan makin tinggi lagi.

Tentu kita tak boleh merancukan makna syukur dengan makna qana’ah. Bersyukur adalah amal soleh untuk menggunakan setiap genap ni’mat yang telah Allah kurniakan untuk menggapai yang lebih tinggi. Maka kurnia harta menggegas kita untuk menderma, agar Allah tambah ni’mat. Kurnia ilmu menggegas kita untuk beramal dan mengajar agar lebih memahami. Lalu ilmu makin tinggi, pemahaman makin mendalam. Dan lagi. Dan lagi.

Bersyukur mengajar kita untuk tak berpuas hati dalam meminta pada Ilahi. Terus dan terus. Lagi dan lagi. Lebih banyak dan lebih tinggi. Sang Nabi mengajarkan agar tak tanggung. “Jika kalian berharap syurga,” kata beliau, “Pintalah Firdaus yang paling tinggi.”

Sementara qana’ah adalah perasaan sedar akan kedudukan, siapa Allah siapa kita ketika menerima kurniaNya. Qana’ah adalah perasaan yang memimpin kita untuk bersyukur. Saat terima anugerah Allah, kita qana’ah, kita terima dengan penerimaan terbaik, kita dekap dengan erat dan akrab. Sesudah itu kita ingin lagi, menerima dengan lapang dada, dengan tangan terbuka, dengan segenap hati yang meluapkan cinta.

Maka kita pun bersyukur.

Maka bersykur bukanlah berasa puas. Yang berharta jangan pernah puas sedekahnya. Yang berilmu jangan pernah puas dengan amal dan da’wahnya. Yang bernafas jangan pernah puas sekadar berbaring dan duduk. Tapi bangkitlah, berlarilah.

Ayuh ghairah untuk gapai yang lebih baik dari yang semalam.
 
Ayuh bersyukur!


-Diolah dari buku Jalan Cinta Para Pejuang
-Salim A. Fillah


Nantikan siri tadabbur yang seterusnya dengan penuh keterujaan dan mata bersinar-sinar. Eh. Oh dan jangan lupa memanifestasi syukur anda dengan berkongsi bersama teman-teman yang lain. Eh. Hehe.

Akhir kalam marilah kita sama-sama berdoa moga terus dikurniakan taufik dan hidayah supaya kita dapat sama-sama menzahirkan kesyukuran dan menggapai ganjaran yang lebih tinggi.

6 comments:

Inspector Saahab said...

Sebenarnya xdelah tadabbur sangat, more to type and post. haha. copy paste

Sha said...

ekplen?? Eksplen la..trtggal s ye.. haha... xpe more to type and post.. asalkan ada mesej yg dismpaikan... :)
Syukran

Bayu Biru said...

Macam menarik je buku salim, jalan cinta para pejuang tu. Several quotes in this blog dari situ :D nak beli insyaallah. Belum berkesempatan lagi

Inspector Saahab said...

sha : yes typo. jzkk

Bayu : beli beli beli :)

::a journey of learning:: said...

Inspector Saahab, (10:10) ke yg pasal ahli2 syurga saling memberi salam tu?

Darra Wajihah said...

Dalam dekapan ukhuwah pun best salim a fillah